Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Julai 2014


Emas diniagakan dalam jajaran sempit di bawah AS$1,300 seauns semalam kerana pelabur emas menunggu tamatnya mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) untuk menilai pandangan bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengenai ekonomi dan dasar monetari.

Logam ini telah menerima tekanan oleh dolar AS, yang bertahan di paras tertinggi untuk tempoh hampir enam bulan berbanding sekumpulan mata wang utama lain berikutan jangkaan nada agresif daripada Fed.

Pelabur enggan mengambil pegangan besar menjelang pengumuman data ekonomi utama AS minggu ini, termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semalam dan senarai gaji bukan ladang pada esok hari.

"Harga tampak sedikit teguh dalam tempoh terdekat," kata penganalisis HSBC dalam satu nota penyelidikan.

"Dengan jumlah dagangan sedikit meningkat baru-baru ini, pasaran mungkin lebih banyak didorong oleh data berbanding keadaan biasa."

Spot emas kekal pada AS$1,299 seauns pada 0619 GMT, selepas jatuh 0.5 peratus dan mencecah paras terendah dan di bawah paras utama AS$1,300 dalam sesi sebelumnya.

Penganalisis HSBC melihat adalah terlalu sedikit untuk menyokong harga sekiranya data ekonomi yang akan diumumkan memberikan  lebih pengesahan bahawa pemulihan sedang berjalan.

Emas dilihat sebagai aset selamat yang mendapat manfaat daripada ketidaktentuan di sekitar pertumbuhan ekonomi.

"Jika berlaku kejatuhan harga emas, kita tidak percaya akan ada pembeli jangka pendek yang ketara dalam tangan kerana cuti musim panas seolah-olah telah mengurangkan aktiviti pasaran," kata mereka.

Fed akan membuat kenyataan lewat semalam di akhir mesyuarat dasarnya selama dua hari.

Data ekonomi yang kukuh baru-baru ini telah mendorong ramai yakin bahawa bank pusat AS mungkin akan menaikkan kadar lebih awal daripada yang dijangkakan.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan menggalakkan pelabur untuk mengeluarkan wang dari aset bukan faedah seperti emas.

Walaupun tumpuan adalah terhadap kenyataan Fed, pasaran juga mengintai perkembangan utama di negara terbabit dalam geopolitik terhadap sebarang ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat dan Ukraine.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 29 Julai 2014


Harga emas mencatat paras tertinggi pada Selasa, susulan peningkatan keganasan di Asia Barat dan Ukraine, namun kenaikan itu dihadkan dengan ketidaktentuan berhubung ketidaktentuan berhubung keputusan menyuarat Dasar Rizab Persekutuan (Fed) dan data penting AS yang akan diumumkan hujung minggu ini.

Spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,307.20 seauns pada 0933 GMT, selepas susut  pada jumlah yang sama pada sesi sebelumnya.

Emas Amerika Syarikat (AS) meningkat AS$4.50 kepada AS$1,307.80.

"Saya sebenarnya terkejut sekiranya emas tidak meningkat lagi kerana pada masa ini banyak risiko geopolitik berlaku.

"Kita memiliki beberapa data ekonomi yang baik yang akan diumumkan nanti dan ketika ini kita melihat pengukuhan pada dolar yang mengekalkan harga," kata penganalisis Commerzbank, Daniel Briesemann.

Menjelang mesyuarat Fed petang ini (semalam), tiada sesiapa yang mahu mengambil kedudukan utama, katanya.

"Kami tidak fikir yang Fed akan membuat sebarang kejutan, namun anda semua mengetahuinya," tambahnya.

Fed memulakan mesyuarat dua hari lewat hari Selasa, dengan pasaran menunggu penuh minat berhubung petunjuk, bila bank pusat AS akan menaikkan faedah.

Bank pusat itu akan mengeluarkan kenyataan pada hari ini selepas berakhirnya mesyuarat.

Emas amat peka dengan sebarang perubahan dalam dasar monetari AS, selepas mencatat rali pada paras tinggi berikutan krisis kewangan selepas langkah rangsangan yang luar biasa Fed yang menurunkan kadar faedah dan menimbulkan kebimbangan inflasi.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak menentu minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Low Cheng Yang, berkata pasaran niaga hadapan emas domestik akan dipengaruhi laporang pengangguran dan gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS), semasa permintaan berkurangan daripada pembelian China dan India.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2014 susut 38 mata kepada RM132.25 segram, Ogos 2014 dan Oktober 2014 merosot 39 mata setiap satu, masing-masing kepada RM132.60 segram dan RM133.25 segram.

Sementara itu, September 2014 susut 49 mata kepada RM132.75 segram.

Jumlah dagangan berkurang kepada 1,114 lot bernilai RM14.71 juta, daripada 1,156 lot bernilai RM15.5 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Julai 2014


Emas mengekalkan kerugian semalaman untuk didagangkan menghampiri paras terendah lima minggu semalam untuk mencatatkan kerugian dua minggu berturut-turut.

Ia disebabkan data ekonomi global yang kukuh mengimbangi lebih selamat permintaan terhadap logam itu.

Emas yang jatuh walaupun ketegangan meningkat di Timur Tengah dan Ukraine, tidak memberikan petanda yang baik bagi harga dalam tempoh terdekat, terutama ketika permintaan fizikal di Asia adalah lembap.

Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,291.60 seauns pada 0634 GMT, selepas jatuh hampir satu peratus pada Khamis.

Logam itu mencecah AS$1,287.46 pada sesi sebelumnya - paling rendah sejak 19 Jun, sebulum pulih sedikit.

Emas telah kehilangan 1.4 peratus daripada nilainya minggu ini. Perak, platinum dan palladium juga menuju kerugian mingguan.

"Tahap utama untuk diperhatikan pada masa akan datang adalah purata pergerakan 200 hari berhampiran AS$1,286.

"Jika kita melepasi paras itu, emas mungkin melihat lebih banyak kerugian," kata seorang peniaga di Sydney.

Bullion mengalami tekanan selepas data pada Khamis menunjukkan bilangan rakyat Amerika menfailkan tuntutan baru untuk faedah pengangguran jatuh ke tahap yang paling rendah dalam tempoh hampir lapan setengah 2 tahun minggu lalu, menunjukkan pemulihan pasaran buruh telah mendapat tarikan.

Di China, aktiviti perkilangan berkembang pada tahap terpantas dalam 18 bulan pada bulan Julai, meningkatkan ekuiti global.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 Julai 2014


Harga emas memecahkan ke tahap di bawah paras psikologi AS$1,300 seauns buat kali pertama dalam seminggu semalam apabila data ekonomi yang kukuh dari China dan zon Euro menghalang pelabur daripada membeli aset selamat seperti logam itu.

Spot emas jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,297.30 seauns pada 0929 GMT, selepas lebih awal menyentuh paras paling teruk dalam seminggu pada AS$1,294.

Emas Amerika Syarikat (AS) turun AS$6.10 kepada AS$1,298.50, selepas perintah menghentikan kerugian diletakkan di bawah AS$1,300 oleh peniaga-peniaga bagi mengehadkan kerugian dan mendorong lebih banyak jualan.

Dolar turun 0.1 peratus berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, kebanyakannya disebabkan oleh kekuatan Euro selepas data menunjukkan aktiviti perniagaaan Jerman berkembang pada bulan Julai, dengan sektor perkhidmatan berkembang paling pesat dalam tiga tahun, menunjukkan ekonomi Eropah boleh mendapatkan kembali momentumnya.

Selepas data itu dikeluarkan, saham Eropah menterbalikkan kerugian awal kerana gabungan pendapatan syarikat bercampur, manakala saham Asia meningkat selepas aktiviti perkilangan China berkembang pada kadar paling pantas dalam 18 bulan pada bulan Julai, mengukuhkan harapan untuk pemulihan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

"Pasaran akan mengikuti dengan teliti apa-apa komen daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah yang mungkin terus mempunyai kesan ke atas corak dagangan emas," kata penganalisis Natixis, Bernard Dahdah.

"Bergerak ke hadapan, saya tidak fikir akan ada banyak sokongan untuk emas, dengan permintaan dari China semakin berkurangan dan permintaan pelabur kekal lemah."

Pasaran kini akan memberi tumpuan kepada angka penggangguran mingguan AS, yang dijadualkan dikeluarkan pada 1230 GMT, bagi mengukur kekuatan ekonomi terbesar di dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Julai 2014


Harga emas kembali stabil semalam selepas mengalami kejatuhan pada hari sebelumnya apabila berdepan dengan ketegangan konflik di Ukraine dan Tebing Gaza.

Permintaan fizikal yang lambap di Asia dalam tempoh musim panas juga melemahkan sokongan bagi sebarang perhimpunan harga.

Selain faktor musim, kemungkinanpenurunan harga pada berikutnya juga disebabkan peningkatan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta dolar yang lebih kukuh, kata peniaga.

Spot emas pada AS$1,307.10 seauns menjelang 0950 GMT, sedikit berubah daripada AS$1,307.00 pada Selasa. Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Ogos naik AS$2.10 seauns pada AS$1,308.40.

"Bullion susut lebih rendah di samping turun naik indeks VIX sebagai peningkatan sentimen risiko yang lebih baik dan perolehan ekuiti," katanya seorang penganalisis di VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

"Ini menunjukkan bahawa belian lebih selamat minggu lalu yang merupakan pemacu utama sejak kebelakangan ini.

"Dengan kelebihan fizikal pada masa ini membolehkan sedikit penurunan kepada AS$1,290.93 kelmarin," katanya.

Spot emas didagangkan dalam jajaran sempit bulanan dalam hampir lima tahun setakat ini pada bulan Julai. Harga bersaing untuk merekodkan kemajuan ketara dalam menghadapi pasaran ekuiti yang semakin meningkat.

Selain itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif kebanyakannya rendah ketika mengakhiri sesi pagi semalam berikutan kurang minat belian.

pada waktu rehat tengah hari, Julai 2014 menokok satu mata kepada RM133.50 segram, Ogos 2014 turun satu mata kepada RM133.70 segram manakala Oktober 2014 merosot empat mata kepada RM134.20 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 Julai 2014


Emas yang susut Jumaat lalu bersedia untuk mencatat kejatuhan mingguan pertama dalam tujuh minggu kerana bimbang kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan pelabur mengambil keuntungan selepas insiden pesawat penumpang MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine.

Logam itu yang dilihat sebagai pelaburan selamat ketika berlaku ketidaktentuan geopolitik dan kewangan, mencatat kenaikan harian tertinggi dalam sebulan pada Khamis lalu selepas insiden Penerbangan Malaysia (MAS), yang menyaksikan Kiev dan Moscow masing-masing menyalahkan sesama sendiri.

Bencana itu berkemungkinan akan menjadi titik tolak bagi tekanan antarabangsa untuk menyelesaikan krisis di Ukraine, yang mengorbankan ratusan sejak bantahan orang ramai menyaksikan Presiden disokong Moscow dijatuhkan Febuari lalu dan Russia menambah Crimea ke dalam wilayahnya sebulan kemudian.

"Terdapat kenaikan harga dalam logam berharga semalam tetapi pelabur tidak menjangka impak berkekalan daripada situasi di Ukraine," kata pengarah di Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

"Kita berkemungkinan menyaksikan emas kekal di atas AS$1,300 tetapi jualan kukuh dilihat pada permulaan minggu lalu mencadangkan terdapat tekanan daripada peserta pasaran untuk menjual pegangan dan menolak jatuh harga," katanya.

Emas semerta susut 0.4 peratus kepada AS$1,312 seauns pada 1016 GMT Jumaat lalu, disebabkan nilai dolar yang semakin kukuh dan kebimbangan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos susut 0.4 peratus kepada AS$1,312.30 seauns.

Saham Eropah meneruskan kejatuhan Khamis lalu, sementara dolar kukuh berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Pasaran akan terus menumpu data ekonomi AS selepas satu lagi penyusutan pengangguran mingguan pada Khamis disokong pandangan ekonomi terbesar dunia itu berada di landasan kukuh untuk pulih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 16 Julai 2014


Harga emas kembali kukuh semalam selepas dua hari mengalami kerugian, tetapi diniagakan bawah AS$1,300 seauns. Perkembangan itu berlaku akibat kebimbangan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah AS lebih baik daripada yang dijangkakan.

Pengerusi Fed, Janet Yellen, berkata Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) boleh menaikkan kadar itu lebih awal atau lebih cepat walaupun Fed memberikan ramalan akan mengekalkan dasar kewangan sehingga krisis kewangan selesai sepenuhnya.

Spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,297.94 seauns menjelang 0629 GMT, selepas rugi 3.3 peratus pada sesi kedua sebelumnya isitu kerugian terbesar sejak Oktober.

Peniaga berkata, emas mungkin berterusan jatuh terutama minggu ini kepada AS$40 selepas gagal untuk mengukuh dalam permintaan fizikal di Asia.

"Saya tidak nampak perkembangan baharu pada peringkat ini atau mana-mana pembelian baharu dalam pasaran fizikal."

"Harga di Hong Kong sama ada satu tanding dengan penanda aras global atau rendah sedikit kerana permintaannya yang lemah," kata Ketua Pengurus Logam Berharga Wing Fung di Hong Kong, Peter Fung.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup rendah pada akhir sesi dagangan pagi semalam.

Pada rehat tengahari, kontrak Julai 2014 susut 39 mata kepada RM133.40 segram, Ogos 2014 susut 38 mata kepada RM133.70 segram, September 2014 sesut 37 mata kepada RM133.90 segram manakala Disember 2014 susut 33 mata kepada RM134.80 segram.

Jumlah dagangan sebanyak 273 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 5,484 kontrak.

Bursa Malaysia dan derivatifnya ditututp kelmarin sempena cuti Nuzul Quran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KPDNKK Siasat Firma Skim Cepat Kaya Dikendalikan Remaja


Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat syarikat yang dikendalikan seorang remaja 19 tahun, selepas dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil kegiatan skim cepat kaya.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata siasatan yang tertumpu di Selangor itu dilakukan berikutan aduan pembabitan skim cepat kaya berbentuk piramid dan KPDNKK tidak teragak-agak membatalkan lesen dan menyenarai hitam nama pemilik jika ia didapati melanggar syarat lesen.

Lesen Jualan Langsung
"Syarikat ini ada lesen jualan langsung untuk produk berasaskan kulit. Contoh sistem piramid ialah anda bayar sejumlah wang dan nama anda akan diletakkan dalam senarai. Setiap kali ahli baharu menyertai skim ini, ahli lama akan dibayar secara rawak daripada senarai berkenaan.

"Lebih banyak anda bayar, lebih cerah peluang anda untuk dibayar ketika ahli baharu masuk," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

BH sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 19 tahun memperdayakan 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan menerusi skim cepat kaya yang dianjurkannya.

Skim cepat kaya itu disyaki didalangi beberapa pihak lain dan remaja itu berfungsi sebagai keldai sindiket bagi memperdayakan mangsa menerusi Facebook (FB).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata pihaknya boleh membatalkan syarikat yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang seperti menawarkan skim cepat kaya menerusi FB.

Katanya, tindakan itu boleh dikenakan mengikut Seksyen 218 Akta Syarikat dengan permohonan mahkamah jika ada bukti kukuh syarikat itu menjalankan aktiviti terbabit.

Selain itu, katanya pengarah syarikat juga boleh didakwa mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana melanggar undang-undang yang bukan untuk kepentingan syarikat.

"Syarikat itu boleh disenarai hitam secara pentadbiran, termasuk pengarah syarikat bagi perniagaan tunggal atau perkongsian tertakluk kepada bukti kukuh seperti mengambil deposit secara salah.

"Tindakan itu diambil selepas dirujuk dengan agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan KPDNKK yang menyiasat kegiatan penipuan dan pengubahan wang haram," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kes Saman Genneva - Bank Negara Malaysia (BNM) Mohon Batal Jadi Defendan


Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) memohon untuk membatalkan namanya sebagai antara defendan dalam kes tuntutan saman dikemukakan 1,065 pedagang emas terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Kes saman ini adalah berhubung dakwaan pedagang emas terbabit yang bertindak selaku plaintif mendakwa defendan, Genneva Malaysia, memungkiri kontrak jual beli emas.

Peguam, James Joshua Paul Raj yang mewakili plaintif ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini, semalam , berkata BNM akan memfailkan permohonan untuk membatalkan namanya sebagai defendan, sebelum 7 Ogos ini.

Paul Raj berkata, melalui prosiding dalam kamar itu juga, Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Noor memerintahkan BNM memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 23 Julai ini. BNM diwakili peguam, Muhamad Riduan Baba.

Defendan Kedua
mengikut writ saman dan pernyataan tuntutan, Mursid meam Ghouse musa meam bersama 1,064 individu lain, menamakan Genneva Malaysia dan BNM sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya, plaintif berkata, mereka memasuki perjanjian jual beli emas dengan Genneva Malaysia kerana iklan dikeluarkan syarikat itu mendakwa ia badan berlesen yang menjalankan perniagaan emas.

Plaintif berkata, melalui dua pembelian dan satu penjualan emas, mereka tidak menerima produk atau nilai emas yang dibeli dan tidak menerima harga belian.

Tuduhan Langgar Kontrak
Mereka mendakwa Genneva Malaysia gagal, enggan atau lalai menghormati kewajipan kontrak dan memungkiri kontrak berkenaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut daripada defendan pertama, ganti rugi khas berjumlah RM146,025,339 dan ganti rugi lain serta perintah supaya BNM menyerahkan emas fizikal dan wang yang diputuskan untuk dibayar kepada mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RHB Menang Anugerah Kontrak Hadapan Emas 2013


RHB Investment Bank dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Kontrak Hadapan Emas 2013 bagi kategori Broker Utama (TPs) Dagangan Hadapan Emas (FGLD) semasa penganjuran sulung Simposium Prospek Harga Emas dan Logam Berharga  di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, berkata tempat kedua kategori berkenaan diraih oleh Phillip Futures dan ketiga, LT International Futures.

Bagi kategori Pedagang Profesional Dagangan Emas (LOCAL), Anugerah Kontrak Hadapan Emas Tempatan 2013 dimenangi oleh Leang Pek Har, James Kam Wei Lin dan Loo Cheong Hin.

Tarik 600 Peserta
Simposium Prospek Harga Emas dan Logam Berharga itu adalah yang pertama dianjurkan Bursa Malaysia dan ia berjaya menarik lebih 600 peserta.

"Bertemakan 'Masih Berkilaukah Emas Pada Tahun 2014', simposium itu menjadi platform yang membicarakan peluang melabur dalam emas dan logam berharga di Malaysia bagi menyampaikan maklumat kepada pelabur perseorangan, pelaburan serta dagangan hadapan dalam kedua-dua komoditi itu," katanya.

Simposium menampilkan penceramah antarabangsa daripada Majlis Emas Dunia, industri perlombongan, tukang emas dan peniaga barangan kemas serta pelabur dan peniaga emas profesional yang membentangkan pelbagai topik mengenai emas dan perak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 14 Julai 2014


Emas diniagakan lebih rendah semalam berikutan pengukuhan pasaran saham Asia, tetapi logam itu kekal hampir paras tertinggi empat bulan minggu lalu disebabkan ketegangan yang memuncak di Asia Barat dan Ukraine.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,334.89 seauns pada 0301 GMT selepas mencatat kenaikan enam minggu berturut-turut minggu lalu.

Logam itu mencecah AS1,345, paras tertinggi sejak Mac, pada Khamis selepas kebimbangan berhubung kestabilan kewangan bank terbesar Portugal, Banco Espirito Santo, mencetuskan kebimbangan akan berlakunya gelombang krisis kewangan berikutnya di Eropah.

"Kebimbangan Portugal berkurangan berikutan pasaran tidak lagi berpendapat krisis akan merebak," kata peniaga di Tokyo.

"Bagaimanapun, permintaan terhadap emas masih kukuh disebabkan ketegangan di asia Barat.

"Portugal hanyalah satu daripada sebab bagi membeli emas, situasi geopolitik tidak berubah," katanya.

Ahad lalu, tentera Israel memberi amaran penduduk di sempadan utara Beit Lahiya supaya meninggalkan bandar itu atau menanggung risiko kerana rancangan serangan udara di sebelah malam.

Di Russia, negara itu mengugut Ukraine selepas serangan roket menyebabkan satu kematian, insiden yang disifatkan Moscow sebagai begitu agresif dan ia mesti dibalas secara setimpal.

Emas dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset lebih berisiko apabila berlakunya ketidaktentuan geopolitik dan kewangan.

Data Suruhanjaya Perdagangan Hadapan Komoditi menunjukkan data lindung nilai dan pengurusan kewangan meningkatkan taruhan bulis ke atas dagangan hadapan dan opsyen emas dan perak pada minggu berakhir 8 Julai.

Bagi minggu ini, pasaran memantau petunjuk daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bagi mendapatkan bayangan berhubung ekonomi AS dan jangkaan bila ia akan dikenakan kenaikan kadar faedah.

Pelabur turut memantau pembelian fizikal di Asia, yang berkurangan disebabkan kenaikan harga baru-baru ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelajar Guna Wang PTPTN Untuk Melabur


Kuala Lumpur - seorang wanita hamil lapan bulan kematian bayi yang dikandungnya akibat tekanan darah tinggi selepas mendapat tahu menjadi mangsa skim cepat kaya menerusi Facebook (FB).

Lebih menyedihkan, zuriat sulung mangsa yang berusia awal 30-an itu adalah yang dinanti-nantikan selepas lima tahun beliau dan suaminya mengharapkan cahayamata bersama.

Mengikut mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, pembabitannya dengan skim cepat kaya berkenaan tidak diketahui suaminya dan beliau berharap menerusi pulangan modal dan dividen itu sebagai satu usahanya membantu kewangan suami.

Bagaimanapun, kerana terlalu tertekan dengan situasi itu, Rina diserang tekanan darah tinggi sehingga meragut nyawa bayi yang dikandung beberapa hari lalu.

Labur Guna Wang PTPTN
Seorang lagi mangsa wanita, pelajar universiti berusia 20-an sanggup menggunakan wang simpanan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melabur dalam skim cepat kaya itu.

Pelaburan sebanyak RM3,500 itu dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya dengan harapan memperoleh pulangan dividen yang tinggi bagi membantu pengajian adik beradiknya yang lain.

"Selepas mendapat tahu tertipu, saya berasa amat tertekan sehingga pernah merancang untuk lari dari rumah," katanya dalam satu pertemuan dengan BH di Shah Alam, malam semalam.

Kedua-dua mereka adalah antara lebih 300 mangsa yang kerugian dianggarkan mencecah lebih RM1 juta dalam tempoh sebulan selepas melabur dengan syarikat berkenaan yang menjalankan urusniaga menerusi laman sosial.

Berdasarkan modus operandinya, syarikat itu berselindung di sebalik skop perniagaan sebagai pemborong dan pengeluar beg tangan, kasut serta perhiasan.

Sementara itu, Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima beberapa laporan dan sudah membuka kertas siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaut Jutaan Ringgit - Remaja Pedaya 300 Mangsa Skim Cepat Kaya Menerusi FB


Kuala Lumpur - Seorang remaja berusia 19 tahun memperdaya lebih 300 mangsa untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit sebulan menerusi skim cepat kaya yang dianjurkan syarikat miliknya.

Syarikat itu dikatakan menawarkan pelbagai pelan pulangan modal dari tujuh hingga 20 hari dengan keuntungan modal pusingan syarikat sebanyak tiga kali ganda daripada modal asal.

Skim cepat kaya itu disyaki turut didalangi beberapa pihak lain dan remaja itu berfungsi sebagai keldai sindiket bagi memperdaya mangsa menerusi Facebook (FB).

Selain pelbagai pakej yang menawarkan keuntungan sehingga 100 peratus, syarikat berkenaan turut mempamerkan beberapa cek bernilai puluhan ribu ringgit yang diterima syarikat lain menggunakan pelan dividen sama.

Berikut pelan sama, mangsa dikatakan terpedaya kerana menyangka syarikat lain yang turut menggunakan platform FB itu adalah rangkaian syarikat pemborong dan pengedar terbabit.

Jurucakap bagi sekumpulan mangsa, Khairul Anwar Abdullah yang Pengerusi Persatuan Sri Putramas Sungai Buloh, berkata pelaburan dibuka dengan modal serendah RM200 untuk tawaran beberapa pakej dividen.

"Antara pakej tawaran ialah modal RM200 dapat RM600 dalam tempoh tujuh hari dan labur RM1,600 dapat RM4,800 dalam tempoh 20 hari.

"Ada segelintir pelabur yang menerima dividen dalam tempoh tujuh hari bagi meyakinkan mereka supaya membuat lebih banyak pelaburan dengan pulangan modal tinggi," katanya.

Khairul Anwar berkata, pelabur mula mengesyaki tertipu apabila tidak menerima dividen pada tarikh ditetapkan selepas pelaburan kedua dibuat.

Tak Terima Dividen
Katanya, syarikat yang mula beroperasi menggunakan FB sejak awal Jun lalu sehingga kini gagal membayar pulangan modal dan dividen yang dijanjikan kepada lebih 300 pelabur mereka di seluruh negara.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) oleh mangsa bersama Khairul Anwar mendapati syarikat itu beralamat di Shah Alam dan mula beroperasi sejak 30 April lalu.

Malah, siasatan ke atas alamat syarikat itu mendapati premis berkenaan hanya sebuah gudang kosong, manakala pemiliknya didakwa menetap di Kuala Selangor.

"Sejak 8 Julai lalu, lebih 30 laporan polis dibuat di seluruh negara apabila pelabur menyedari FB syarikat itu ditutup dan kumpulan pelabur menggunakan applikasi WhatsApp ditutup pada 7 Julai lalu", katanya.

"Sebahagian besar pelabur terdiri daripada pelajar universiti dan suri rumah, selain guru, penjawat awam, kakitangan hotel, usahawan dan kerani.

"Ruang dan peluang jenayah berlaku kerana semua mangsa menggunakan media sosial FB, mendedahkan latar belakang diri, termasuk kemampuan kewangan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 Julai 2014


Harga emas mencatatkan kenaikan tinggi semalam untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam empat bulan pada Jumaat untuk merekodkan peningkatan mingguan keenam berturut-turut.

Perkembangan itu berlaku ketika masalah yang dihadapi sebuah bank Portugal mengoncangkan pasaran saham dan meningkatkan permintaan selamat bagi logam berharga.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,336.70 seauns menjelang 0637 GMT, selepas ditutup 0.7 peratus pada Khamis apabila ia meningkat kepada AS$1,345 yang juga harga tertinggi logam itu sejak 19 Mac.

Emas meningkat lebih satu peratus minggu ini.

Kenaikan mingguan keenam itu akan menjadi tempoh paling lama sejak Febuari hingga Mac lalu apabila ia mencatatkan perkembangan serupa.

"Wang dilihat beralih daripada saham kepada emas," kata seorang peniaga logam berharga itu di Hong Kong.

Peniaga itu berkata adalah satu kejutan bagi emas untuk melonjak tinggi berikutan berita asas negatif dari India, di mana duti import logam itu tidak berubah pada paras tertinggi.

Emas dan pelaburan selamat lain seperti yen Jepun dan bon mendapat rangsangan apabila pasaran saham Amerika Syarikat (AS) serta Eropah menjunam semalam berikutan kebimbangan pelabur terhadap masalah kewangan yang dihadapi syarikat milik keluarga di belakang bank Portugal, Banco Espirito Santo.

Perkembangan merentas sempadan itu adalah peringatan keras krisis ekonomi dan hutang yang pernah dihadapi oleh Portugal serta beberapa negara di bahagian selatan Eropah.

Pergolakan geopolitik di Asia Barat dan Ukraine juga terus menyokong emas, yang dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset lebih berisiko seperti saham.

Dalam pasaran fizikal, India mengejutkan pasaran apabila mengekalkan duti import emas dan perak tidak berubah pada 10 peratus dalam bajet fiskalnya.

Langkah itu dijangka akan mengehadkan pembelian luar negara oleh pengguna emas kedua terbesar dunia itu serta akan terus menggalakkan penyeludupan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 Julai 2014


Harga emas mencatatkan kenaikan tinggi semalam untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam empat bulan semalam dan dalam landasan untuk merekodkan peningkatan mingguan keenam berturut-turut.

Perkembangan itu berlaku ketika masalah yang dihadapi sebuah bank Portugal menggoncangkan pasaran saham dan meningkatkan permintaan selamat bagi logam berharga.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,336.70 seauns menjelang 0637 GMT, selepas ditutup 0.7 peratus pada Khamis apabila ia meningkat kepada AS$1,345 yang juga harga tertinggi logam itu sejak 19 Mac.

Emas meningkat lebih satu peratus minggu ini.

kenaikan mingguan keenam itu akan menjadi tempoh paling lama sejak Febuari hingga Mac lalu apabila ia mencatatkan perkembangan serupa.

"Wang dilihat beralih daripada saham ke emas," kata seorang peniaga logam berharga di Hong Kong.

Peniaga itu berkata adalah satu kejutan bagi emas untuk melonjak tinggi berikutan berita asas negatif dari India, di mana duti import logam itu tidak berubah pada paras tertinggi.

Emas dan pelaburan selamat lain seperti yen Jepun dan bon mendapat rangsangan apabila pasaran saham Amerika syarikat (AS) serta Eropah menjunam semalam berikutan kebimbangan pelabur terhadap masalah kewangan yang dihadapi syarikat milik keluarga di belakang bank Portugal, Banco Espirito Santo.

Perkembangan merentasi sempadan itu adalah peringatan keras krisis ekonomi dan hutang yang pernah dihadapi oleh Portugal serta beberapa negara di bahagian selatan Eropah.

Pergolakan geopolitik di Asia Barat dan Ukraine juga terus menyokong emas, yang dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset lebih berisiko seperti saham.

Dalam pasaran fizikal, India mengejutkan pasaran apabila nebgekalkan duti import emas dan perak tidak berubah pada 10 peratus dalam bajet fiskalnya.

Langkah itu dijangka akan mengehadkan pembelian luar negara oleh pengguna emas kedua terbesar itu serta akan terus menggalakkan penyeludupan.

Peermintaan fizikal dalam negara Asia lain juga lemah disebabkan kenaikan harga baru-baru ini.

Dalam negara pengguna terbesar dunia China, harga tempatan setanding dengan penanda aras global atau pada diskaun, memberi gambaran permintaan yang lembap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 Julai 2014


Harga emas meningkat buat sesi kedua berturut-turut semalam ekoran kelemahan dolar selepas laporan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan yang tidak memberi sebarang petunjuk bilakah kadar faedah akan dinaikkan.

Pasaran juga menunggu sekiranya India, negara penggunaka kedua terbesar dunia selepas China akan mengurangkan duti import bagi logam berharga pada bajet fiskal semalam.

Spot emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,327.40 seauns pada 0646 GMT, selepas meningkat 0.5 peratus pada sesi sebelumnya dibantu oleh prestasi dolar yang mencatat paras rendah seminggu berbanding mata wang utama lain.

Kelemahan dolar menjadikan harga komoditi pada mata wang itu lebih menarik kepada pemegang mata wang lain.

Emas berada di bawah tekanan selepas laporan pekerjaan AS yang kukuh minggu lalu meningkatkan spekulasi berhubung kenaikan kadar faedah, namun Fed tidak memberi sebarang petunjuk, demikian menurut minit mesyuarat daripada mesyuarat pada Jun.

Kadar lebih tinggi akan menggalakkan pelabur untuk mengeluarkan tunai daripada aset bukan tunai seperti emas.

"Jika emas melepasi halangan pada AS$1,335, kemudian ke arah AS$1,380.

"Kelemahan dolar selepas mesyuarat Fed membantu.

"Orang ramai akan memantau situasi di India hari ini (semalam) bagi melihat sekiranya akan ada sebarang pemotongan dalam duti import, walaupun pengurangan sudah dilaksanakan," kata peniaga logam berharga.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup tinggi semalam mengambil petunjuk daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang tidak memberi petunjuk akan menaikkan kadar faedah.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata menurut minit mesyuarat Fed, dolar AS juga lemah, mencecah paras terendah dalam tempoh seminggu berbanding mata wang dunia lain.

Coin Mun berkata, berdasarkan teknikal, harga emas melepasi purata pergerakan 20 dan 50 hari sejak 19 Jun berikutan sokongan syarikat.

Pada penutup, Julai 2014, Ogos 2014, September 2014 naik 50 mata, masing-masing kepada RM138.30 segram manakala Oktober 2014 meningkat 52 mata untuk ditutup pada RM138.80 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI : OPR Meningkat 25 Mata Asas


Oleh Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bh.com.my

Kadar faedah pinjaman dijangka meningkat susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) iaitu penanda aras bagi penentuan kadar asas pinjaman (BLR) bank tempatan sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, semalam.

bank pusat berkata, berdasarkan kenaikan itu, kadar terendah dan kadar tertinggi koridor OPR masing-masing dinaikkan kepada 3 peratus dan 3.5 peratus.

Katanya, kenaikan pertama kali sejak Mei 2011 itu, menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang positif dengan eksport dan aktiviti swasta terus kukuh.

Permintaan serantau
Menurutnya, momentum pertumbuhan secara keseluruhan dijangka berterusan dengan eksport terus mendapat manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan serantau selain, aktiviti pelaburan dijangka kekal teguh, didorong oleh sektor swasta.

"Penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan stabil dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan. Oleh itu, prospek ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada landasan pertumbuhan stabil," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM, di Kuala Lumpur, semalam.

BNM menjelaskan, langkah menaikkan OPR itu sejajar keputusan MPC untuk menyelaraskan tahap sokongan monetari dalam keadaan prospek pertumbuhan kukuh dan inflasi kekal melebihi kadar purata jangka panjangnya.

Katanya, kadar OPR baharu itu menunjukkan penderian dasar monetari untuk terus menyokong ekonomi negara.

"Kajian lanjut tahap sokongan monetari akan bergantung kepada penilain MPC mengenai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi. Pada masa sama, MPC, juga akan terus memantau risiko ketidakseimbangan kewangan," katanya.

Sejak tiga tahun lalu, rakyat negara ini menikmati BLR pada kadar 6.60 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata keputusan BNM adalah tepat memandangkan ekonomi Malaysia sedang mendapat limpahan, kesan daripada pengukuhan ekonomi luaran.

Kadar pertumbuhan sihat
Katanya, OPR perlu diselaraskan supaya bersesuaian dengan kadar pertumbuhan yang sihat serta mampu mengekang kadar inflasi supaya sentiasa berada dalam keadaan stabil.

"Kami tidak menjangka OPR akan dinaikkan lagi  pada tahun ini kerana pelaksanaan program rasionalisasi subsidi mungkin sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap momentum pertumbuhan, terutama perbelanjaan swasta," katanya.

Pakar Ekonomi Asia Capital Economics, Krystal Tan, berkata pihaknya menjangkakan akan ada lagi peningkatan OPR menjelang akhir tahun ini kerana dasar monetari lebih ketat diperlukan untuk membendung pertambahan dalam ketidakseimbangan kewangan.

Katanya, kadar faedah rendah menjana peningkatan pesat dalam tahap hutang isi rumah, selain menjadi penyumbang kepada kenaikan besar dalam harga rumah.

"Kami menjangkakan kadar akan meningkat 25 mata asas lagi sebelum akhir tahun ini atau mungkin kekal pada 3.25 peratus," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 09 Julai 2014


Palladium menokok untuk 13 sesi berturut-turut semalam untuk diniagakan menghampiri paras tertingginya sejak 2001 disebabkan kebimbangan tidak cukup bekalan di negara pengeluar utama Afrika Selatan, ditengah-tengah permintaan kukuh daripada sektor industri automatif.

Emas diniagakan sedikit di bawah AS$1,320 seauns kerana pasaran menunggu minit mesyuarat Rizab Persekutuan untuk mendapatkan petunjuk berhubung tinjauan ekonomi dan kadar faedah oleh Bank Pusat AS itu.

Palladium naik 0.4 peratus kepada AS$871.05 seauns pada 0039 GMT.

Ia mencecah paras tertinggi 13 tahun pada AS$873.75 pada Selasa.

Mogok lima bulan pekerja lombong Afrika Selatan, pengeluar kedua terbesar palladium, tamat bulan lalu tetapi pasaran terus mempercayai bekalan akan terus terganggu.

Logam itu digunakan terutama sebagai pemangkin dalam sektor pembuatan automotif.

Logam itu juga mendapat rangsangan daripada data minggu lalu yang menunjukkan jualan autimotif AS mencecah paras tertinggi lapan tahun pada Jun.

Sementara itu, semas semerta menunjukkan perubahan kecil pada AS$1,318.85 seauns.

Laporan pekerjaan ASyang mantap menyemarakkan kebimbangan kadar faedah akan dinaikkan lebih awal daripada jangkaan.

Pelabur memantau minit mesyuarat dasar Rizab persekutuan lewat hari ini bagi mendapatkan petunjuk berhubung kenaikan kadar faedah.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, berkata pegangannya meningkat 2.09 tan kepada 800.28 tan pada Selasa.

Di Dubai, Bursa Komoditi dan Emas berkemungkinan melencarkan kontrak perak semerta selepas kontrak emas semerta ditawarkan pada suku ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 08 Julai 2014


Emas diniagakan lebih rendah semalam apabila pelabur terus berkira-kira dengan kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan lebih awal.

Satu laporan pekerjaan AS yang kukuh minggu lalu menguatkan spekulasi yang Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi berikutan pemulihan ekonomi yang mantap.

Kenaikan kadar faedah akan memberi rangsangan kepada pelabur untuk mengeluarkan wang daripada aset tidak ditanggung faedah seperti emas.

Spot emas jatuh hampir 0.1 peratus kepada AS$1,319 seauns menjelang 0637 GMT selepas ditutup mendatar pada sesi terdahulu.

"Jangkaan kenaikan kadar faedah lebih awal oleh Fed terus memberi kesan ke atas pelabur," kata penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

"Pasaran sudah menyaksikan beberapa perubahan daripada ahli ekonomi sejak minggu lalu, dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS kini dikatakan berlaku pada pertengahan 2015 berbanding awal 2016."

Pasaran kini sedang memerhati minit mesyuarat dasar Fed bulan Jun untuk mengukur pandangan bank pusat itu terhadap kadar faedah serta keadaan ekonomi.

Sesetengah peniaga berkata kurangnya sokongan daripada pasaran fizikal juga boleh memberi kesan ke atas harga.

Permintaan fizikal dalam pengguna emas terbesar Asia adalah lemah dengan logam itu berada pada harga di atas AS$1,300.

Ramai masih menunggu penurunan harganya sebelum membuat sebarang pembelian.

Sementara itu, emas masih lagi mendapat permintaan berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di Asia Barat dan Ukraine.

SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas terbesar dunia berkata, pegangannya meningkat 1.8 tan kepada 798.19 kelmarin.

Kumpulan logam platinum (PGM) terus mendapat manfaat daripada kebimbangan berhubung situasi bekalan di Afrika Selatan yang menyaksikan mogok selama lima bulan berlaku di pengeluar terbesar itu.

Mogok itu berakhir lewat bulan lalu namun beberapa mogok lebih kecil mula berlaku, menghapuskan kebimbangan berhubung bekalan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 Julai 2014


Harga emas meningkat sedikit semalam dengan mendapat sedikit sokongan daripada kelemahan pasaran saham di Eropah.

Namun, logam berharga itu masih terdedah kepada kejatuhan selanjutnya selepas merosot pada sesi sebelumnya susulan perangkaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh membantu melonjakkan dolar AS.

Jumlah pekerjaan di AS meningkat pada Jun dan kadar pengangguran menghampiri paras terendah dalam tempoh enam tahun, sekali gus memberi petunjuk jelas kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi akan berlanjutan kepada separuh kedua tahun ini.

Perangkaan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Kontrak semasa emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,320.80 seauns pada 1208 GMT. Ia jatuh 1.2 peratus kepada paras terendah dalam satu minggu kepada AS$1,309.64 selepas perangkaan pembayaran gaji bukan ladang AS dikeluarkan.

Pasaran hadapan AS bagi penghantaran Ogos naik dengan mencecah paras AS$1,310 selepas perangkaan pekerjaan yang baik tetapi ia kekal terdedah kepada jualansetiap kali untuk melepasi paras AS$1,330," kata MKS Group dalam nota penyelidikannya.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam selepas perangkaan pekerjaan AS yang kukuh mengurangkan tarikan terhadap logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, memberitahu Bernama bahawa peniaga tempatan memberi reaksi terhadap perangkaan pekerjaan AS yang kukuh dan Wall Street yang tinggi yang mengurangkan tarikan terhadap emas sebagai aset selamat.

Semasa ditutup, Julai 2014 susut 16 mata kepada RM135.15 segram, Ogos 2014 turun 16 mata kepada RM135.55 segram, September 2014 merosot 16 mata kepada RM135.70 segram dan Oktober 2014 berkurangan 10 mata kepada RM136.10 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 7,307 kontrak daripada 7,029 kontrak manakala jumlah dagangan menokok kepada 741 lot bernilai RM10.1 juta daripada 650 lot bernilai RM8.9 juta.

Harga fizikal emas turun 52 sen kepada RM130.88 segram daripada RM132.40 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ringgit Cecah Paras Tertinggi


Oleh Mahanum Abd Aziz
mahanum_aziz@bh.com.my

Jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun mendorong ringgit untuk terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mencecah kira-kira RM3.1848 semalam, paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan.

Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh juga menyokong mata wang tempatan itu kembali mencecah paras tertinggi yang mana kali terakhir dicatatkan pada 20 November 2013.

Penganalisis dan ahli ekonomi berkata pengukuhan kemajuan dalam pertumbuhan eksport juga mendorong ringgit untuk terus mengukuh berbanding dolar AS.

Faktor pengukuhan ringgit
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata faktor utama mendorong pengukuhan ringgit adalah jangkaan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta pengukuhan ekonomi seperti yang dapat dilihat dalam angka eksport negara yang terbaharu serta program transformasi ekonomi yang berterusan.

Beliau berkata, beberapa penganalisis ekonomi termasuk Bank Islam mengunjurkan Bank Negara Malaysia akan menaikkan OPR sebanyak 25 asas mata kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan yang akan diadakan pada Khamis minggu depan.

"Pengukuhan ringgit ini mungkin akan berterusan sehingga jangkaan terhadap peningkatan terhadap OPR tercapai. Namun, situasi kadar faedah di AS juga perlu diambil kira kerana perangkaan seperti kadar pengangguran serta kadar inflasi di negara itu menunjukkan tanda pemulihan ekonomi yang kosisten.

Tingkat kadar faedah lebih awal
"justeru, pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan cenderung untuk meningkatkan kadar faedah mereka lebih awal daripada jangkaan," katanya kepada BH semalam.

Afzanizam berkata, jika Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada yng dijangkakan, langkah itu akan memberi kesan langsung terhadap nilai ringgit yang mana pelabur asing akan memindahkan dana mereka ke negara maju berikutan jangkaan peningkatan kadar faedah.

Selain AS, beliau berkata, negara maju seperti United Kingdom (UK) juga dijangkakan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Afzanizam berkata, pihaknya mengunjurkan ringgit akan bergerak pada jajaran RM3.25 hingga RM3.30 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, unjuran itu berasaskan kepada jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah di negara maju yang akan menyebabkan perpindahan dana daripada rantau Asia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 04 Julai 2014


Harga emas meningkat sedikit semalam dengan mendapat sedikit sokongan daripada kelemahan pasaran saham di Eropah.

Logam berharga itu masih terdedah kepada kejatuhan selanjutnya selepas merosot pada sesi sebelumnya susulan perangkaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh membantu melonjakkan dolar AS.

Jumlah pekerjaan di AS meningkat pada Jun dan kadar pengangguran menghampiri paras terendah dalam tempoh enam tahun, sekaligus memberi petunjuk jelas kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi akan berlanjutan kepada separuh kedua tahun ini.

Perangkaan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Kontrak emas semasa naik 0.1 peratus kepada AS$1,320.80 seauns pada 1208 GMT.

Ia jatuh 1.2 peratus kepada paras terendah dalam satu minggu kepada AS$1,309.64 selepas perangkaan pembayaran gaji bukan ladang AS dikeluarkan.

Pasaran hadapan AS bagi penghantaran Ogos naik dengan mencecah paras AS$1,321.80 seauns.

"Emas berada di atas paras AS$1,310 selepas perangkaan pekerjaan yang baik tetapi ia kekal terdedah kepada jualan setiap kali untuk melepasi paras AS$1,330," kata MKS Group dalam satu nota penyelidikannya.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam selepas perangkaan pekerjaan AS yang kukuh mengurangkan tarikan terhadap logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin memberitahu Bernama bahawa peniaga tempatan memberi reaksi terhadap perangkaan pekerjaan AS yang kukuh dan Wall Street yang tinggi yang mengurangkan tarikan terhadap emas sebagai aset selamat.

Ketika ditutup, Julai 2014 susut 16 mata kepada RM135.15 segram, September 2014 merosot 16 mata kepada RM135.70 segram dan Oktober 2014 berkurang 10 mata kepada RM136.10 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 7,307 kontrak daripada 7,029 kontrak manakala jumlah dagangan menokok kepada 741 lot bernilai RM10.1 juta daripada 650 lot bernilai RM8.9 juta.

Harga fizikal emas turun 52 sen kepada RM130.88 segram daripada RM132.40 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 Julai 2014


Emas susut berikutan pengukuhan dolar AS dan pasaran ekuiti, sementara pelabur menunggu hasil mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) dan data pekerjaan AS untuk mengukur kekukuhan ekonomi global dan nasib langkah rangsangan.

Emas semerta susut 0.4 peratus kepada AS$1,322.70 seauns pada 1016 GMT.

Ia mencecah paras tertinggi tiga bulan AS$1,332.10 sebelum ini berikutan ketegangan di Iraq dan Ukraine meningkatkan permintaan bagi logam itu sebagai pelaburan selamat.

Dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,323.90 seauns.

Dolar menokok 0.1 peratus berbanding beberapa mata wang utama dunia, manakala saham dunia berlegar di bawah rekod tertinggi.

Nilai dolar yang mengukuh menjadikan aset dalam denominasi dolar seperti emas menjadi mahal bagi pelabur asing.

"Dolar mengukuh susulan penerbitan data semalam, yang tidak menyokong emas. Melainkan berlaku kejutan ketara dalam angka pembayaran gaji bukan perladangan AS, kita tidak menyaksikan harga emas jatuh," kata Bernard Dahdah, penganalisis di Natixis.

"Harga dijangka menerima tekanan di bawah AS$1,300 dalam jangka panjang, berikutan ekonomi AS semakin mengukuh dan pelabur tiada sebab untuk melabur dalam aset selamatseperti emas."

Data Rabu menunjukkan pengambilan kerja sektor swasta AS mencecah paras tertinggi satu setengah tahun pada Jun.

Gambaran teknikal juga muram dengan penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao, berkata emas mungkin menjejaki ke arah AS$1,316 berikutan kegagalan melepasi rintangan pada AS$1,334 sebanyak dua kali.

Sementara itu, permintaan fizikal bagi emas meningkat disebabkan rali harga baru-baru ini.

Di China, harga domestik berada pada diskaun AS$1-AS$2 seauns berbanding harga global.

Logam berharga lain, platinum tidak berubah pada AS$1,501.20 seauns, berlegar ke paras tertinggi 10 bulan pada AS$1,517.50 pada Rabu berikutan kebimbangan tidak cukup bekalan.

Paladium juga disokong menghampiri paras tertinggi tiga minggu pada AS$855 seauns, manakala perak susut 0.3 peratus kepada AS$21.03 seauns.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Krisis Kewangan Beri Peringatan Kepada Negara


Pengalaman daripada krisis kewangan yang berlaku secara berturutan memberi peringatan kepada negara agar tidak terlalu bergantung kepada dasar monetari, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, dasar monetari tidak boleh menangani isu struktur termasuk kekakukan dan daya saing ekonomi, malahan dasar monetari paling akomodatif tidak boleh menjadi pengganti bagi pembaharuan struktur yang diperlukan.

"Bukan sahaja terdapat had apa yang boleh dipenuhi oleh dasar monetari tetapi terlalu bergantung kepadanya juga boleh membawa kepada akibat yang tidak diingini," katanya pada Syarahan Per Jacobsson Foundation 2014 di Basel, Switzerland.

Beliau berkata, tempoh persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan mungkin membawa kepada peningkatan ketidakseimbangan kewangan.

"Justeru itu, penyesuaian monetari perlu diperkukuhkan dengan kesungguhan usaha penyusunan semula hutang bagi sektor isi rumah dan perniagaan untuk meningkatkan potensi aktiviti perbelanjaan dan pelaburan," katanya.

Beliau berkata, dasar penawaran dalam semua sektor ekonomi termasuk dalam pasaran buruh, juga penting kepada proses pemulihan.

Zeti berkata, dalam persekitaran perbelanjaan sektor swasta yang lemah, langkah fiskal memainkan peranan penting menyokong ekonomi domestik, walaupun pada tahap krisis ini, ruang dasar mungkin menjadi terhad.

Beliau berkata, terdapat pelbagai langkah yang tidak membabitkan kos yang ketara.

Langkah itu, katanya terdiri daripada penyediaan insentif kepada syarikat untuk mengekalkan pekerjaan dan mengurangkan pembuangan kerja kepada insentif fiskal untuk menggalakkan penyusunan semula hutang bagi korporat berdaya mahu, perusahaan kecil dan sederhana dan sektor isi rumah untuk menyokong pemulihan perbelanjaan domestik.

Selain itu, katanya dasar kewangan yang termasuk skim pembiayaan, kemudahan jaminan kredit dan dana khas yang dibentuk untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan amat berjaya dalam menyokong proses pertumbuhan.

Beri kesan tidak seimbang
Zeti berkata, semasa peringkat pemulihan sokongan, impak pengagihan semula krisis kewangan yang memberi kesan tidak seimbang kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan perlu dikurangkan.

"Mengikut Bank Dunia, krisis kewangan boleh menyebabkan pendapatan isi rumah golongan miskin jatuh 10 kali lebih daripada purata isi rumah," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa program yang mencapai kejayaan besar sedang dilaksanakan di beberapa negara di dunia ini yang boleh dikumpulkan sebagai empat bahagian penting.

Zeti berkata, dasar dan pembaharuan susulan daripada krisis kewangan yang berturutan telah memberi sumbangan besar ke arah mengukuhkan daya tahan sistem kewangan dan ekonomi di seluruh dunia.

Pada masa depan, beliau berkata krisis kewangan akan menjadi satu kemungkinan yang akan terus berlaku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 02 Julai 2014


Emas berada hampir di paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan semalam, dirangsang oleh kelemagan dolar Amerika Syarikat (AS).

Kontrak emas semasa naik 0.1 peratus kepada AS$1,326.90 seauns pada 1010 GMT, di bawah paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan yang dicatatkannya pada sesi sebelumnya pada paras AS$1,332.10.

Dolar AS bergerak di atas paras terendah dalam tempoh dua bulan berbanding mata wang lain selepas beberapa siri laporan pekerjaan AS dan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini yang mana akan menyediakan petunjuk mengenai strategi rangsangan monetari selanjutnya.

Laporan pembayaran gaji bukan ladang AS bagi Mei akan dikeluarkan hari ini.

"Pasaran beberapa minggu ini telah mentafsirkan kebanyakan maklumat baharu mengenai ekonomi AS yang positif kepada emas, terutama terdapat tanda awal tekanan inflasi meningkat dan Rizab Persekutuan AS menyifatkan ia tidak membimbangkan," kata penganalisis Macquarie, Matthew Turner.

Emas meningkat 2.4 peratus pada suku kedua didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar pada kadar menghampiri sifar dan ketegangan di Iraq dan Ukraine.

Sementara itu, platinum naik 1.5 peratus kepada AS$1,513.50 seauns dan palladium meningkat 0.8 peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu kepada AS$856.60 seauns.

Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah semalam berikutan kekurangan minat belian untuk logam kuning berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin berkata, harga hadapan emas di Bursa Malaysia dijangka mengikut aliran menurun kerana peserta pasaran mengunggu laporan pekerjaan AS serta mesyuarat Bank Pusat Eropah esok.

"Ini akan memberi petunjuk mengenai strategi merangsang monetari dan hala tuju untuk emas di masa depan," katanya kepada Bernama.

Ketika ditutup, Julai 2014 merosot dua mata kepada RM136.90 segram, Ogos 2014 jatuh tiga mata kepada RM137.30 segram dan Disember 2014 susut lima mata kepada RM138.05 segram.

Kedudukan terbuka menurun kepada 7,029 kontrak daripada 7,567 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan jatuh kepada 295 lot bernilai RM4.0 juta daripada 549 lot bernilai RM7.54 juta.

Harga fizikal emas susut 22 sen kepada RM132.13 segram berbanding RM132.35 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : Dua Ahli Macau Scam Diberkas


Johor Bahru : Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa menggunakan internet atau 'Macau Scam' selepas menahan dua lelaki Taiwan dalam serbuan di sebuah hotel di Kluang.

Sindiket itu dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menyewa 20 bilik di hotel berkenaan sebagai pusat operasi mereka untuk menipu rakyat negara ini dan warga asing.

Modus operandi ialah menelefon mangsa menggunakan teknologi 'Voice Over Internet Protocol' (VOIP) dan menyamar sebagai pegawai bank atau jabatan kerajaan.

Teknologi VOIP digunakan bagi memaparkan nombor telefon rasmi bank atau jabatan kerajaan untuk menambah keyakinan mangsa.

Buat pindahan wang
Mangsa kemudian dituduh terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan akaun akan dibekukan sebelum diarah ke bank serta membuat pindahan wang ke akaun lain mengikut arahan sindiket berkenaan, kononnya bagi membantu menyelamatkan wang daripada dibekukan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, polis turut merampas 47 unit modem, pencetak, komputer riba, empat unit jalur lebar (broadband), 16 telefon tanpa wayar dan empat kad bank.

"Kita sedang mengesan seorang lagi ahli sindiket ini, dikenali Ling Jun-Hong, 35 tahun, dengan nombor pasport 306488140 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan telefon yang menggunakan modus operandi berkenaan, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan sindiket, selain tidak mendedahkan maklumat akaun bank kepada mana-mana pihak menerusi telefon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 01 Julai 2014


Emas menokok ke paras tertinggi tiga bulan semalam berikutan nilai dolar AS lemah dan bertambahnya keganasan di Iraq menaikkan daya tarikan logam itu.

Emas semerta menokok kepada AS$1,332.10 seauns, paras tertinggi sejak 24 Mac dan mendatar pada AS$1,327.00 pada 0621 GMT.

Ia naik hampir satu peratus dalam sesi dagangan sebelum ini.

Logam itu mencatat kenaikan sukuan dua kali berturut-turut pada suku berakhir Isnin lalu, dan Jun juga adalah bulan terbaik sejak Febuari.

"Pada suku ini, kami menjangka emas akan kekal kukuh dan berkemungkinan menokok lebih tinggi disebabkan ketidaktentuan," kata penganalisis pelaburan di Phillip Futures Sdn Bhd, Howie Lee.

Beliau berkata, ketidaktentuan berhubung pemulihan ekonomi AS dan ketegangan geopolitik akan memberi sokongan kepada emas.

Lee juga menjangka gambaran teknikal bagi emas pada suku ketiga positif. Halangan dijangka pada AS$1,365 dan sokongan pada AS$1,189.

Semalam, daya tarikan emas melonjak berikutan dolar AS yang diniagakan pada paras terendah tujuh minggu berbanding mata wang utama dunia lain.

Dolar AS yang lemah menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih murah kepada pemegang dalam mata wang asing.

Emas juga disokong daripada ketegangan geopolitik terutama perkembangan di Iraq dengan tentera kerajaan sedang berperang dengan golongan pemisah.

Ketegangan di Ukraine dan Iraq sebahagian besarnya bertanggungjawab kepada kenaikan 10 peratus emas tahun ini.

Di pasaran fizikal, pembeli kurang berminat disebabkan kenaikan harga baru-baru ini.

Di China, harga tempatan jatuh ke paras diskaun sekitar AS$1 seauns berbanding harga global.

Logam kumpulan platinum stabil, susulan tamatnya mogok pekerja di Afrika Selatan minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : RM940,000 Ditipu Macau Scam


Melaka Tengah - Sebanyak 30 kes penipuan 'Macau Scam' membabitkan kerugian hampir RM940,000 dilaporkan di negeri ini dar Januari hingga Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Superintendan Ee Khong Koy, berkata jumlah itu agak membimbangkan berikutan pihaknya hanya menerima 49 laporan membabitkan kerugian lebih RM1.4 juta, tahun lalu.

Katanya, ia mungkin berlaku disebabkan masyarakat kurang peka berhubung bahaya penipuan 'Macau Scam' walaupun pelbagai maklumat dan pendedahan mengenai kes berkenaan dilaporkan media massa.

"Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini daripada 30 kes yang dilaporkan di melaka, 21 kes berlaku di daerah Melaka Tengah membabitkan kerugian RM703,775 dan sembilan kes di Alor Gajah dengan nilai kerugian RM235,885.

"Tahun lalu pula, daripada 49 kes yang dilaporkan, 39 kes dengan nilai RM1.14 juta berlaku di melaka Tengah, lapan kes di Alor Gajah (RM277,489) dan dua kes di Jasin (RM19,499)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa penipuan
Khong Khoy berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa penipuan terdiri daripada individu berusia antara 20 hingga 50-an yang bekerja sebagai penjawat awam, pekerja swasta dan bekerja sendiri.

Sejak Januari hingga Mei lalu, katanya, enam penjawat awam menjadi mangsa penipuan, pekerja swasta (22) dan mereka yang bekerja sendiri (lapan). Tahun lalu, mangsa membabitkan 14 penjawat awam, swasta (18) dan bekerja sendiri (10).

"Tahun ini, seramai tujuh mangsa terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 29 tahun, 30 hingga 39 tahun (15), 40 hingga 49 tahun (enam) dan 50 tahun ke atas, dua orang," katanya.

Terima panggilan
Berdasarkan modus operandi, katanya, mangsa akan menerima panggilan daripada nombor antarabangsa memaklumkan mereka memenangi cabutan bertuah bernilai tinggi sbelum diminta membuat bayaran cukai kastam.

"Ada juga mangsa yang menerima panggilan memaklumkan kad kredit mereka digunakan individu lain sebelum diminta mengeluarkan wang dan memasukkannya ke dalam akaun diberi sebagai langkah keselamatan, sekali gus mengakibatkan mangsa mengalami kerugian," katanya.

Artikel Daripada Berita Harian (01 Julai 2014)
oleh : Nurhasyima hasim
nurhasyima@bh.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 30 Jun 2014


Emas kekal stabil menghampiri paras tinggi dua bulan pada Isnin susulan prestasi dolar yang kurang memberangsangkan dan komoditi itu dijangka mencapai pertumbuhan sukuan kedua ekoran ketegangan geopolitik yang memacu permintaan kepada pelaburan selamat.

Pelabur memantau rapat data pekerjaan AS dan mesyuarat European Central Bank (ECB) minggu ini bagi mendapatkan sebarang jangkaan berhubung langkah rangsangan sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

Spot emas hampir tidak berubah kepada AS$1,315.40 seauns pada 0636 GMT, tidak jauh daripada paras tinggi dua bulan iaitu AS$1,325.90 yang dicatatkan minggu lalu.

Logam itu menambah 2.4 peratus pada suku kedua tahun ini, selepas meningkat hampir tujuh peratus pada suku sebelumnya, dipacu oleh ketegangan di Ukraine dan Iraq.

"Gambaran teknikal bagi emas menunjukkan ia dalam prestasi baik dengan sokongan pada AS$1,300 dan paras halangan sekitar AS$1,335," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.

Data pekerjaan AS dan mesyuarat ECB dijadualkan pada Khamis dengan kedua-duanya menjadi tumpuan dengan pelabur memantau rapat petunjuk berhubung kekuatan ekonomi global.

Dolar bergelut untuk melepasi paras rendah satu bulan berbanding dengan mata wang utama lain awal dagangan semalam dengan mencatatkan kejatuhan terbesar mingguan dalam tempoh lebih dua bulan selepas data AS yang mengecewakan.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup keseluruhannya lebih rendah semalam berikutan belian yang lembap disebabkan ekonomi AS yang bertambah baik.

Peniaga berkata, prestasi ekonomi yang lebih baik telah melemahkan permintaan untuk logam berharga berkenaan sebagai aset selamat.

Ketika ditutup, Jun 2014 dan Julai 2014 merosot enam mata tiap satu masing-masing kepada RM135.55 dan RM135.80 segram manakala Ogos 2014 dan September 2014 susut masing-masing kepada RM136.25 dan RM136.40 segram.

Kedudukan terbukameningkat kepada 10,682 kontrak daripada 7,215 kontrak manakala jumlah dagangan melonjak kepada 3,678 lot bernilai RM50.2 juta daripada 284 lot bernilai RM3.85 juta pada Jumaat.

Harga fizikal emas menurun lapan sen kepada Rm131.06 segram daripada RM131.14 segram pada Jumaat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS