Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Julai 2014


Palladium menokok untuk 13 sesi berturut-turut semalam untuk diniagakan menghampiri paras tertingginya sejak 2001 disebabkan kebimbangan tidak cukup bekalan di negara pengeluar utama Afrika Selatan, ditengah-tengah permintaan kukuh daripada sektor industri automatif.

Emas diniagakan sedikit di bawah AS$1,320 seauns kerana pasaran menunggu minit mesyuarat Rizab Persekutuan untuk mendapatkan petunjuk berhubung tinjauan ekonomi dan kadar faedah oleh Bank Pusat AS itu.

Palladium naik 0.4 peratus kepada AS$871.05 seauns pada 0039 GMT.

Ia mencecah paras tertinggi 13 tahun pada AS$873.75 pada Selasa.

Mogok lima bulan pekerja lombong Afrika Selatan, pengeluar kedua terbesar palladium, tamat bulan lalu tetapi pasaran terus mempercayai bekalan akan terus terganggu.

Logam itu digunakan terutama sebagai pemangkin dalam sektor pembuatan automotif.

Logam itu juga mendapat rangsangan daripada data minggu lalu yang menunjukkan jualan autimotif AS mencecah paras tertinggi lapan tahun pada Jun.

Sementara itu, semas semerta menunjukkan perubahan kecil pada AS$1,318.85 seauns.

Laporan pekerjaan ASyang mantap menyemarakkan kebimbangan kadar faedah akan dinaikkan lebih awal daripada jangkaan.

Pelabur memantau minit mesyuarat dasar Rizab persekutuan lewat hari ini bagi mendapatkan petunjuk berhubung kenaikan kadar faedah.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, berkata pegangannya meningkat 2.09 tan kepada 800.28 tan pada Selasa.

Di Dubai, Bursa Komoditi dan Emas berkemungkinan melencarkan kontrak perak semerta selepas kontrak emas semerta ditawarkan pada suku ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment