Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Julai 2014


Emas diniagakan lebih rendah semalam apabila pelabur terus berkira-kira dengan kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan lebih awal.

Satu laporan pekerjaan AS yang kukuh minggu lalu menguatkan spekulasi yang Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi berikutan pemulihan ekonomi yang mantap.

Kenaikan kadar faedah akan memberi rangsangan kepada pelabur untuk mengeluarkan wang daripada aset tidak ditanggung faedah seperti emas.

Spot emas jatuh hampir 0.1 peratus kepada AS$1,319 seauns menjelang 0637 GMT selepas ditutup mendatar pada sesi terdahulu.

"Jangkaan kenaikan kadar faedah lebih awal oleh Fed terus memberi kesan ke atas pelabur," kata penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

"Pasaran sudah menyaksikan beberapa perubahan daripada ahli ekonomi sejak minggu lalu, dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS kini dikatakan berlaku pada pertengahan 2015 berbanding awal 2016."

Pasaran kini sedang memerhati minit mesyuarat dasar Fed bulan Jun untuk mengukur pandangan bank pusat itu terhadap kadar faedah serta keadaan ekonomi.

Sesetengah peniaga berkata kurangnya sokongan daripada pasaran fizikal juga boleh memberi kesan ke atas harga.

Permintaan fizikal dalam pengguna emas terbesar Asia adalah lemah dengan logam itu berada pada harga di atas AS$1,300.

Ramai masih menunggu penurunan harganya sebelum membuat sebarang pembelian.

Sementara itu, emas masih lagi mendapat permintaan berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di Asia Barat dan Ukraine.

SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas terbesar dunia berkata, pegangannya meningkat 1.8 tan kepada 798.19 kelmarin.

Kumpulan logam platinum (PGM) terus mendapat manfaat daripada kebimbangan berhubung situasi bekalan di Afrika Selatan yang menyaksikan mogok selama lima bulan berlaku di pengeluar terbesar itu.

Mogok itu berakhir lewat bulan lalu namun beberapa mogok lebih kecil mula berlaku, menghapuskan kebimbangan berhubung bekalan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment