Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Kes Saman Genneva - Bank Negara Malaysia (BNM) Mohon Batal Jadi Defendan


Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) memohon untuk membatalkan namanya sebagai antara defendan dalam kes tuntutan saman dikemukakan 1,065 pedagang emas terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Kes saman ini adalah berhubung dakwaan pedagang emas terbabit yang bertindak selaku plaintif mendakwa defendan, Genneva Malaysia, memungkiri kontrak jual beli emas.

Peguam, James Joshua Paul Raj yang mewakili plaintif ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini, semalam , berkata BNM akan memfailkan permohonan untuk membatalkan namanya sebagai defendan, sebelum 7 Ogos ini.

Paul Raj berkata, melalui prosiding dalam kamar itu juga, Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Noor memerintahkan BNM memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 23 Julai ini. BNM diwakili peguam, Muhamad Riduan Baba.

Defendan Kedua
mengikut writ saman dan pernyataan tuntutan, Mursid meam Ghouse musa meam bersama 1,064 individu lain, menamakan Genneva Malaysia dan BNM sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya, plaintif berkata, mereka memasuki perjanjian jual beli emas dengan Genneva Malaysia kerana iklan dikeluarkan syarikat itu mendakwa ia badan berlesen yang menjalankan perniagaan emas.

Plaintif berkata, melalui dua pembelian dan satu penjualan emas, mereka tidak menerima produk atau nilai emas yang dibeli dan tidak menerima harga belian.

Tuduhan Langgar Kontrak
Mereka mendakwa Genneva Malaysia gagal, enggan atau lalai menghormati kewajipan kontrak dan memungkiri kontrak berkenaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut daripada defendan pertama, ganti rugi khas berjumlah RM146,025,339 dan ganti rugi lain serta perintah supaya BNM menyerahkan emas fizikal dan wang yang diputuskan untuk dibayar kepada mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment