Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Febuari 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu ini.

Ia dijangka dipacu oleh beberapa faktor seperti penurunan harga saham global, kejatuhan harga minyak ke paras rendah, serta spekulasi Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah.

“Pasaran terus bimbang dengan kelembapan global,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling. 

Peniaga, katanya, akan terus memantau dengan rapat pertumbuhan ekonomi dan data ekonomi global bagi mencari lebih banyak petunjuk.

“Data penting yang akan dipantau minggu depan termasuklah laporan Pembuatan ISM Amerika Syarikat, laporan Perubahan Pekerjaan ADP, laporan senarai gaji bukan ladang dan laporan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Caixin China,” katanya.

Bagi asas mingguan, Februari 2016 naik 12 mata kepada RM166.35 segram, Mac 2016 meningkat 11 mata kepada RM166.35 segram, April 2016 menokok 16 mata kepada RM166.95 segram dan Mei 2016 menambah 14 mata kepada RM167.15 segram.

Jumlah dagangan mingguan berjumlah 1,630 lot bernilai RM27.3 juta daripada 375 lot bernilai RM6.21 juta pada Jumaat sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat turun kepada 890 kontrak daripada 1,651 kontrak sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Penduduk Besut Ditipu


Cikgu Zawawi CEO Highway Group

"Rugi hampir RM1 Juta CEO syarikat skim cepat kaya cabut lari"  

Jertih : Peserta skim cepat kaya dari Besut yang menyertainya menerusi sebuah syarikat beroperasi di Kelantan dipercayai mengalami kemgian hampir RMl juta selepas gagal mendapatkan semula modal dan bonus hasil pelaburan mereka.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Abd Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat syarikat yang di katakan menawarkan skim cepat kaya berkenaan menerusi pelabutan haram kerana ia satu penipuan. 

Menurutnya, minggu lalu seorang ejen syarikat itu yang juga pengurus kawasan Besut tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas pihak pengurusan syarikat berkenaan didakwa menutup operasinya dan melarikan diri.

Katanya, berikutan itu polis sedang menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan dan berharap lebih ramai penduduk daerah terbabit yang menjadi mangsa penipuan syarikai beroperasi di Tanah Merah, Kelantan tampil menyalurkan maklumat.

“Saya percaya ramai kakitangan awam dan penduduk daerah ini terpedaya dengan skim yang ditawarkan bonus lumayan dalam tempoh singkat selepas menyertai skim berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Pelancaran Projek Printis Mengurangkan Penagihan Dadah (PEMANDU) Peningkat Daerah Besut oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB).

Minggu lalu dilaporkan kira-kira 1,000 ahli skim cepat kaya di Besut berputih mata kerana mereka gagal mendapat bonus pulangan dijanjikan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu sudah melarikan diri.

Rosli berkata, kegiatan skim cepat kaya berkenaan tidak berlaku di daerah lain di negeri itu dan hanya di laporkan di Besut.

Menurutnya orang ramai diingatkan supaya dapat menjauhi diri dengan tawarran skim seumpama itu oleh pihak tertentu kerana ia tidak pernah dibenarkan oleh kerajaan.

Katanya, agensi skim terbabit tidak ada dokumen rasmi ketika mengutip wang daripada pelanggan sebaliknya menggunakan kaedah bercakap dari mulut ke mulut dengan dijanjikan pulangan tinggi menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh.

Sementara itu, Idris ketika melancarkan projek perintis mengurangkan penagihan dadan berkata, beliau berharap projek itu dapat mengurangkan kes penyalah gunaan dadah dikalangan remaja.

Menurutnya, hasil kajian pihak berkaitan mendapati sebanyak tujuh peratus penduduk terutama di kalangan remaja daerah itu terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Menerusi program yang dijalankan itu pihaknya berharap masyarakat tidak menganggap penagih dadah sebagai penjenayah sebaliknya mereka adalah pesakit dan perlu diberi rawatan serta pemulihan," katanya. 

Sumber : Harian Metro (29 Febuari 2016)
Tulisan : Mohammad Ishak


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN METRO AHAD : Rujuk Pakar Pelaburan Emas



Kuala Lumpur : Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan Internet sebagai rujukan utama untuk menyertai aktiviti pelaburan emas sebaliknya mendapatkan nasihat individu berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan Public Gold Syukor Hashim berkata, kebanyakan maklumat yang didedahkan melalui Internet direka pihak yang menyertai skim cepat kaya.

“Disebabkan ramai cenderung memilih Internet untuk mencari semua maklumat, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai mangsa.

“Jangan percaya dengan janji manis seperti keuntungan bulanan yang tinggi sekiranya melabur emas bersama syarikat yang belum tentu lagi statusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 peserta Seminar Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit, di sini, semalam.  

Antara penceramah dalam seminar berkenaan adalah penulis buku terlaris “Essentials of Finance Management' Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi lQl Holdings Shan Saeed dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Dalam seminar itu, peserta didedahkan dengan peranan emas yang mampu berperanan sebagai penyelamat kepada kejatuhan ringgit sekali gus menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain.

Menurut Shan, penting bagi mereka yang berminat menceburi bidang pelaburan emas untuk mengetahui sejarah mata wang dunia.

“Sejarah mata wang dunia dan pengetahuan meluas mengenai pengurusan wang penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang pelaburan emas kerana kita boleh menjangkakan kekuatan mata wang negara pada situasi semasa, ” katanya.

Sumber : Metro Ahad (28 Febuari 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Febuari 2016



Harga emas jatuh semalam apabila dolar meningkat dan pasaran saham Eropah melanjutkan ralinya, bagaimanapun logam itu masih menuju kepada kenaikan mingguan dengan belian meningkat menerusi dana tukaran asing.

Spot emas susut 0.2 peratus pada AS$1,231.80 seauns menjelang 1056 GMT, manakala niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April susut 0.5 peratus kepada AS$1,232.50 seauns.

Dolar meningkat 0.1 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama dan saham Eropah meningkat kepada paras tertinggi dalam tiga minggu apabila pemimpin kewangan negara G20 berkumpul di Shanghai di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang semakin memburuk serta kurangnya kesepakatan untuk memperbetulkan masalah berkenaan.

Emas dilihat mengembalikan semula peranannya sebagai pelindung kepada pelabur risiko, apabila meningkat 16 peratus tahun ini ketika harga saham menjunam dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global semakin bertambah.

Ia mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun AS$1,260.60 bulan ini, disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah AS.

“Kami memperlahankan sasaran pertumbuhan bagi Kesatuan Eropah (EU) dan AS, mengurangkan jangkaan kadar faedah menjelang akhir tahun serta menurunkan sasaran S&P bagi hujung tahun. Semua ini positif bagi emas,” kata penganalisis komoditi Deutsche Bank, Michael Hsueh.

Aset SPDR Gold Trust, dana tukaran logam terbesar dunia meningkat ke paras tertinggi sejak Mac 2015 pada Rabu.

Aliran masuk ke dalam dana itu sejak awal tahun ini sudah pun mengatasi aliran keluar bagi seluruh 2015. 

Peningkatan di dalam asetnya tahun ini adalah yang tertinggi sejak 2010.

“Kelihatan aliran masuk wang yang bagus ke dalam ETF dan hubungan langsungnya dengan harga adalah sangat kukuh,” kata seorang peniaga logam itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Febuari 2016



Emas memadamkan kerugian awalnya semalam susulan berlakunya ketidaktentuan dalam pasaran saham menyebabkan pelabur beralih kepada aset lindung nilai, menyaksikan minat pembelian baharu terhadap jongkang emas.

Saham Asia jatuh apabila harga minyak merundum dan saham China menjunam susulan kebimbangan irnpak ekonomi global terhadap terhadap turun naik pasaran yang terlalu tinggi.

Harga emas naik 0.6 peratus kepada AS$1,236.40 seauns pada 0658 GMT selepas kejatuhan baharu sebanyak 0.7 peratus.

Pada Rabu, emas naik 2.1 peratus kepada AS$1,252.91 apabila harga emas yang lebih rendah mengheret saham lebih rendah.

Namun logam itu melepaskan kebanyakan untungnya apabila harga minyak naik tinggi baru-baru ini melonjakkan saham.

Emas rali 16-peratus tahun ini dirangsang oleh pertaruhan pelabur ke aras aset lindung nilai dan kejatuhan ekouiti global pada harga minyak yang lebih rendah dan kebimbangan kelembapan ekonomi.

Logam itu mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun kepada AS$1,260.60 dua minggu lalu. 

Peningkatan aset dan dana berasaskan jongkong emas (ETF) turut menyokong rali.

SPDR Gold Trust menyaksikan pelaburan masuk, bagi emas utama ETF, sejak permulaan tahun dengan permulaan tahun kini mengatasi paras prestasi 2015.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Jengkaut Tarik Duit



"Suspek larikan 2 mesin ATM guna jentera berat, angkut dengan pacuan empat roda" 

Sekumpulan penjenayah menggunakan jengkaut untuk melarikan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Besar, Bestari Jaya, di sini, semalam.  

Dalam kejadian jam 5 pagi, suspek menggunakan jentera berat itu yang dicuri untuk menarik keluar mesin ATM di dalam bank berkenaan.  

Tindakan itu menyebabkan cermin premis pecah manakala mesin berkenaan ditarik sehingga ke jalan besar sebelum dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.  

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan bank berkenaan.  

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi menemui jengkaut ditinggalkan suspek selepas menarik keluar mesin ATM terbabit manakala cermin premis dipecahkan.  

“Suspek lebih daripada dua orang itu dipercayai memasang kabel pada jentera berat sebelum mengikatnya pada mesin ATM.  

“Polis percaya suspek mengambil masa 30 minit untuk melarikan dua mesin ATM di dalam premis itu. “

Mesin ATM berkenaan diangkat masuk ke belakang Toyota Hilux dan wang tunai dilarikan RM537,390," katanya.  

Ruslan berkala, siasatan lanjut mendapati jengkaut digunakan dalam kejadian itu dicuri suspek dari tapak pembinaan berhampiran sebelum dipandu ke hadapan bank.  

Katanya, polis mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan.  

“Satu pasukan khas juga ditubuhkan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah bangunan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan, katanya.  

Sumber : Harian Metro (26 Febuari 2016)  
Tulisan : Ekhwan Haque Faziul Haque & Suzaini Sulaiman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kutip RM245,000 dalam Sebulan


Gambar Hiasan - Majlis Highway Group

"Skim cepat kaya kumpul deposit haram cecah jutaan ringgit dalam tempoh lapan bulan"  

Jertih : Seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya selepas pengurusanan syarikat disertainya menghentikan operasi dan menghilangkan diri bersama wang milik mangsa dan pelabur lain. 

Difahamkan, mangsa berusia 52 tahun dari Kampung Renik, di sini, mula menyertai skim itu selepas diajak rakannya yang sudah lama menyertai dan berjaya membuktikan dapat keuntungan besar.  

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa mendakwa dilantik sebagai Pengurus Kumpulan bagi daerah Besut oleh pengasas syarikat itu pada Jun 2015.  

"Dalam tempuh sebulan, mangsa berjaya mengutip RM245,000 bersamaan 700 lot bernilai RM350 setiap satu daripada orang ramai, selain mendapat upah RM5,000 sebulan sebagai pengurus kumpulan.  

"Mangsa mendakwa penyerahan wang kepada konsultan syarikat yang dilantik mencecah hampir jutaan ringgit yang dikutip daripadav pelabur di daerah ini bermula Jun 2015 hingga Febuari lalu.  

"Mangsa mendakwa penyerahan wang dilakukan di dua hotel di Kota Bharu, Kelantan ketika mesyuarat dan majlis penerimaan bonus yang diadakan tiga kali sebulan," katanya.  

Khaled berkata, mangsa mula rasa ditipu apabila syarikat yang beroperasi di Tanah Merah, Kelantan menutup operasinya selepas aktiviti pengambilan deposit haram daripada orang ramai dikesan pihak berkuasa, selain memaklumkan bonus pelabur gagal dijelaskan bermula Februari.  

Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Jertih, semalam bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.  

Difahamkan, 1,000 pelabur dari daerah Besut yang menyertai skim cepat kaya berputih mata untuk mendapatkan hasil pelaburan bernilai jutaan ringgit selepas pengurusan syarikat menghilangkan diri.  

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri dari Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang, Kelantan rugi RM50,000 kerana tidak menerima bonus pelaburan dari syarikat sama.

Sumber : Harian Metro (26 Febuari 2016)
Tulisan : Mohammad Ishak


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Enam 'Datuk' Penipu Besar



"Broker tanah berperwatakan alim kebas RM1.8 juta"  

Kuala Terengganu : Enam lelaki termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam 18 kes penipuan jual beli tanah menggunakan gelaran Datuk dan berperwatakan alim bagi mengaburi mangsa dengan kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta sejak 2012.

Bagaimanapun, tembelang enam suspek berusia antara 40 hingga 65 tahun itu terbongkar apabila ditahan dalam operasi khas dikenali Op Pekaka antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Terengganu bermula awal tahun lalu di sekitar Kuala lumpur, Selangor dan Pahang.

Malah, ada antara suspek ditahan ketika mencari mangsa baru yang menyasar pesara, orang kampung dan golongan profesional.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, ahli sindiket terbabit menggunakan modus operandi menelefon mangsa dan meyakinkan kononnya beberapa tanah ingin dijual di Selangor memandangkan nilai tanah di negeri itu lebih tinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata, selepas mangsa tertarik dengan tawaran diberikan, pertemuan diadakan dan ahli sindiket menggunakan gelaran Datuk dan berperwatakan alim ketika berjumpa dengan mangsa bagi meraih kepercayaan mangsa.

“Terpedaya dengan perwatakan dan tawaran ahli sindiket, ada antara mangsa membayar wang RM3,000 hingga RM450,000 sebagai deposit kepada tanah yang hendak dibeli dengan kerugian dianggarkan bernilai RMl.8 juta.

"Malah, suspek turut menunjukkan geran tanah palsu dan mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek yang menghilangkan diri selepas mendapat wang.

“Tembelang suspek terbongkar apabila pemeriksaan dengan Pejabat Tanah di Selangor mendapati tanah berkenaan tidak wujud sebelum mereka membuat laporan polis,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan Koh Ah Tiam.

Rosli berkata, pihaknya menyelesaikan 15 daripada 18 kes yang diterima sejak 2012 hingga tahun ini apa bila dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, pihaknya turut merampas dan menyita kereta BMW 3 Series, Toyota Camry, buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mempunyai nilai saham RM19,000 dan wang tunai RM3,000 dengan sitaan bernilai RM152,000.

“Tiga lagi kes masih dalam siasatan dan kita giat memburu tiga atau empat ahli sindiket yang dipercayai terbabit dalam kes ini,"katanya.

Selain Terengganu, laporan mengenai kes sama turut diterima di Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Kedah dan Johor.

Sumber : Harian Metro (26 Febuari 2016)
Tulisan : Zatul Iffah Zolkiply


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 Febuari 2016



Harga emas berada atas AS$1,230 satu auns pada Rabu, bertindak sebagai penghalang terhadap risiko bersama kedudukan tinggi dalam senarai bon kerajaan berikutan kejatuhan minyak mengalir dalam pasaran ekuiti global.

Spot emas meningkat kepada AS$1,232.41 satu auns pada 1013 GMT, selepas mendapat 1.5 peratus pada sesi sebelumnya apabila harga mendapat manfaat daripada aliran masuk yang kukuh ke dalam dana diniagakan.

Secara teknikal, emas nampaknya sudah bersedia untuk menguji paras tertinggi, baru- baru ini, pada AS$1,240 dan kemudian satu tahun tertinggi sebanyak AS$1,260, kata MKS Group dalam satu nota. 

Saham jatuh di Eropah dan Asia berikutan pemulihan baru bermula dalam harga minyak mentah yang kehilangan momentum selepas Menteri Minyak Arab Saudi menolak pemotongan pengeluaran oleh pengeluar utama pada bila-bila masa.

Yen juga dianggap sebagai pelaburan selamat, untung berbanding mata wang utama seperti dolar dan euro. Emas sudah mendapat 16 peratus setakat ini pada tahun ini kerana pelabur sudah menyalurkan wang ke dalam aset, berikutan kebimbangan terhadap ekonomi global dan ketidakstabilan kewangan dan penentuan semula harga jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Aset dalam SPDR Gold Trust, ETF bersandarkan emas utama berada pada tertinggi sejak Mac 2015.

Aliran masuk dana sejak awal tahun ini sudah melepasi aliran keluar bagi keseluruhan tahun 2015. Aliran masuk sudah mengimbangi kekurangan minat daripada pembeli utama Asia yang sudah mengambil kesempatan daripada kenaikan emas dengan menjual emas dan mengambil keuntungan.

Diskaun di India adalah pada rekod kira-kira AS$50 satu auns kepada penanda aras global, manakala di China adalah kira-kira AS$1.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Febuari 2016



Emas meningkat sebanyak satu peratus pada Selasa apabila saham Eropah menjunam dan menyebabkan permintaan kepada dana berasaskan emas terus melonjak.

Aset SPDR Gold Trust, dana berasaskan emas utama (ETF), berkembang lebih 19 tan kepada 752.29 tan pada Isnin, paras tertinggi sejak Mac 2015.

Dana yang mengalir masuk sejak awal tahun kini menyaksikan ia melepasi aliran keluarnya pada keseluruhan 2015.

Harga emas naik 0.8 peratus kepada AS$1,217.70 seauns pada 1103 GMT.

Harga jatuh 1.6 peratus pada Isnin apabila dolar dan ekuiti mencatatkan rali.

“Jika terjadi satu lagi jualan besar-besaran di pasaran ekuiti maka paras sekitar AS$1,260 sangat mudah dicapai kerana kita melihat pelabur tegar kini sudah kembali,” kata Penganalisis ETF Securities, Martin Arnold.

Emas dilonjakkan oleh saham Eropah yang bertukar kepada negatif dan jatuh mendadak daripada prestasi sesi sebelumnya yang mencecah paras tertinggi dua minggu selepas pelabur kecewa dengan data pendapatan dan harga minyak yang rendah.

Dolar jatuh daripada paras tertinggi tiga minggu sebelum stabil dalam kelompok mata wang lain.

“Namun persekitaran di mana ketidak tentuan masih kekal dan pelabur mula menjauhkan diri daripada pasaran ekuiti, paras terkini berada pada nilai yang menarik bagi emas,” kata Arnold.

Indeks ketidaktentuan yang diukur daripada pergerakan saham dilihat sebagai penanda aras paras pengambilan risiko pelabur, jatuh di bawah 20 peratus minggu ini.

Emas naik sekitar 15 peratus sejak awal tahun dan sebahagian besarnya dusumbangkan kebimbangan ketidakstabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi yang menyebabkan pergelutan pasaran saham.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Pelaburan 'Warak' Cikgu Awi



"Ramai ditipu lelaki guna agama perdaya umum sertai skim cepat kaya"  

Kota Bharu : Dia kelihatan warak dan perwatakannya baik. Dia juga kerap kaitkan pelaburan ini dengan agama menyebabkan saya yakin.

“Saya tidak sangka pula itu semua helah dia dan saya sudah diperdaya," kata penjawat awam yang mahu dikenali sebagai idris, 40-an.

Dia antara peserta terawal menyertai skim pelaburan diasaskan seorang lelaki berusia 44 tahun dari Tanah Merah dikenali ramai sebagai Cikgu Awi.

ldris berkata, dia sertai skim itu ketika mula dibentuk pada November 2014 tanpa syarikat, sebelum rasmi menerusi syarikal didakwa didaftarkan pada Mei tahun lalu.

Katanya, sebelum ini dia memperoleh keuntungan seperti dijanjikan kerana bermula dari awal namun akhir akhir ini mengalami kerugian selepas Cikgu Awi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada tahun lalu.

"Ketika dia (Cikgu Awi) sebagai pemegang amanah, akan memberi dana kepada ketua pelabur di bahagian jika tidak mampu membayar keuntungan kepada pelabur.

"Namun, sejak meletak jawatan, tiada sumbangan dana kepada ketua pelabur menyebabkan mereka gagal membayar keuntungan pelabur di bawah mereka, sedangkan semua wang pelaburan diserahkan kepada syarikat.

“Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pela bur yang kemudian tampil membuat laporan di balai polis," katanya di sini, semalam.

Seorang lagi pelabur yang mahu dikenali sebagai Nordin, 40-an berkata, dia bersama lebih 10 ahli kumpulannya kerugian RM300,000 apabila tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.

“Kami mula membuat pelaburan sejak Mei tahun lalu dengan menyerahkan wang tunai kepada syarikat. Pada awalnya kami mendapat untung, namun sejak akhir-akhir ini kami rugi.

“Saya berani menambah pelaburan dari semasa ke semasa selepas mendapat keuntungan dan mengumpulkan wang pelaburan daripada lebih 10 rakan yang berjumlah RM300,000.

“Pada awalnya saya yakin dengan pelaburan ini kerana imbuhan diberi seperti dijanjikan tetapi selepas lima bulan, masalah mula timbul hingga Januari lalu, tiada langsung keuntungan diperoleh," katanya.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali ke rumah pengasas skim itu untuk menuntut kembali modal namun, Cikgu Awi dipercayai sudah melarikan diri.

Dia membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro (24 Febuari 2016)
Tulisan : Siti Nor Hidayatidayu Razali & Rosliza Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Suri Rumah Dalang Skim Cepat Kaya



"Ditahan perdaya warga emas RM21,350" 

Kota Bharu - Seorang suri rumah yang disyaki ketua kumpulan pelaburan skim cepat kaya koperasi ditahan polis di rumahnya di bandar Gua Musang selepas didakwa memperdaya wang RM21,350 milik seorang warga emas, Oktober tahun lalu.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, jam 11 pagi, kelmarin.

Ketuanya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suri rumah berkenaan ditahan hasil laporan polis yang dibuat seorang mangsa lelaki berusia 68 tahun bekerja sebagai peneroka Felda di Gua Musang yang terpedaya selepas menyerahkan wang lebih RM20,000 itu kepada wanita berkenaan Oktober tahun lalu.

Katanya, sebelum itu, suspek menawarkan keuntungan berganda yang mampu diperoleh dalam tempoh 10 hari selepas membuat pelaburan.

“Mangsa dijanjikan akan memperoleh bonus pelaburan dalam masa beberapa hari selepas tempoh matang, namun tidak menerima keuntungan itu.

“Berikutan itu, mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu membuat laporan di Balai Polis Gua Musang kelmarin,” katanya.

Menurutnya, ini tangkapan pertama membabitkan kes pelaburan skim cepat kaya yang beroperasi sejak Mei tahun lalu.

“Wanita itu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya 

Mohamed Zulmazi berkata, pihaknya masih memburu ketua kumpulan yang lain di seluruh negeri.  

“Kita tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan mangsa yang tidak membuat laporan mengenai penipuan itu,” katanya.  

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyertai pelaburan berkenaan supaya tidak mudah terpengaruh dengan helah yang dilakukan menerusi kegiatan terbabit.  

Sumber : Harian Metro (23 Febuari 2016)  
Tulisan : Siti Nor Hidayatidayu Razali & Rosliza Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Russia Sekat Pinjaman Dalam Mata Wang Asing



"Langkah bank pusat minimum risiko berkaitan turun naik ruble"

Moscow : Sebahagian besar pinjaman perbankan di Russia dilaksanakan dalam ruble bagi meminimumkan risiko berkaitan turun naik mata wang, kata Gabenor Bank Pusat, Elvira Nabiullina.

Dengan sekatan dan kejatuhan harga minyak yang menjejaskan ruble, bank pusat mengambil langkah drastik, termasuk menaikkan penanda aras kadar faedah pada Disember 2014 kepada 17 peratus. Kadar itu kini berada pada 11 peratus.

Bank pusat juga sudah memulakan langkah mengetatkan peraturan untuk membendung risiko berkaitan pendedahan tukaran asing dalam sistem perbankan Russia, dengan ia sudah meminta bank menyediakan lebih banyak modal bagi pinjaman asing runcit.

“Turun naik mata wang secara mendadak yang mana menunjukkan risiko tukaran asing sangat penting bagi kami dan peminjam,” kata Nabiullina kepada Reuters.

Bank pusat juga memperkenalkan kadar pertukaran asing yang membolehkan bank menggunakannya untuk menilai aset berasaskan mata wang asing.

Ia bagi membantu mereka meminimumkan jumlah modal yang disediakan bagi mengatasi kerugian berpotensi. Bank kembali ke kadar pasaran pada 1 Januari.

Lebihkan peruntukan modal
“Risiko tukaran asing seharusnya lebih rendah bagi mengekang mereka daripada risiko sistemik. Kami sedang membincangkan peningkatan pekali risiko bagi pinjaman asing kepada syarikat,” kata Nabiullina. 

Sebelum ini, bank pusat berkata, langkah itu bagi menyediakan lebih banyak peruntukan modal bagi pinjaman asing kepada syarikat berkuat kuasa mulai 1 April.

Beliau menambah, bank pusat juga sedang mempertimbang untuk bank menyediakan lebih banyak rizab untuk deposit asing korporat dan peruncitan.

Russia adalah antara pengeluar tenaga utama dan negara pengeksport global, selain syarikat dari negara itu iaitu Rosneft adalah pengeluar minyak terbesar dunia dan Gazprom sebagai pengeluar gas utama global. 

Nabiullina menegaskan risiko tukaran asing lebih rendah bagi syarikat pengeksport berbanding syarikat bukan berpendapatan tukaran asing.

“Kami tidak memiliki anggaran tertentu (bagi saham asing dalam aset bank) namun kami berpendapat sebahagian pinjaman perlu dalam ruble," katanya.

Nabiullina menambah risiko pertukaran asing adalah terkumpul dalam hartanah dan sektor runcit.

“Saham bagi pinjaman tukaran asing adalah besar, pada masa sama, tiada pendapatan tukaran asing dalam sektor itu,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 Febuari 2016



Harga emas meneruskan kejatuhan di bawah paras tertinggi satu tahun semalam berikutan pengukuhan dalam dolar AS dan pasaran saham.

Bagaimanapun, logam itu kekal di atas AS$1,200 satu auns berikutan kebimbangan dalam pasaran kewangan mendorong pelabur menyalurkan wang ke dalam jongkong emas.

Logam itu melonjak ke paras tertinggi satu tahun pada awal bulan ini disebabkan kelam kabut di pasaran saham selain kebimbangan berhubung ekonomi global, tetapi mencatat kejatuhan kecil minggu lalu disebabkan aktiviti pengambilan untung dan pengukuhan pasaran saham.

Jongkong emas kekal antara aset yang mencatat prestasi terbaik tahun ini dengan mencatat kenaikan 15 peratus disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan dan aliran masuk dana menyokong kenaikan. 

Harga emas semerta jatuh ke paras terendah sesi pada AS$1,220.75 satu auns, sebelum kerugian dikurangkan untuk diniagakan pada 0.5 peratus lebih rendah kepada AS$1,221.36 pada 0304 GMT.

Ia susut 0.3 peratus pada Jumaat.

Dana lindung nilai dan pengurus wang meningkatkan pertaruhan dalam dagangan hadapan dan opsyen emas COMEX ke paras tertinggi hampir empat bulan dalam minggu berakhir 16 Februari, demikian menurut Data Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi AS.

Dana ekuiti mencatat aliran keluar paling lama sejak 2008 pada minggu lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KWSP Terus Laksana Strategi Pelbagaikan Aset Pelaburan



"Pengurus dana persaraan cadang tingkat pelaburan luar negara"

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneruskan strategi mempelbagaikan aset pelaburannya bagi menjamin pulangan yang mapan pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata kepelbagaian aset pelaburan membantu pengurus dana persaraan itu mengimbangi kesan ketidaktentuan pasaran global dan domestik.

Beliau berkata, strategi itu juga menyediakan peluang kepada KWSP menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi yang menarik.

“Pada tahun lalu, pelaburan ekuiti kekal sebagai penyumbang utama kepada pendapatan pelaburan. Pelaburan asing menyumbang secara ketara, iaitu 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar," katanya pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahril Ridza berkata, KWSP bercadang untuk meningkatkan pelaburan luar negara kepada 27 peratus dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau berkata, pada 2015, pelaburan asing mewakili 25 peratus daripada keseluruhan pelaburan sepanjang tahun lalu.

Katanya, pelaburan luar negara mencatatkan pertumbuhan pantas dalam tempoh lebih lima tahun lalu daripada enam peratus pada 2008 kepada 25 peratus pada 2015.

“Jumlah wang yang kami labur di pasaran global sangat ketara, terutama antara 2008 dan 2014. Meskipun pergerakan turun naik ringgit yang tidak menentu, kami mampu mencapai sasaran peruntukan 25 peratus dalam aset global,” katanya.

Shahril Ridza berkata, KWSP juga bercadang untuk meningkatkan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur antara lapan hingga 10 peratus daripada jumlah asetnya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun. 

Beliau berkata, kebanyakan aset hartanah yang dibeli adalah aset yang menawarkan hasil pulangan yang tinggi dengan tempoh pajakan yang parang.

Prestasi pelaburan  
Mengulas mengenai prestasi pelaburan KWSP pada tahun lalu, Shahril Ridza berkata, pengurus dana persaraan itu mencatatkan prestasi yang baik dan mengatasi jangkaan pada 2015 meskipun berdepan persekitaran yang mencabar.

Beliau berkata, pendapatan kasar KWSP mencecah paras RM40 bilion buat kali pertama pada tahun lalu meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran, terutama pada akhir tahun berikutan turun naik tidak menentu harga komoditi global, ekuiti dan mata wang.

KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015 dan pembayaran dividen sebanyak RM38.24 bilion.

Pembayaran dividen berjumlah RM38.24 bilion itu adalah yang tertinggi sejak pengurus dana itu ditubuhkan 

KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014.

Mengenai pengurangan caruman KWSP sumbangan pekerja daripada 11 peratus kepada lapan peratus akan memberi kesan kepada jumlah aset di bawah pengurusan, Shahril Ridza berkata, pengurangan caruman sumbangan pekerja itu dilihat tidak menjejaskan aliran tunainya memandangkan aliran bersih masuk setiap tahun ialah sekitar RM25-RM26 bilion.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 Febuari 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran menaik minggu ini, dipacu oleh beberapa faktor termasuk prestasi ringgit dan data ekonomi yang akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS).

“Kerajaan AS akan mengumumkan data indeks harga pengguna malam ini, diikuti dengan data lain pada minggu depan seperti jualan rumah, Keluaran Dalam Negara Kasar dan pesanan barangan tempahan barang tahan lama pada minggu ini.

“Sebarang petunjuk kelemahan dalam ekonomi AS daripada data ini akan terus memacu jangkaan Rizab Persekutuan AS tidak akan menaikkan kadar faedahnya tidak lama lagi, yang menjadi faktor pendorong bagi emas,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Ab Rahim.

Sementara itu, bagi asas Jumaat ke Jumaat, Februari 2016 susut satu mata kepada RM165 .75 segram, Mac 2016 kekal pada RM166 seperti minggu lalu, April 2016 turun dua mata kepada RM166.15 dan Mei 2016 menambah satu mata kepada RM166.4S.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir naik kepada 375 lot bernilai RM6.21 juta daripada 272 lot bernilai RM4.38 juta sebelumnya.

Kontrak terbuka menokok kepada 1,651 kontrak daripada 1,470 kontrak minggu lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 Febuari 2016



Harga emas mencatatkan sedikit kenaikan dalam keuntungan semalaman pada Jumaat, namun masih berada sekitar AS1,200 seaun berikutan penurunan ekuiti yang mencetuskan permintaan kepada aset lebih selamat itu.

Saham Asia juga menunjukkan penyusutan semalam, selepas mencatatkan kenaikan tiga minggu yang disebabkan penurunan semalaman ekuiti AS.

Komoditi berharga itu merekodkan kenaikan 16 peratus setakat ini, sekali gus menjadikan ia aset berprestasi terbaik setakat ini, meski pun di tengah-tengah kegawatan pasaran saham dan kebimbangan ekonomi global.
Bagaimanapun, penganalisis berkata, pasaran menjangkakan harga emas akan jatuh lagi.  

Spot emas susut 0.5 peratus kepada AS$1,225.43 seaun pada 0704 GMT, selepas meningkat dua peratus pada Khamis.  

Bagi minggu ini, ia kerugian satu peratus ekoran peniaga mengambil keuntungan selepas logam berkenaan meningkat, minggu lalu.  

“Kami menjangkakan harga emas semasa akan kembali kepada asal, berikutan sentimen pembelian semakin lemah, sama seperti yang dihadapi pada awal tahun 2014 dan 2015,” kata Nomura dalam satu nota. “

Walaupun terdapat turun naik pasaran kewangan semasa, kami tidak fikir akan terdapat perubahan besar-besaran dalam asas ekonomi global.  

“Buat masa ini, logam berkenaan didorong oleh aliran masuk ke dalam dana emas yang disokong oleh dana dagangan bursa (ETF).  

“Aset dalam SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia disokong emas meningkat 0.38 peratus kepada 713.63 tan pada Khamis.  

“Harga emas juga didorong oleh spekulasi yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan tidak akan dapat menaikkan kadar faedah disebabkan kebimbangan mengenai ekonomi, walaupun menurut tinjauan Reuters akan berlaku dua kenaikan kadar tahun ini,” kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan. 


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 Febuari 2016



Emas susut semalam disebabkan saham kembali meningkat tetapi berjaya bertahan di atas AS$1,200 aun atas jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin memperlahankan kenaikan kadar kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Minit mesyuarat dasar terakhir Fed yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan bahawa pembuat dasar mempertimbangkan mengubah rancangan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat AS untuk 2016 ekoran kebimbangan bahawa kelembapan global dan jualan besar-besaran di pasaran kewangan menjejaskan ekonomi AS.

Walaupun sebahagian besar pembuat dasar masih dijangka akan menaikkan kadar faedah tahun ini dan membincangkan kenaikan pada mesyuarat dasar pada 26-27 Januari, mereka berbelah bahagi mengenai bagaimana untuk mentafsir turun naik pasaran kewangan.

Kadar kenaikan faedah lebih perlahan boleh meningkatkan permintaan untuk emas, yang mencatatkan penurunan tahunan berturut-turut ketiga pada tahun 2015 ekoran kebimbangan bahawa kadar faedah yang lebih tinggi akan menjejaskan permintaan terhadap aset tidak tertakluk kepada kadar faedah itu.

Spot emas telah susut 0.2 peratus kepada AS$1,206.60 seaun pada 0718 GMT.

Ia meningkat 0.7 peratus pada Rabu, menyentap kejatuhan berturut-turut tiga hari.

“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan agak minit mesyuarat Fed agak berkeyakinan yang dikeluarkan semalam (kelmarin), harga emas masih akan disokong di atas AS$1,200,” kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank, Singapura.

Gan berkata, terdapat kemungkinan besar terhadap kenaikan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini, berbanding separuh pertama dan oleh sebab itu, harga emas boleh menyerahkan semula sebahagian keuntungan itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS