Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 Febuari 2016



Harga emas jatuh semalam apabila dolar meningkat dan pasaran saham Eropah melanjutkan ralinya, bagaimanapun logam itu masih menuju kepada kenaikan mingguan dengan belian meningkat menerusi dana tukaran asing.

Spot emas susut 0.2 peratus pada AS$1,231.80 seauns menjelang 1056 GMT, manakala niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April susut 0.5 peratus kepada AS$1,232.50 seauns.

Dolar meningkat 0.1 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama dan saham Eropah meningkat kepada paras tertinggi dalam tiga minggu apabila pemimpin kewangan negara G20 berkumpul di Shanghai di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang semakin memburuk serta kurangnya kesepakatan untuk memperbetulkan masalah berkenaan.

Emas dilihat mengembalikan semula peranannya sebagai pelindung kepada pelabur risiko, apabila meningkat 16 peratus tahun ini ketika harga saham menjunam dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global semakin bertambah.

Ia mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun AS$1,260.60 bulan ini, disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah AS.

“Kami memperlahankan sasaran pertumbuhan bagi Kesatuan Eropah (EU) dan AS, mengurangkan jangkaan kadar faedah menjelang akhir tahun serta menurunkan sasaran S&P bagi hujung tahun. Semua ini positif bagi emas,” kata penganalisis komoditi Deutsche Bank, Michael Hsueh.

Aset SPDR Gold Trust, dana tukaran logam terbesar dunia meningkat ke paras tertinggi sejak Mac 2015 pada Rabu.

Aliran masuk ke dalam dana itu sejak awal tahun ini sudah pun mengatasi aliran keluar bagi seluruh 2015. 

Peningkatan di dalam asetnya tahun ini adalah yang tertinggi sejak 2010.

“Kelihatan aliran masuk wang yang bagus ke dalam ETF dan hubungan langsungnya dengan harga adalah sangat kukuh,” kata seorang peniaga logam itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment