Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Mei 2014


Harga emas stabil semalam selepas tiga hari jatuh, tetapi menuju kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh dua bulan disebabkan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) menjejaskan peranannya yang dianggap sebagai pelaburan lindung nilai.

Spot emas sedikit berubah pada AS$1,256.50 seauns pada 0635 GMT, tetapi tidak jauh daripada paras terendah 16 minggu iaitu AS$1,251.10 yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Ia menuju ke penurunan bulanan kedua dalam tempoh tiga bulan. Logam itu jatuh hampir tiga peratus minggu ini, disebabkan tekanan daripada ekuiti yang lebih kukuh dan dolar AS yang lebih kukuh.

Data Khamis lalu menunjukkan bahawa ekonomi AS menguncup buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada suku pertama, tetapi data lain sepanjang minggu lalu mengenai manfaat pengangguran, pembuatan dan keyakinan pengguna, menunjukkan ekonomi telah pulih dengan baik.

"Jika tiada sebarang kejadian yang serius berlaku di Ukraine yang boleh membabitkan Russia, kami rasa harga mungkin akan terus rendah disebabkan faktor profil teknikal emas yang rendah.

"Kami menjangkakan harga akhirnya akan berada sekitar paras AS$1,200-AS$1,220 sebelum penurunan sekarang yang berlaku dengan sendiri, berakhir," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Emas sering dilihat sebagai pelaburan yang selamat pada masa keadaan geopolitik yang tidak menentu dan harga saham yang lebih rendah.

Namun, permintaan fizikal bagi logam gagal untuk meningkat walaupun berlaku penurunan harga. Premium di negara pembeli utama, China tidak banyak berubah minggu ini.

Data awal minggu menunjukkan bahawa import dari saluran utama, Hong Kong jatuh ke paras terendah 14 bulan pada bulan April, kerana bank pengimport telah memenuhi stok mereka tatkala permintaan yang rendah dan nilai mata wang yuan lemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 29 Mei 2014


Harga emas terus mencatatkan penurunan bagi tiga sesi dagangan berturut-turut semalam, mencecah paras terendah 16 minggu baharu susulan pengukuhan dolar AS dan permintaan emas fizikal yang lemah di China.

Emas semerta jatuh kepada AS$1,251.70 seauns, paras terendah sejak awal Febuari, sebelum pulih sedikit untuk diniagakan 0.4 peratus lebih rendah pada AS$1,253.41 pada 0638 GMT.

Logam itu jatuh hampir tiga peratus dalam dua sesi dagangan sebelum ini.

Dolar AS berlegar pada paras tertinggi dua bulan berbanding mata wang utama lain, sementara saham Asia mengukuh susulan kenaikan baru-baru ini.

Pengukuhan dolar menjadikan emas lebih mahal bagi mereka yang berniaga dalam mata wang selain dolar.

Selain itu, pasaran saham yang kukuh mengurangkan daya tarikan logam itu sebagai pelaburan lindung nilai.

"Saya berpendapat harga akan jatuh di bawah AS$1,230 kerana kita tidak menyaksikan sebarang permintaan fizikal untuk menyokong paras rendah ini," kata Peter Fung di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.

Pasaran bearis buat masa ini dengan pengukuhan dolar mengurangkan daya tarikan emas.

Permintaan negara pengguna jongkong emas terbesar dunia, China, gagal untuk meningkat sungguhpun di tengah kejatuhan harga.

Premium China kepada harga global tidak berubah pada AS$2-AS$3 seauns daripada sebelum kejatuhan harga, menandakan pembelian kukuh tidak berlaku.

Pelabur jongkong emas memantau perkembangan di Ukraine.

Situasi geopolitik yang tidak menentu menaikkan daya tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Antara logam berharga lain, platinum naik 0.2 peratus manakala palladium menghampiri paras tertinggi tiga tahun dalam sesi sebelum ini.

Tunjuk perasaan di Afrika Selatan masih belum selesai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 Mei 2014


Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tiga setengah bulan semalam, menambah kepada penurunan semalam besar susulan kebimbangan berlakunya kelembapan permintaan daripada negara pengguna terbesar, China.

Perkembangan itu juga disebabkan data ekonomi kukuh Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan daya tarikan pelaburan logam itu.

Spot emas jatuh kepada AS$1,260.74 seauns, paras paling lemahnya sejak awal Febuari sebelum kembali stabil pada AS$1,264.70.

Logam itu susut 2.3 peratus pada sesi terdahulu, penurunan sehari terbesarnya sejak Disember.

Emas secara keseluruhannya stabil sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan penganalisis teknikal memetik formasi carta yang dipanggil 'bendera' berikutan bentuk segi tiganya mewakili pengukuhan sementara dengan lingkungan harga mengecil sebelum pergerakan pasaran terdahulu bermula kembali.

"Profil teknikal terus mencatatkan penurunan dan kami menjangka untuk menguji paras yang lebih rendah. Saya tidak melihat sebarang penyokong pada masa ini," kata penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

Katanya, kelemahan dalam permintaan China juga membimbangkan.

Data dagangan pada Khamis menunjukkan import emas China dari Hong Kong jatuh ke paras terendah dalam 14 bulan pada April apabila bank pengimport menyediakan simpanan secukupnya ditengah-tengah permintaan yang lebih kecil serta nilai yuan lebih lemah.

Permintaan China gagal meningkat semalam meskipun berlaku penurunan besar semalam dalam harganya.

"Kami berdepan penurunan harga sebanyak AS$30 dan masih tiada kenaikan dalam premium China. Itu tidak menyokong," kata Thianpiriya.

harga emas tulen 99.99 peratus di Shanghai Gold Exchange adalah sekitar AS$2-AS$3 seauns di atas harga global, hanya berubah sedikit daripada premium Selasa.

Perbezaan harga antara harga China dan global dianggap pengukur terbaik permintaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 Mei 2014


Emas turun pada Selasa apabila pelabur gusar menunggu data ekonomi Amerika Syarikat (AS) sebagai petunjukmasa depan manakala kumpulam loham platinum mendapat sokongan daripada lanjutan mogok pekerja buruh bagi pegeluar utama di Afrika Selatan.

Pelabur emas turut memerhatikan dengan lebih dekat perkembangan di Ukraine, selepas serangan udara dan pembunuhan askar menentang pemberontak pro-Russia yang bertindak merampas lapangan terbang pada Isnin.

Emas bergelut untuk kembali melepasi paras AS$1,300 seauns.

"Tempoh natural yang panjang dalam pasaran kemungkinan besar bermakna penghentian sementara pergerakan apabila petunjuk arah ditemui," kata penganalisis Phillip Futures Sdn Bhd, Joyce Liu.

"Kita enggan menjangkakan langkah dan petunjuk arah pasaran, sama ada naik atau turun, apabila petunjuk seperti itu ditemui," kata Liu.

Harga emas turun 0.5 peratus kepada AS$1,286.70 seauns pada 0646 GMT, selepas berakhir hampir tidak berubah dalam tempoh dua minggu lalu.

Saham Asia mengukuh semalam, sekali gus menjejaskan kehadiran emas sebagai ejen berdepan aset lebih berisiko.

Pelabur mengekalkan kedudukan yang besar menjelang pengumuman data ekonomi AS berhubung tempahan barangan dan keyakinan pengguna, yang dijangka akan diumumkan lewat semalam.

Emas melonjak tahun ini susulan daripada ketegangan politik Ukraine yang memberikan tekanan antara Russia dan dunia barat.

Pelabur juga mengintai perkembangan dalam pasaran fizikal yang telah lemah sejak beberapa minggu lalu.

Sumber yang arif dengan perkara itu berkata, China telah meminta bank-bank asing dan pengeluar emas supaya mengambil bahagian dalam pertukaran emas global di Shanghai tatkala pengeluar terkemuka di dunia dan pengimport utama logam itu mahu mendapatkan pengaruh yang lebih besar ke atas harga.

Bagi pengguna kedua terbesar,India, pelabur berharap kerajaan baru akan melonggarkan peraturan yang dikenakan ke atas import emas tahun lalu, langkah yang mereka percaya akan merangsang permintaan terpendam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Mei 2014


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak menentu minggu ini meskipun terdapat keyakinan harga logam berharga itu akan melonjak dalam jangka terdekat, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Ab Rahim, berkata harga emas dijangka naik selepas pasaran mengukuh sekian lama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak semerta Mei 2014 menokok dua mata kepada RM134.25 segram, manakala Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 naik enam mata, masing-masing ditutup kepada RM134.70 segram, RM134.95 segram dan RM135.05 segram.

Jumlah dagangan naik kepada 1,718 lot bernilai RM23.94 juta berbanding 1,436 lot bernilai RM19.38 juta pada minggu sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Mei 2014


Harga emas turun selari dengan kejatuhan logam berharga lain apabila didagangkan di bawah 0.1 peratus pada AS$1,291.60 seauns dan dalam corak pergerakan untuk mencatatkan pertumbuhan rata minggu ini.

"Emas terperangkap dalam lingkungan yang sangat kecil dalam tempoh hampir sebulan namun kami menjangkakan untuk melihat satu pergerakan besar dalam hari akan datang selepas pilihan raya Ukraine selesai," kata INTL FCStone dalam notanya.

Ketegangan yang semakin berkurangan di Ukraine turut memberi tekanan pada emas yang dilihat sebagai aset zon selamat, yang sebelum ini dilonjakkan oleh krisis antara Barat dan Russia berhubung Ukraine, sehingga mencatatkan peningkatan tujuh peratus tahun ini.

Russia akan menarik balik semua tindakanketenteraannya yang dikerah ke rantau berhampiran sempadan Ukraine 'dalam tempoh beberapa hari', kata Timbalan Menteri Pertahanannya pada Jumaat, satu tindakan yang dilihat akan melegakan ketegangan sebelum berlangsungnya pemilihan Presiden Ukraine pada Ahad.

Dalam kedudukan fizikal, premium bagi pembeli utama China kekal stabil iaitu AS$2 seauns.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 Mei 2014


Harga emas meningkat semalam disebabkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mendapat sokongan monetari daripada Rizab Persekutuan (Fed) tetapi keuntungan berada pada tahap sederhana kerana pegangan dalam dana diniagakan bersandarkan emas jatuh paling teruk dalam tiga minggu ke paras paling rendah dalam lima tahun.

Hasil mesyuarat lewat April, Fed yang dikeluarkan kelmarin telah mententeramkan pelabur bahawa dasar Fed akan terus menyokong ekonomi.

Monit mesyuarat menunjukkan pembuat dasar membincangkan strategi keluar daripada dasar monetari yang sangat longgar. Namun, mereka juga membuat ketetapan jelas bahawa  Fed tidak memberi isyarat ia sudah berseedia untuk 'menormalkan' atau menaikkan lagi kadar faedah pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Peningkatan kecairan bank pusat dan persekitaran kadar faedah yang rendah telah menjadi faktor penting membantu keuntungan emas pada tahun sebelumnya.

Spot emas menokok 0.3 peratus kepada AS$1,295.30 seauns pada 1017 GMT, selepas ditutup antara AS$1,291 dan AS$1,296 untuk lima sesi dagangan yang lalu. Niaga hadapan emas AS meningkat 0.6 peratus kepada AS$1,295.90 seauns.

Pelabur juga mengintai data AS yang akan dikeluarkan di kemudian hari dan pilihan raya Parlimen Kesatuan Eropah untuk berehat dari jalur dagangan sempit sejak beberapa sesi lalu dengan harga tidak dapat ditutup di atas AS$1,300 atau di bawah AS$1,290 seauns.

"Julat dagangan bagi bulan ini setakatini dari segi peraturan adalah yang paling sempit untuk sekurang-kurangnya 10 tahun kerana kurangnya minat pembeli."

"Jelas sekali kita mempunyai pilihan raya Eropah dan jika kita mempunyai beberapa kelemahan euro pada Isnin yang berpotensi membawa kita ke bawah melalui sokongan di AS$1,280," kata Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 Mei 2014


Emas diniagakan kukuh di bawah AS$1,300 seauns semalam berikutan pasaran saham yang lemah menambah daya tarikan logam itu sebagai pelaburan lindung nilai.

Pelabur pula menunggu minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika  Syarikat  (AS) lewat semalam.

Platinum naik disebabkan mogok pekerja di Afrika Selatan yang memasuki minggu ke-17.

Laporan industri mencadangkan bekalan logam itu akan semakin meruncing tahun ini.

"Pasaran emas kelihatan neutral sekarang ini, tetapi keadaan semasa berkemungkinan mencetuskan pembelian atau jualan bersandarkan gerak hati," kata penganalisis di Phillip Futures Sdn Bhd.

Ketiadaan perkembangan baru berhubung ekonomi as dan krisis di Ukraine menghalang peniaga daripada mengambil kedudukan baharu, ketanya.

Emas semerta hanya mencatatkan perubahan kecil diniagakan pada AS$1,294 seauns pada 0642 GMT, mankala platinum menokok 0.7 peratus kepada AS$1,471.30.

Pasaran saham Asia turut menerima kesan daripada kemuraman di Wall Street semalam.

Dolar AS pula berada di landasan untuk mencatat kejatuhan sesi keenamnya berbanding yen.

Harga emas semasa terus kukuh sungguhpun terdapat penyusutan dalam pegangan SPDR Gold Trust, dana tukaran bersandarkan emas terbesar dunia.

Dana itu menyaksikan aliran keluar 1.79 tan pada Selasa.

Logam itu juga mendapat sokongan daripada berita bahawa pembabitan peserta utama di India berkemungkinan meningkat pada separuh kedua tahun ini berikutan kerajaan negara itu dijangka melonggarkan import.

Johnson Matthey berkata, pasaran platinum dijangka mencatat defisit 1.218 juta auns tahun ini, penyusutan terbesar sejak data dikumpulkan pada 1975.

Afrika Selatan yang ketika ini berdepan mogok pekerja berpanjanganlogam itu suku jutas atau lebih rendah tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Platinum digunakan terutamanya dalam pembuatan automotif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 Mei 2014


Harga emas kekal menghampiri paras AS$1,290 seauns selepas indeks dolar meningkat 0.1 peratus dan laporan industri menunjukkan permintaan emas susut di negara pengguna utama seperti China dan India pada suku pertama.

Spot emas berada pada AS$1,292.40 seauns, sedikit berubah daripada hari sebelumnya, sementara niaga hadapan emas ASuntuk penghantaran Jun susut AS$1 seauns kepada AS$1,292.80.

Majlis Emas Dunia (WGC) berkata permintaan pengguna emas di negara pembeli terbesar dunia, China susut 18 peratus kepada 263.2 tan dengan permintaan bagi jongkong dan syiling emas di negara itu susut 55 peratus pada suku pertama, mengimbangi sebahagian menerusi kenaikan 10 peratus dalam permintaan barang kemas.

Permintaan pengguna India juga susut tetapi hanya suku kepada 190.3 tan, walaupun berlakunya penurunan jualan daripada dana pelaburan berasaskan emas yang menyaksikan permintaan keseluruhan kekal stabil.

"Laporan WGC menjadi fokus hari ini bersama-sama dengan pengukuhan dolar," kata Ole Hansen, ketua penyelidik komoditi di Saxo Bank.

Dagangan emas semalam reda di Asia pada Selasa, kata firma Switzerland, MKS dam satu nota penyelidikan.

Dalam dagangan logam berharga lain, spot perak meningkat 0.1 peratus kepada AS$19.34 seauns, sementara spot palladium naik 0.8 peratus kepada AS$819.15 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam, menjejaki kelemahan harga emas di New York Commodity Exchange (COMEX) yang kekal di bawah AS$1,300 seauns, kata seorang peniaga.

"Kami percaya emas Bursa dipengaruhi oleh kekurangan petunjuk baru bagi melonjakkan harga," kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Abd Rahim.

Beliau berkata, harga dijangka berada dalam dagangan jajaran kecil esok apabila peserta pasaran masih menunggu hala tuju pasaran yang jelas.

Bulan semasa Mei 2014, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 susut sembilan mata setiap satu, masing-masing kepada RM133.70, RM134.10, RM134.35 dan RM134.45 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 15 Mei 2014


Harga emas tidak banyak berubah di sekitar AS$1,300 seauns semalam, dengan sokongan daripada saham eropah yang lebih rendah diimbangi oleh nilai dolar lebih kukuh selepas data Amerika syarikat (AS) meningkatkan unjuran bagi ekonomi terbesar di dunia itu.

Palladium dan platinum susut sedikit apabila pelabur mengambil keuntungan, tetapi untung sebahagian besarnya diraih daripada kenaikan tiga hari yang didorong ketegangan meningkat pekerja di negara pengeluar utama, Afrika Selatan.

Platinum mencatat paras tertinggi dua bulan dan palladium menyentuh paras tertinggi dua setengah tahun kelmarin.

Kekuatan dalam industri logam lain yang lebih berharga membantu melonjakkan harga emas lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

"Kekuatan emas dihadkan oleh nilai dolar lebih kukuh dan data AS yang lebih baik.

"Apa yang sedang berlaku terhadap platinium dan palladium tidak memberi kesan kepada emas pada masa tertentu seperti ini apabila tidak ada pendorong yang kukuh," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.

Spot emas turun 0.1 peratus kepada AS$1,303.54 seauns pada 1019 GMT, tetapi berada pada paras hampir dengan tertinggi dalam tempoh seminggu yang dicatat sesi sebelumnya.

Niaga hadapan emas AS jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,304.10 seauns.

Dalam pasaran yang lebih luas, dolar meningkat 0.3 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, dibantu data inflasi harga pengeluar AS untuk April yang dikeluarkan kelmarin, yang tidak disangka lebih tinggi dan peningkatan terbesar dalam tempoh satu setengah tahun.

Ekuiti Eropah jatuh selepas data pertumbuhan keluaran dalam negara kasar zon euro bagi suku tahun pertama mencatatkan keputusan di bawah jangkaan.

Kenaikan harga emas telah menghalang pembelian fizikal, dengan premium di China jatuh kepada kurang AS$1.00 seauns berbanding kadar semasa, daripada AS$2.50 dalam sesi sebelumnya. - REUTERS


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 14 Mei 2014


Platinium dan palladium meningkat hampir 1.5 peratus ekoran daripada kebimbangan pembekalan apabila kerajaan Afrika Selatan mengetatkan kawalan polis bagi melindungi pelombong susulan kematian empat pekerja lombong platinum yang kembali bekerja minggu lalu.

Emas meningkat sedikit kerana pelabur yang dikejutkan dengan berita jualan runcit AS pada April, bagaimanapun ia tidak banyak mengubah pandangan yang ekonomi negara itu kini berada pada kedudukan untuk mencatatkan pertumbuhan lebih pantas pada suku ini.

Rekod tertinggi bagi ekuiti AS yang diukur oleh S&P 500 meningkat melebihi 1,900 buat pertama kalinya.

Platinum meningkat 1.3 peratus kepada AS$1,450.50 seauns dan palladium meningkat a.4 peratus kepada AS$813.50 seauns.

Ketegangan di Ukraine menyokong emas yang menjadi aset selamat, namun permintaan pelaburan yang suram mencetuskan penjualan besar-besaran logam itu.

Pelabur mula berhati-hati apabila SPDR Gold Trust, dana dagangan emas utama dunia, mencatatkan aliran keluar 2.39 tan kepada 780.46 tan pada Isnin, sekali gus menjadi aliran keluar pertama sejak 2 Mei lalu.

Emas meningkat sedikit 35 sen kepada AS$1,295.65 seauns, manakala dagangan hadapan emas Comex AS bagi penghantaran Jun naik 30 sen kepada AS$1,296.10.

"Penyebab utama yang mengheret turun harga dagangan emas serendah itu disebabkan oleh pengukuhan ekuiti ekoran dolar yang mengukuh," kata penganalisis Commerzbank, Daniel Briesemann.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi semalam disokong oleh peningkatan ketidaktentuan geopolitik di Ukraine, kata peniaga.

Beliau menambah harga yang lebih tinggi juga dirangsang oleh keuntungan dalam palladium dan platinum ditengah-tengah kebimbangan bahawa peningkatan ketegangan buruh dalam pengeluar utama Afrika Selatan boleh menjejaskan bekalan logam berharga itu.

Bulan semasa Mei 2014 menokok sembilan mata kepada RM135.15 segram, Jun 2014 memperoleh 11 mata kepada RM135.50 segram, Julai 2014 menokok 3 mata kepada RM135.75 segram dan Ogos 2014 naik 8 mata kepada RM135.70 segram.

Kedudukan terbuka susut kepada 3,243 kontrak daripada 3,683 kontrak pada Isnin dan dagangan merosot kepada 228 lot bernilai RM3.08 juta, daripada 718 lot bernilai RM9.68 juta yang dicatatkan pada Isnin. - REUTERS/BERNAMA


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 Mei 2014


Emas kembali pulih pada hari Isnin selepas jatuh kepada paras terendah minggu lalu, dipacu peningkatan permintaan pelaburan selamat susulan ketegangan geopolitik di Ukraine.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,289.60 seauns pada 0655 GMT, selepas jatuh kepada paras rendah seminggu iaitu AS$1,279.60 sebelum ini susulan kelemahan mata wang euro.

Euro susut lebih satu peratus sejak Khamis apabila Bank Pusat Eropah (ECB) berkata ia bersedia mengambil langkah mengemas kini merrit unjuran inflasi bulan depan.

pengukuhan dolar menjadikan emas lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Emas dilihat menjadi pelaburan selamat ketika ketidaktentuan ekonomi dan politik.

"Harga emas adalah baik ketika ini," kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ, sambil menambah perkembangan di Ukraine kemungkinan tidak cukup untuk meningkatkan harga emas secara mendadak.

Penganalisis INTL FCStone, Edward Meir berkata, pelabur seolah-olah semakin tidak memperdulikan krisis, mungkin berpendapat senario buruk tidak menjejaskan.

"Lebih banyak krisis kekal setempat, lebih banyak tekanan untuk meningkatkan harga emas," jelas Meir.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam menjejaki kenaikan semalaman di pasaran emas New York's Commodity Exchange (Comex).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee berkata, ketegangan politik di Ukraine dan kelemahan dolar AS meningkatkan harga emas.

Bulan semasa, Mei 2014 dan Jun 2014 naik 11 mata masing-masing kepada RM134.70 segram dan RM134.95 segram.

Julai 2014 dan Ogos 2014 kekal tidak berubah pada RM135.20 segram dan RM135.30 segram.

Kepentingan terbuka turun kepada 3,683 kontrak daripada 4,040 kontrak pada Jumaat dan jumlah dagangan susut kepada 718 lot bernilai RM9.68 juta daripada 856 lot bernilai RM11.4 juta pada Jumaat.

Emas fizikal meningkat 68 sen kepada RM130.09 segram. Pasaran tempatan akan ditutup hari ini sempena cuti Hari Wesak. - REUTERS/BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 Mei 2014

Harga emas kekal kukuh pada Jumaat, disokong ketegangan politik di Ukraine, dengan pelabur meninjau aliran dana dan permintaan fizikal Asia bagi mendapatkan petanda masa depan.

Namun, logam berkenaan dalam landasan untuk mencatat penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas data AS kukuh sekaligus menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin pulih, menyokong pendirian Rizab Persekutuan untuk mengekalkan pengurangan dasar monetari.

"Orang ramai tidak begitu berminat untuk memasuki pasaran ketika ini," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.


"Ketika ini, situasi di Ukraine menyokong harga namun data yang diperoleh dar AS menunjukkan pengukuhan berterusan yang mana ia akan membuatkan pelabur menjauhi pasaran dan ia menjejaskan harga," tambahnya.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,290.25 seauns pada 0641 GMT. Logam berharga itu susut 0.7 peratus minggu ini, iaitu penurunan mingguan ketika berturut-turut.

Data pada Khamis menunjukkan bilangan rakyat Amerika mengfailkan tuntutan baharu bagi manfaat pengangguran yang susut melebihi jangkaan minggu lalu.

Emas kerap dilihat sebagai pelaburan selamat ketika situasi ekonomi dan geopolitik tidak menentu.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin kekal tidak menentu minggu depan menjelang pungutan suara krisis Ukraine Ahad ini, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata jika bekas soviet itu berperang, harga logam berkenaan dijangka melambung.

Menurutnya, masih ada permintaan tinggi untuk emas, bagaimanapun data pekerjaan AS yang lebih baik akan menyebabkan harganya menurun.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mei 2014 susut RM0.75 atau 15 mata kepada RM134.15 segram, Jun 2014 turun RM0.95 atau 19 mata kepada RM134.40 segram, Julai 2014 dan Ogos 2014 merosot RM0.90 atau 18 mata tiap satu masing-masing kepada RM134.65 dan RM134.75 segram - BERNAMA/REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 09 Mei 2014

Harga emas kekal kukuh pada Jumaat, disokong ketegangan politik di Ukraine, dengan pelabur meninjau aliran dana dan permintaan fizikal Asia bagi mendapatkan petanda masa depan.

Namun, logam berkenaan dalam landasan untuk mencatat penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas data AS kukuh sekaligus menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin pulih, menyokong pendirian Rizab Persekutuan untuk mengekalkan pengurangan dasar monetari.

"Orang ramai tidak begitu berminat untuk memasuki pasaran ketika ini," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.


"Ketika ini, situasi di Ukraine menyokong harga namun data yang diperoleh dar AS menunjukkan pengukuhan berterusan yang mana ia akan membuatkan pelabur menjauhi pasaran dan ia menjejaskan harga," tambahnya.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,290.25 seauns pada 0641 GMT. Logam berharga itu susut 0.7 peratus minggu ini, iaitu penurunan mingguan ketika berturut-turut.

Data pada Khamis menunjukkan bilangan rakyat Amerika mengfailkan tuntutan baharu bagi manfaat pengangguran yang susut melebihi jangkaan minggu lalu.

Emas kerap dilihat sebagai pelaburan selamat ketika situasi ekonomi dan geopolitik tidak menentu.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam dalam dagangan kecil.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang hasil daripada pungutan suara Ukraine pada Ahad dan kemungkinan European Central Bank (ECB) menyediakan rangsangan monetari.

"Presiden ECB, Mario Draghi berkata pada Khamis bahawa bank itu bersedia untuk mengambil langkah bulan depan bagi meningkatkan ekonomi zon Eropah sekiranya unjuran inflasi yang dikemas koni memberi kewajaran langkah tersebut," katanya.

Bulan semasa Mei 2014, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 naik satu mata setiap satu masing-masing kepada RM134.15 segram, RM134.40 segram, RM134.65 segram dan RM134.75 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 4,040 kontrak daripada 4,037 kontrak pada Khamis dan jumlah dagangan naik 856 lot bernilai RM11.4 juta daripada 841 lot bernilai RM11.3 juta kelmarin. - BERNAMA/REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 08 Mei 2014

Emas diniagakan di bawah AS$1,300 semalam, susulan kejatuhan terbesarnya dalam tiga minggu.

Ini disebabkan daya tarikannya sebagai pelaburan selamat pudar disebabkan ketegangan di Ukraine yang semakin pulih.

Presiden Vladimir Putin meminta pihak pemisah pro-Moscow di Ukraine menangguhkan undian pemisahan lima hari sebelum ia akan diadakan.

Putin juga mengumumkan menarik balik tentera Russia dari sempadan Ukraine.


Sebahagian besar daripada kenaikan tujuh peratus dalam emas tahun ini disebabkan ketegangan geopolitik di Ukraine.

Emas kebiasannya dibeli sebagai pelaburan selamat ketika ekonomi dan politik berhadapan ketidaktentuan.

"Tinjauan bagi emas bergantung bagaimana perkembangan di Ukraine."

"Kita masih bearis terhadap harga emas dan menjangka harga akan diniagakan sekitar AS$1,150 menjelang hujung tahun bersandarkan jangkaan keadaan di Ukraine tidak bertambah buruk," kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank.

Emas semerta naik sedikit kepada AS$1,291.55 seauns pada 0624 GMT, selepas kehilangan 1.4 peratus pada Rabu, kejatuhan harian terbesar sejak 15 April.

Emas AS juga menstabil selepas kejatuhan semalaman.

"Momentum negatif semalaman berkemungkinan mempengaruhi sentimen pasaran ke arah bearis.

"Lantunan pagi tadi mencerminkan kurangnya minat belian," kata Phillip Futures dalam satu nota penyelidikan.

Jongkong emas juga menerima kesan daripada kenaikan di pasaran saham selepas komen Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen.

Di pasaran fizikal, premium emas di China stabil menghampiri AS$2.50 seauns semalam. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 07 Mei 2014


Harga emas meningkat semalam ekoran kebimbangan bahawa pertelingkahan antara pemisah pro-Russia dengan tentera kerajaan di Ukraine boleh mendorong peningkatan permintaan dan lebih awal daripada komen oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang dijadualkan kemudian.

Pelabur sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan bahawa komen oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen pada sesi pembentangannya di kongres boleh melemahkan lagi nilai dolar yang mencecah paras terendah dalam tempoh enam setengah bulan berbanding sekumpulan mata wang, kelmarin.

Itu kebiasaannya dijangka meningkatkan harga emas, yang meraih manfaat daripada pelonggaran dasar monetari dan kelemahan dolar.

Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,312.30 seauns pada 0924 GMT. Ia mencecah ketinggian tiga minggu sebanyak AS$1,315.60 pada Isnin.

Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) untuk penghantaran jun naik AS$4.00 seauns pada AS$1,312.60.

"Terdapat risiko kenaikan premium disebabkan apa yang berlaku di Ukraine," kata Penganalisis Citi, David Wilson.

"Itu memberikan beberapa tanda-tanda sokongan."

"Pembelian oleh China mengehadkan aliran penurunan, begitu juga dengan ketegangan geopolitik."

"Saya jangkakan emas akan kekal di sekitar tahap ini sehingga ketegangan itu berakhir, tetapi saya tidak menjangkakan ia akan bergerak secara mendadak lebih rendah dari itu," katanya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 Mei 2014


Harga emas diniagakan hampir tidak berubah semalam bagaimanapun terus menerima sokongan daripada krisis di Ukraine yang meningkatkan lagi nilai logam berharga itu.

Emas sedikit berubah pada AS$1,308.96 seauns pada 0318 GMT, selepas mencatatkan dua peratus peningkatan dalam dua sesi terdahulu. Kelmarin, harga emas meningkat kepada AS$1,315.60 yang tertinggi dicatatkan sejak 15 April, sebelum mencatatkan beberapa penurunan.

"Tekanan yang bertambah buruk di Ukraine dijangka meningkatkan harga emas ke paras lebih tinggi tetapi pengukuhan rintangan dijangkakan pada AS$1,317," kata Penganalisis Pelaburan Phillip Futures, Joyce Liu.

"Kita boleh melihat satu tempoh lanjutan penyatuan daripada sini kerana pasaran yang memerlukan hala tuju baru. Dalam tiada peningkatan ketegangan di Ukraine, harga hanya perlu melepasi sokongan pada AS$1,307.50," kata Liu. Emas kebiasaannya mendapat permintaan sebagai lindung nilai semasa dalam keadaan politik dan ekonomi tidak menentu.

Penganalisis Teknikal Reuters, Wang Tao berkata emas dijangka boleh menjejaki harga pada AS$1,292, kerana ia boleh melengkapi pemulihan dari 24 April yang mencatatkan AS$1,268.24.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan ketegangan yang berterusan di Ukraine mendorong pelabur untuk mengambil untung, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata sentimen pasaran kekal lemah disebabkan pergaduhan yang semakin memuncak di negara bekas Soviet di sekitar kubi kuat pro-Russia kelmarin selepas pejuang pemberontak membuat serangan hendap ke atas tentera Ukraine.

"Niaga hadapan emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua minggu semalam menyebabkan pengambilan untung, bagaimanapun, pasaran dijangka diniagakan pada kecenderungan menaik esok, dengan isu-isu Ukraine mempengaruhi pandangan teknikal yang positif.

"Tambahan pula, kelemahan dolar boleh menyediakan sokongan kepada harga emas," katanya.

Kontrak semasa Mei 2014 susut 17 mata kepada RM136.85 segram, manakal Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014, turun 15 mata, masing-masing kepada RM137.00, RM137.25 dan RM137.35 segram.

Kepentingan terbuka merosot kepada 3,328 kontrak daripada 3,672 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan susut kepada 166 lot bernilai RM2.27 juta daripada 670 lot bernilai RM9.23 juta kelmarin.

Harga emas fizikal turun 42 sen kepada Rm132.61 segram. - REUTERS



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 Mei 2014


Emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu semalam, meningkat buat sesi kedua berturut-turut apabila ketegangan dan keganasannyang semakin memuncak di Ukraine menambah daya tarikan logam berharga itu.

Pelabur bagaimana pun kekal berjaga-jaga sama ada kenaikan itu dapat dikekalkan dengan beberapa pasaran ditutup dan aliran keluar dari dana emas terbesar terus menunjukkan sentimen yang mendatar.

Spot emas meningkat 0.4 peratus pada AS$1,305.60 seauns pada 0319 GMT, selepas meningkat kepada AS$1,308.50 sebelumnya, paras tertinggi sejak 15 April lalu.

Kecairan dijangka lebih kecil dengan pasaran di Jepun, Korea Selatan dan London ditutup.

"Kami menguji paras penurunan dengan agak agresif minggu lalu. Maka, emas meningkat dengan jangkaan bahawa situasi di Ukraine semakin buruk," kata seorang peniaga di Hong Kong.

"Kami akan menyokong di atas AS$1,300 hinggalah kami mendapatkan kecairan semula esok (hari ini)."

Militan pro-Russia menyerbu sebuah balai polis di Odessa, Ukraine kelmarin dan membebaskan hampir 70 rakan aktivitis dengan pemimpin negara itu menuduh pasukan polis dengan mengatakan mereka mengambil rasuah atau bekerjasama dengan kumpulan pemisah.

Mereka memecahkan tingkap dan merosakkan pintu masuk balai itu dua hari selepas kira-kira 40 aktivitis pro-Russia maut dalam satu kebakaran di bangunan yang ditawan mereka selepas bertempur dengan kumpulan pro-Kiev.

Emas dilihat sebagai pelaburan selamat semasa tempoh ekonomi dan politik tidak menentu.

Jumaat lalu, logam itu jatuh ke paras terendah dalam seminggu pada AS$1,276.60 selepas data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dikeluarkan.

Namun, ia memulihkan kerugian itu untuk mengakhiri semalam 1.3 peratus lebih tinggi dengan bertambahnya jumlah orang yang kehilangan kerja serta memuncaknya ketegangan di Ukraine.

Begitupun, SPDR Gold Trust iaitu dana tukaran emas terbesar dunia berkata pegangan jatuh 2.70 tan kepada 782.85 pada Jumaat, kerugian tiga sesi berturut-turut.

Minggu lalu saja, dana itu menyaksikan aliran keluar hampir 10 tan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 04 Mei 2014


Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal rendah minggu ini disebabkan peningkatan keyakinan terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi AS akan memberi kesan negatif ke atas kedudukan selamat logam berharga itu.

Niaga hadapan emas juga kan menerima tekanan berterusan apabila keadaan ekonomi AS itu menyebabkan pelabur beralih arah daripada aset yang selamat kepada pelaburan yang lebih berisiko seperti ekuiti.

Berbanding Jumaat sebelumnya, Mei 2014 jatuh RM1.85 atau 37 mata kepada RM134.90 segram, Jun 2014 susut RM1.60 atau 32 mata kepada RM135.35 segram, Julai 2014 dan Ogos 2014 masing-masing turun RM1.45 atau 29 mata setiap satu kepada RM135.55 dan RM135.65 segram.

Jumlah dagangan jatuh kepada 3,641 lot bernilai RM55 juta berbanding 3,996 lot bernilai RM54.04 juta yang didagangkan minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada hari Jumaat berjumlah 3,621 kontrak berbanding 2,032 kontrak sebelumnya. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 02 Mei 2014


Harga emas stabil semalam selepas dua sesi mengalami kerugian tetapi menuju kejatuhan untuk minggu kedua dalam tempoh tiga minggu berikutan keyakinan yang meningkat mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Perak yang mencatatkan kerugian tiga peratus menuju prestasi mingguan terburuk dalam tempoh enam minggu.

Pelabur logam berharga mengintai data pekerjaan AS yang dijadual dikeluarkan lewat semalam untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai ekonomi, yang menunjukkan kekuatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas musim sejuk teruk yang menjejaskan prestasi ekonomi suku pertama.

Rizab Persekutuan (Fed) juga menilai bacaan suram pertumbuhan AS pada suku pertama dan memberikan penilaian yang kebanyakannya menyakinkan mengenai prospek ekonomi apabila ia mengumumkan lagi pemotongan dalam program rangsangan pembelian bon besar-besaran.

Spot emas kekal pada AS$1,283.14 seauns pada 0237 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus pada sesi sebelumnya. Ia turun 1.5 peratus untuk keseluruhan minggu.

"Oleh kerana Fed dan data AS yang mantap, kita rasa harga emas mungkin akan jatuh lebih jauh.

Ia mungkin menguji AS$1,265," kata Pengarah Urusan Peruncit GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

Harga akan berada di bawah tekanan kerana laporan senarai gaji AS dijangka menunjukkan pekerjaan meningkat pada kadar pesat dalam tempoh lima bulan pada bulan April dan kadar penggangguran mungkin menurun.

Peniaga-peniaga lain mengingatkan bahawa kegagalan untuk mencatat keuntungan walaupun ketegangan yang meningkat di Ukraine dan dolar AS yang lemah, yang didagangkan menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga minggu, bermakna ia mungkin menyaksikan penurunan lanjut.

Dalam pasaran fizikal, Lan berkata, permintaan meningkat sedikit minggu ini tetapi masih rendah daripada paras tahun lalu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 30 April 2014


Emas jatuh pada Rabu sebelum berlangsungnya mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) dan data di Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan ekonomi negara itu semakin baik.

Namun ketegangan di Ukraine terus menyediakan sokongan asas kepada logam berharga itu yang secara tradisinya menjadi aset selamat daripada risiko kemelesetan.

Harga emas turun 0.3 peratus kepada AS$1,292.40 seauns pada 1054 GMT, selepas ditutup rata dalam sesi sebelumnya.

Niaga hadapan AS bagi penghantaran Jun turun AS$3.70 seauns kepada AS$1,292.60.

Pasaran terbesar memfokuskan kepada pengumuman oleh pembuat dasar Fed lewat hari ini.

Mereka dijangka akan memutuskan keputusan untuk menyambung pengurangan pelan rangsangan pembelian bon dan turut menyelesaikan isu tempoh terbaik untuk kenaikan kadar walaupun tiada pertukaran ketara dijangka dilaksanakan.

Data Keluaran Dalam Negara kasar akan menunjukkan bencana cuaca sejuk melampau menjejaskan ekonomi AS bagi separuh pertama walaupun data itu menunjukkan seawal  suku kedua mencatatkan prestasi positif.

"Ia sepatutnya memberi impak negatif kepada emas, melainkan kita memperoleh perkembangan baharu kepada krisis ketegangan geopolitik," kata Perunding Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

Ekonomi kukuh menunjukkan Fed mungkin akan menyegerakan usaha untuk memperketatkan kembali monetarinya.

Dasar monetari yang longgar dan dilaksanakan bersama kadar faedah yang rendah dalam tempoh yang panjang akan mengurangkan kos dan peluang memiliki aset bukan emas, yang menjadi faktor penting memacu harga emas lebih tinggi sejak akhir-akhir ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS