Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 Mei 2014


Harga emas diniagakan hampir tidak berubah semalam bagaimanapun terus menerima sokongan daripada krisis di Ukraine yang meningkatkan lagi nilai logam berharga itu.

Emas sedikit berubah pada AS$1,308.96 seauns pada 0318 GMT, selepas mencatatkan dua peratus peningkatan dalam dua sesi terdahulu. Kelmarin, harga emas meningkat kepada AS$1,315.60 yang tertinggi dicatatkan sejak 15 April, sebelum mencatatkan beberapa penurunan.

"Tekanan yang bertambah buruk di Ukraine dijangka meningkatkan harga emas ke paras lebih tinggi tetapi pengukuhan rintangan dijangkakan pada AS$1,317," kata Penganalisis Pelaburan Phillip Futures, Joyce Liu.

"Kita boleh melihat satu tempoh lanjutan penyatuan daripada sini kerana pasaran yang memerlukan hala tuju baru. Dalam tiada peningkatan ketegangan di Ukraine, harga hanya perlu melepasi sokongan pada AS$1,307.50," kata Liu. Emas kebiasaannya mendapat permintaan sebagai lindung nilai semasa dalam keadaan politik dan ekonomi tidak menentu.

Penganalisis Teknikal Reuters, Wang Tao berkata emas dijangka boleh menjejaki harga pada AS$1,292, kerana ia boleh melengkapi pemulihan dari 24 April yang mencatatkan AS$1,268.24.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam berikutan ketegangan yang berterusan di Ukraine mendorong pelabur untuk mengambil untung, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata sentimen pasaran kekal lemah disebabkan pergaduhan yang semakin memuncak di negara bekas Soviet di sekitar kubi kuat pro-Russia kelmarin selepas pejuang pemberontak membuat serangan hendap ke atas tentera Ukraine.

"Niaga hadapan emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua minggu semalam menyebabkan pengambilan untung, bagaimanapun, pasaran dijangka diniagakan pada kecenderungan menaik esok, dengan isu-isu Ukraine mempengaruhi pandangan teknikal yang positif.

"Tambahan pula, kelemahan dolar boleh menyediakan sokongan kepada harga emas," katanya.

Kontrak semasa Mei 2014 susut 17 mata kepada RM136.85 segram, manakal Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014, turun 15 mata, masing-masing kepada RM137.00, RM137.25 dan RM137.35 segram.

Kepentingan terbuka merosot kepada 3,328 kontrak daripada 3,672 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan susut kepada 166 lot bernilai RM2.27 juta daripada 670 lot bernilai RM9.23 juta kelmarin.

Harga emas fizikal turun 42 sen kepada Rm132.61 segram. - REUTERS



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment