Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 Mei 2014


Harga emas meningkat semalam ekoran kebimbangan bahawa pertelingkahan antara pemisah pro-Russia dengan tentera kerajaan di Ukraine boleh mendorong peningkatan permintaan dan lebih awal daripada komen oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang dijadualkan kemudian.

Pelabur sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan bahawa komen oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen pada sesi pembentangannya di kongres boleh melemahkan lagi nilai dolar yang mencecah paras terendah dalam tempoh enam setengah bulan berbanding sekumpulan mata wang, kelmarin.

Itu kebiasaannya dijangka meningkatkan harga emas, yang meraih manfaat daripada pelonggaran dasar monetari dan kelemahan dolar.

Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,312.30 seauns pada 0924 GMT. Ia mencecah ketinggian tiga minggu sebanyak AS$1,315.60 pada Isnin.

Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) untuk penghantaran jun naik AS$4.00 seauns pada AS$1,312.60.

"Terdapat risiko kenaikan premium disebabkan apa yang berlaku di Ukraine," kata Penganalisis Citi, David Wilson.

"Itu memberikan beberapa tanda-tanda sokongan."

"Pembelian oleh China mengehadkan aliran penurunan, begitu juga dengan ketegangan geopolitik."

"Saya jangkakan emas akan kekal di sekitar tahap ini sehingga ketegangan itu berakhir, tetapi saya tidak menjangkakan ia akan bergerak secara mendadak lebih rendah dari itu," katanya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment