Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Mei 2014

Emas diniagakan di bawah AS$1,300 semalam, susulan kejatuhan terbesarnya dalam tiga minggu.

Ini disebabkan daya tarikannya sebagai pelaburan selamat pudar disebabkan ketegangan di Ukraine yang semakin pulih.

Presiden Vladimir Putin meminta pihak pemisah pro-Moscow di Ukraine menangguhkan undian pemisahan lima hari sebelum ia akan diadakan.

Putin juga mengumumkan menarik balik tentera Russia dari sempadan Ukraine.


Sebahagian besar daripada kenaikan tujuh peratus dalam emas tahun ini disebabkan ketegangan geopolitik di Ukraine.

Emas kebiasannya dibeli sebagai pelaburan selamat ketika ekonomi dan politik berhadapan ketidaktentuan.

"Tinjauan bagi emas bergantung bagaimana perkembangan di Ukraine."

"Kita masih bearis terhadap harga emas dan menjangka harga akan diniagakan sekitar AS$1,150 menjelang hujung tahun bersandarkan jangkaan keadaan di Ukraine tidak bertambah buruk," kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank.

Emas semerta naik sedikit kepada AS$1,291.55 seauns pada 0624 GMT, selepas kehilangan 1.4 peratus pada Rabu, kejatuhan harian terbesar sejak 15 April.

Emas AS juga menstabil selepas kejatuhan semalaman.

"Momentum negatif semalaman berkemungkinan mempengaruhi sentimen pasaran ke arah bearis.

"Lantunan pagi tadi mencerminkan kurangnya minat belian," kata Phillip Futures dalam satu nota penyelidikan.

Jongkong emas juga menerima kesan daripada kenaikan di pasaran saham selepas komen Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen.

Di pasaran fizikal, premium emas di China stabil menghampiri AS$2.50 seauns semalam. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment