Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Oktober 2012


Harga emas kukuh di atas paras AS$1,720 seauns semalam, pulih daripada kejatuhan terbesarnya pada satu hari dalam tempoh lebih tiga bulan kerana dolar Amerika Syarikat (AS) lemah dan pasaran saham pulih.

Harga logam berharga itu jatuh 1.8 peratus semalam berikutan keputusan pendapatan korporat yang mengecewakan menjejaskan pasaran komiditi serta menurunkan harga saham dan komiditi menyebabkan pelabur beralih kepada dolar. Pengembalian daripada trend itu adalah petanda baik untuk emas.

Spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,724.45 seauns pada 0945 GMT, sebelum mencecah paras terendah sejak 7 September pada AS$1,713.39, sementara kontrak hadapan emas AS untuk penghantaran Disember naik AS$1.60 seauns paada AS$1,725.60.

"Pasaran kini memulihkan kerugian selepas tindakan penjualan drastik lewat Jumaat," kata Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen.

"Ia menunjukkan bahawa pasaran dalam keadaan pembetulan seketika, menunggu untuk pembeli berpotensi seterusnya.

"Ia tertangguh selepas peningkatan minat spekulatif dalam beberapa bulan lalu dan beberapa pelabur sudah melakukan penjualan keuntungan."

"Persoalan utama sekarang, serendah mana harga akan bergerak. beliau berasakan ia akan turun lagi.

"Ia hanya kekurangan panduan, data nampak tipis dan sukar untuk menunjukkan sumber rangsangan seterusnya," katanya.

Dalam jangka pendek, emas menerima sokongan daripada tindakan pasaran kewangan yang lebih luas.

Mata wang euro mengukuh berbanding dolar semalam selepas kemenangan pilihan raya serantau bagi Perdana Menteri Sepanyol yang merangsang tindakan penjimatan negara itu. Pilihan raya itu dilihat sebagai sokongan umum terhadap tindakan kerajaan menangani krisis zon Eropah.

Kelemahan dalaman cenderung untuk meningkatkan emas, kerana ia menjadikan aset yang diniagakan dengan dolar lebih rendah untuk mata wang lain dan meningkatkan faedah dalam bulion sebagai alternatif aset lindung nilai.

Saham Eropah mengukuh ekoran jangkaan baru bahawa Sepanyol hampir menerima dana bantuan bersandarkan keputusan korporat, sementara harga minyak juga disokong oleh keganasan yang kian meruncing di Asia Barat.

Dana lindung nilai dan spekulator besar lain sudah meninggalkan emas, yang mana data daripada Commodity Futures Exchange Commision menurut data Jumaat lalu, selepas kegagalan berterusan mengatasi pada AS$1,800 seauns.

Kontrak hadapan emas dalam COMEX New York turun lapan peratus pada kedudukan jangka panjang. Dana yang diuruskan dalam emas AS jatuh AS$2.4 bilion, mewakili lebih 85 peratus penurunan mingguan.

"Kami percaya pengunduran ini baik untuk emas," kata UBS dalam satu nota pada Isnin.

"Dengan mengeluarkan lebihan dana, logam itu dalam kedudukan lebih baik untuk meningkat kembali."

"Bagaimanapun, dengan kedudukan jangka panjang 28.1 bilion dan 85 peratus dalam ketinggian setiap masa, penurunan lanjut perlu walaupun data tindakan Selasa akan menunjukkan penurunan jangka panjang," tambahnya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment