Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Melayu Mesti Kumpul Harta


Kuala Lumpur - Seorang pakar ekonomi berkata, orang Melayu yang merangkumi 51 peratus penduduk di negara ini masih terpinggir sama ada di bandar atau luar bandar.

Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, Melayu ketinggalan dari segi pendapatan, pemilikan hartanah, ekuiti, prefesional (kurang 20 peratus), selain bidang perniagaan yang menyaksikan 96 peratus dari mereka hanya peniaga kecil.

"Pemikiran Melayu tidak perlu mengumpul harta perlu diperbetulkan kerana mengikut Islam, mencari kekayaan itu adalah ibadah dan jihad.

"Perniagaan adalah jihad dan ibadah serta pelaburan jangka panjang untuk akhirat," katanya ketika membentangkan kertas kerja Modal, Kewangan dan Pelaburan Melayu : Ke Mana Prospek Kewangan Kita Orang Melayu di abad ke-21 pada Kongres Ekonomi Melayu 2012 di sini, semalam.

Dasar keterangkuman
Beliau mencadangkan diwujudkan dasar keterangkuman sebagai landasan bagi memastikan Melayu tidak terus terpinggir.

"Dasar ini memberi hak kepada individu dalam ekonomi untuk terus maju seiring anggota lain dalam masyarakat.

"Tumpuan perlu diberi kepada kumpulan tercicir membabitkan 40 peratus penduduk pendapatan kurang RM1,000 sebulan yang majoritinya Melayu," katanya.

Barjoyai mencadangkan lima resolusi termasuk penstrukturan semula Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkat penguasaan kekayaan Melayu dan Islam di negara ini.

Katanya, sebagai institusi amanah orang Melayu, MARA mempunyai harta dan potensi keupayaan harta intelektual bernilai lebih RM50 bilion.

"Ia mempunyai kapasiti kewangan menyertai penyenaraian awam dan semua harta ini boleh disimpan dalam bentuk wakaf bagi menjamin milik Islam dan Melayu," katanya.

Beliau turut mencadangkan yayasan pelaburan Melayu yang diurus bijak pandai Melayu serta dipantau jawatankuasa pengawasan tertinggi.

Pelaburan runcit
Resolusi ketika Barjoyai, semua kerajaan negeri perlu memikirkan usaha menyerahkan baki tanah rizab Melayu kepada institusi pelaburan itu untuk dipermodalkan.

Resolusi keempat, kaedah pelaburan runcit perlu diwujudkan untuk menarik pelaburan Melayu dalam pelbagai bentuk termasuk sukuk runcit dan amanah saham akhirat.

Beliau juga mencadangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memperuntukan 51 peratus pemilikan ekuiti syarikat yang hendak dijual kepada institusi pelaburan Melayu.

Sumber : Berita Harian (24 Oktober 2012)
Tulisan : Faiza Zainudin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment