Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Julai 2012

Harga emas menyusust di Eropah semalam ketika data ekonomi Jerman yang lemah seperti dijangkakan menekan euro, sehari nselepas Moody mengubah ujurannya terhadap negara ekonomi paling besar di Eropah kepada negatif.

Logam berharga itu berlegar sekitar AS$1,575 seauns, bagaimanapun dengan keyakinan kepada keupayaan logam itu untuk mengekalkan kedudukannya kini jatuh ketika dagangan apabila pelabur menjual untuk meraih keuntungan.

Harga emas menurun 0.2 peratus pada AS$1,574.40 seauns manakala niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Ogos menurun AS$3.80 seauns pada AS$1,573.60.

Logam itu mencapai paras 10 hari rendah kelmarin tetapi kekal; dalam lingkungan AS$75 yang telah diniagakan bulan ini, menjadikan ia lebih baik berbanding komoditi lain seperti tembaga dan kinyak mentah ketika carta sokongan memberi bacaan melebihi AS$1,560 seauns.

"Pasaran mula menjualnya secara besar-besaran kelmarin dan logam itu meningkat dengan baik ke arah yang bertentangan. Ia mungkin satu perkara yang kekal kukuh dan tidak mampu diubah walaupun menerima tekanan luar yang kuat", kata Analisis Macquarie, Hayden Atkins.

"Peniaga mengekalkan pegangan mereka kepada bidaan itu, mereka masih menunggu untuk berlakunya sesuatu seperti kelonggaran kuantitatif,"katanya.

Euro jatuh 0.5 peratus berbanding dolar semalam apabila peniaga mengambil kira sentimen pandangan Moody's yang menurun taraf Jerman.

Manakala emas cenderung mengekalkan corak positif walaupun menerima tekanan daripada berita buruk daripada zon euro sejak tahun lalu, dan akan meneruskan rentak serupa pada tahun ini walaupun dolar, Perbendaharaan AS dan situasi Jerman bakal menjejaskan ruang selamat bagi pelabur. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Berita Harian : Pasaran emas, logam diwujud

Komenter daripada admin : Kalau nak membeli, menyimpan dan melabur emas, apa kata ANDA sertai Public Gold. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.
 
Oleh Kamarulzaidi Kamis & Shahrizan Salian
bhbiz@bharian.com.my

Kerajaan akan menubuhkan sebuah Pasaran Merchantile untuk dagangan emas dan logam berharga di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu dicetuskan daripada peningkatannya minat rakyat negara ini terhadap kelas aset seperti itu bagi pelaburan.

"Penubuhan pasaran baru itu sejajar hasrat kerajaan untuk memastikan pelaburan dalam komoditi berharga itu dibuat dalam persekitaran selamat, telus dan berstruktur," katanya ketika melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) di Kuala Lumpur, semalam.

Najib berkata, cadangan penubuhan Pasaran Merchantile itu juga bermatlamat menyediakan peluang orang ramai melabur dan peluang melindungi nilai hadapan emas serta logam berharga lain seperti perak dan platinum.

"Cadangan penubuhannya akan mengambil kira landskap pelaburan domestik serta pengalaman pasaran serupa di seluruh dunia, " katanya.

Beroperasi setahun lagi

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Ranjit Ajit Singh pada sidang media kemudian berkata, pasaran saham baru itu akan beroperasi dalam tempoh setahun lagi selepas badan kawal selia itu memperincikan sepenuhnya rangka kerja penubuhannya.

"Buat masa ini, adalah masih terlalu awal untuk mendedahkan perincian mengenai bagaimana pasaran itu akan dikendalikan.

"Namun, minat tinggi pelabur terhadap emas dan logam berharga mewujudkan satu platform lebih selamat dan berstruktur untuk aset kelas berlainan," katanya.

Ranjit berkata, cadangan menubuhkan pasaran saham baru itu juga dibuat selepas mengambil kira kejayaan beberapa pasaran saham serupa di peringkat serantau.

Katanya, pasaran saham merchantile serantau biasanya menerima permintaan tinggi pelabur yang berminat untuk menjadikan emas atau logam berharga sebagai satu kelas aset pelaburan menguntungkan.

"Minat sedemikian membuktikan ia adalah pasaran saham yang berjaya, " katanya.

Mengenai pesaingan daripada pasaran saham serupa di rantau ini, Ranjit berkata ia tidak bermakna SC tidak boleh melaksanakannya untuk pasaran tempatan.

"Kita memberi perhatian kepada peringkat domestik kerana terdapat minat tinggi daripada pelabur tempatan, " katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 Julai 2012

Harga emas susut Isnin selepas Rizab Persekutuan mengecewakan pasaran dengan kegagalannya mengemukakan cadangan kukuh bagi melaksanakan lebih banyak pelan rangsangan ekonomi.

Harga emas meningkat ke arah AS$1,600 seauns Selasa dengan harapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, akan memberi bayangan langkah merancakkan pertumbuhan ekonomi selepas penerbitan data ekonomi yang mengecewakan.

Kegagalan beliau berbuat demikian di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat menyebabkan ramai mengambil keputusan menjual pegangan bagi mendapatkan keuntungan segera.

Bagaimanapun, pantulan dalam pasaran saham selepas laporan pendapatan lebih baik daripada jangkaan membantu memulih harga logam itu.

Emas spot susut 0.2 peratus kepada AS$1,579.25 seauns pada 0930 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos jatuh AS$11.00 seauns kepada AS$1,578.50.

Dengan ketiadaan permintaan fizikal, reaksi emas memberi tekanan kepada dolar menyebabkan kos penyimpanan emas menjadi tidak menarik.

"Kita berkemungkinan kekal pada jajaran semasa buat masa ini," kata penganalisis di BNP Paribas, Anne-Laure Tremblay.

"Data penting berikutannya, bergantung kepada perkembangan di zon euro, adalah pembayaran gaji sektor bukan perladangan pada permulaan Ogos.

"Kita menjangka Bernanke akan mengumumkan data suku ketiga dalam ucapan di Jackson Hole pada 31 Ogos depan," katanya.

Euro berada sedikit di bawah dolar AS.

Penilaian muram ekonomi AS yang dibuat Bernanke, membuka ruang kepada lebih banyak penurunan nilai dolar dan melemahkan permintaan bagi mata wang itu.

Bayangan-bayangan baru yang mencadangkan penurunan nilai mata wang itu mencetuskan rali emas tahun ini, tetapi ia kekal pada jajaran AS$1,540 - AS$1,640 enam minggu sebelum ini, dan menanti petunjuk baru.

Bernanke akan menjadi tumpuan sekali pada pagi 1400 GMT bagi memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, tetapi dijangka tidak memberikan impak besar kepada komen yang dibuatnya Selasa lalu, kata penganalisis.

Data perumahan AS akan dikeluarkan 1230 GMT, dan Rizab Persekutuan akan mengeluarkan Beige Book yang menggariskan persekitaran ekonomi semasa.

Dikalangan logam berharga lain, perak susut 0.7 peratus kepada AS$27.12 seauns, menjejaki kerugian dalam emas.

Prestasi perak yang di bawah emas tahun ini, susut dua peratus berbanding kenaikan satu peratus dalam emas.

Logam itu mendapat kesan daripada kekurangan permintaan tahun ini selepas beberapa pembetulan pada 2011, kelembapan perindustrian dan bekalan tinggi.

Platinum spot susut 0.4 peratus kepada AS$1,407.75 seauns, manakala palladium jatuh 0.2 peratus kepada AS$578.25 seauns - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS