Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Petikan Daripada Berita Harian : Pasaran emas, logam diwujud

Komenter daripada admin : Kalau nak membeli, menyimpan dan melabur emas, apa kata ANDA sertai Public Gold. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.
 
Oleh Kamarulzaidi Kamis & Shahrizan Salian
bhbiz@bharian.com.my

Kerajaan akan menubuhkan sebuah Pasaran Merchantile untuk dagangan emas dan logam berharga di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu dicetuskan daripada peningkatannya minat rakyat negara ini terhadap kelas aset seperti itu bagi pelaburan.

"Penubuhan pasaran baru itu sejajar hasrat kerajaan untuk memastikan pelaburan dalam komoditi berharga itu dibuat dalam persekitaran selamat, telus dan berstruktur," katanya ketika melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) di Kuala Lumpur, semalam.

Najib berkata, cadangan penubuhan Pasaran Merchantile itu juga bermatlamat menyediakan peluang orang ramai melabur dan peluang melindungi nilai hadapan emas serta logam berharga lain seperti perak dan platinum.

"Cadangan penubuhannya akan mengambil kira landskap pelaburan domestik serta pengalaman pasaran serupa di seluruh dunia, " katanya.

Beroperasi setahun lagi

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Ranjit Ajit Singh pada sidang media kemudian berkata, pasaran saham baru itu akan beroperasi dalam tempoh setahun lagi selepas badan kawal selia itu memperincikan sepenuhnya rangka kerja penubuhannya.

"Buat masa ini, adalah masih terlalu awal untuk mendedahkan perincian mengenai bagaimana pasaran itu akan dikendalikan.

"Namun, minat tinggi pelabur terhadap emas dan logam berharga mewujudkan satu platform lebih selamat dan berstruktur untuk aset kelas berlainan," katanya.

Ranjit berkata, cadangan menubuhkan pasaran saham baru itu juga dibuat selepas mengambil kira kejayaan beberapa pasaran saham serupa di peringkat serantau.

Katanya, pasaran saham merchantile serantau biasanya menerima permintaan tinggi pelabur yang berminat untuk menjadikan emas atau logam berharga sebagai satu kelas aset pelaburan menguntungkan.

"Minat sedemikian membuktikan ia adalah pasaran saham yang berjaya, " katanya.

Mengenai pesaingan daripada pasaran saham serupa di rantau ini, Ranjit berkata ia tidak bermakna SC tidak boleh melaksanakannya untuk pasaran tempatan.

"Kita memberi perhatian kepada peringkat domestik kerana terdapat minat tinggi daripada pelabur tempatan, " katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment