Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sekilas Sejarah Priority Dealer Public Gold (Mohd Azhar B Kordi - PG004158)

Saya mula berminat tentang emas sejak tahun 2010 kerana saya mencari alternatif untuk menyimpan duit. Ini kerana jika saya menyimpan duit di bank ia tidak memberi keuntungan , dengan kata mudah jika saya menyimpan di bank sebanyak RM2,000, tahun ini 2012 apabila saya keluarkan semula ia masih bernilai RM2,000. Namun pada bulan Mei 2010, saya telah membeli seutas gelang emas yang bernilai RM135 segram tetapi sekarang segram bernilai RM176, kenaikan sebanyak RM41 untuk 2 tahun.....nampak tak berbezaan tersebut.

Sejak itu saya mengumpul duit untuk menjadi ejen Public Gold dan pada tahun 2010 Public Gold telah membuat promosi dimana untuk menjadi Priority Dealer hanya perlukan modal RM20,000 sahaja, maka saya tidak melepaskan peluang keemasan tersebut dan alhamdulillah  pada Disember 2010 saya telah berjaya menjadi Priority Dealer Public Gold.


Oleh kerana sekarang ini orang ramai mula berlumba-lumba menjadi ejen Public Gold, maka terdapat sedikit perubahan yang dilakukan untuk menjadi ejen biasa, modal yang diperlukan adalah RM20,000 untuk pembelian dalam 1 resit, manakala untuk menjadi Priority Dealer, modal yang diperlukan adalah RM100,000 untuk pembelian dalam 1 resit. Nampak macam membebankan tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan.......

Sekarang saya bergiat aktif untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain untuk membeli emas untuk pelaburan masa depan demi untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga. Tidak perlu membeli dengan banyak, hanya perlu membeli ikut kemampuan masing-masing dan saya cadangkan supaya membeli 1 dinar untuk setiap bulan. 

Kenapa perlu beli 1 dinar sahaja, nanti saya akan terangkan dalam artikel yang seterusnya. Jika berminat untuk membeli emas, perak dan dinar, jangan segan-segan untuk menghubungi saya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 September 2012

Emas meningkat semula melebihi AS$1,770 seauns semalam dengan jangkaan langkah bank pusat untuk merangsang pertumbuhan akan meningkatkan kecairan, inflasi bahan api dan mengekalkan kadar faedah pada paras terendahnya menjadikan logam berkenaan berada pada landasan kukuh meraih peningkatan bagi minggu kelima berturut-turut.

Peningkatan di pasaran lain turut mendorong kepada peningkatannya. Saham Eropah dan mata wang euro meningkat kembali dan minyak melonjak daripada paras terendah 1.5 bulan kerana pelabur yang kembali semula ke pasaran masih merasakan manfaat daripada langkah sokongan bank pusat.

Harga emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,773.44 seauns manakala harga emas hadapan Amerika Syarikat bagi penghantaran Disember meningkat AS$6.10 seauns kepada AS$1,776.30.

Bank of Japan adalah bank pusat yang terkini melancarkan langkah pelonggaran minggu ini, selepas Rizab Persekutuan mengumumkan program pembelian aset yang agresif dan European Central Bank melancarkan  rancangan untuk membeli bon  di zon euro yang terjejas teruk dengan hutang dalam bulan ini.

Langkah Rizab Persekutuan secara khususnya, yang menyaksikan pembelian AS$40 bilion sebulan bagi hutang bersandarkan gadai janji sehingga tinjauan bagi pasaran kerja bertambah baik, membantu meningkatkan harga kepada paras tertingginya dalam tempoh enam bulan setengah pada AS$1,779.10 seauns.

"Dengan skim terbuka untuk mencetak dolar seberapa banyak yang diperlukan, sehingga ekonomi AS pulih, aliran peningkatan emas berdepan kurang halangan sekurang-kurangnya kepada paras tertinggi awal," kata Global Services, Pradeep Unni.

"Carta membayangkan rintangan utama pada AS$1,787 - AS$1,790. Justeru, penutupan berturut-turut dia atas AS$1,790 akan menjadi satu  keperluan untuk mengelakkan pembetulan mengambilan untung," katanya.

Langkah Rizab Persekutuan telah meningkatkan minat kepada dana dagangan pertukaran emas, pelaburan popular yang menerbitkan sekuriti didorong dengan logam fizikal. - REUTERS 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 September 2012

Harga emas jatuh Khamis berikutan pengukuhan dolar AS dan kelemahan harga minyak mentah dan pasaran saham mendorong pelabur melepaskan pegangan masing-masing selepas harga logam itu mencecah paras tertinggi dalam 6.5 bulan kelmarin.

Bagaimanapun, impak positif langkah rangsangan ekonomi bank pusat mengehadkan kerugian.

Harga emas naik sehingga mencecah AS$1,779.10 seauns pada Rabu susulan Bank of Japan yang terakhir mendedahkan  pada pusingan baru pengawalan monetari, selepas program pembelian bon diumumkan Amerika Syarikat (AS) bdan zon euro awal bulan ini.

Langkah kawalan kelihatan memanfaatkan emas dengan memberikan tekanan ke atas kadar faedah jangka panjang, dan seterusnya kos peluang memegang jongkong emas, selain kepada dolar AS, menyemarakkan kebimbangan inflasi jangka panjang dan merangsang kecairan.

Emas spot susut 0.5 peratus kepada AS$1,760.99 seauns pada 0917 GMT, manakala dagangan hadapan emas bagi penghantaran Disember jatuh AS$7.90 seauns kepada AS$1,763.80.

"Kekurangan langkah susulan daripada pengumuman Bank of Japan, berhubung pusingan rangsangan tambahan menunjukkan pelabur memiliki apa yang mereka kehendaki pada peringkat ini, dan pembetulan diperlukan bagi menarik permintaan tambahan," kata Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen.

"Permintaan fizikal kelihatan menarik, maka ia bergantung komuniti pelabur memacunya ke depan."

Euro mencecah peras rendah mingguan berbanding dolar AS selepas penerbitan data menunjukkan aktiviti perniagaan Perancis jatuh lebih banyak jangkaan pada Ogos.

Ia menambahkan lagi kebimbangan kemelesetan di zon euro akan bertambah parah.

Saham di bursa saham Eropah jatuh, manakala data pembuatan lemah China menambahkan lagi kebimbangan.

Tambahan lagi, bank di zon euro mengalami ketidaktentuan dan Sepanyol pula akan meminta diberikan jaminan.

Minyak mentah jatuh lebih AS$1 setong.

"Peningkatan dalam emas dan perak dijejaskan oleh pasaran saham yang perlahan dan kenaikan dolar dan ia juga berterusan, kenaikan harga terhad pada waktu ini saja.

"Bagaimanapun, sokongan kekal di bawah pasaran dan saya masih percaya pembelian menurun dalam jangka panjang."

Dalam satu nota penyelidikan, penganalisis teknikal Societe Generale yang mengkaji pergerakan harga bagi petanda arah dagangan, menyatakan emas sudah mencecah arah ke belakang paras bertahan "yang dibentuk dalam setahun sehingga kini" pada AS$1,777.

Katanya, logam sudah mengatasi paras sokongan  sejak September.

"Pemulihan harga terbaru akan berlegar antara AS$1,756.53 kemudian AS$1,745 dan AS$1,736," katanya.

Pegangan emas dalam dana tukaran emas, kenderaan pelaburan popular yang mengeluarkan sekuriti disokong emas fizikal kembali menurun daripada paras tinggi dengan pengaliran keluar sebanyak 607,000 auns pada Rabu, demikian menurut data REUTERS. -  REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 September 2012

Harga emas mencecah paras tertinggi untuk tempoh 6.5 bulan semalam selepas Bank Pusat Jepun mengumumkan pusingan baru pelonggaran dasar monetarinya, walaupun dalam keadaan yang stabil benbanding pasaran saham dan mata wang euro yang terus menurun.

Harga emas melonjak mendadak minggu lalu selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pusingan pelonggaran kuantitatifnya mengikut langkah Bank Pusat Eropah yang melancarkan program pembelian bon tanpa had baru pada awal bulan ini.

Perlanjutan dasar monetari itu dijangka mengekalkan tekanan jangka panjang kadar faedah dan mengekalkan peluang untuk memegang emas pada kos terendah selain menjana kecairan, menekan dolar dan menyemarakkan kebimbangan inflasi jangka panjang.

Emas berubah sedikit pada AS$1,772.49 setiap auns pada dagangan awal manakala harga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember naik AS$4 seauns pada AS$1,775.20.

Harga awalnya dicatatkan  setinggi AS$1,779.10 seauns dengan paras tertingginya dicatatkan pada 29 Febuari lalu.

"Langkah pelonggaran monetari oleh bank pusat itu membuktikan pertumbuhan ekonomi yang lemah dan dipengaruhi tekanan inflasi di negara membangun.

"Corak ini kelihatannya akan berterusan sehingga kita melihat terdapatnya perubahan dalam corak pertumbuhan ekonomi. Ia seperti persekitaran merangsang untuk emas bergerak lebih tinggi.

"Tahap akan datang yang lebih tinggi mungkin pada paras AS$1,800 seauns yang kami jangkakan akan dapat dilepasi menjelang suku keempat nanti," kata penganalisis BNP Paribas, Anne-Laure Tremblay.

Harga emas menyusut sedikit daripada paras tertingginya itu berbanding dolar, sekali gus mengatasi  kenaikan awalnya dengan peniaga mengaitkan penjualan mata wang oleh bank Eropah dan aktiviti pengambilan untung berbanding yen sebelum itu.

Saham eropah turut menyusut daripada keuntungan yang dicatatkan sebelum ini apabila pasaran memfokuskan ketidaktentuan sama ada Sepanyol akan memohon bantuan kewangan hasil daripada program pembelian bon Bank Pusat Eropah.

Emas dilihat turut berupaya meneruskan peningkatannya kearah rekod tertinggi tahun lalu pada AS$1,920.30 seauns yang mana ia berdasarkan sejauh mana perubahan dalam ekonomi AS.

"Seperti pentingnya apa peristiwa QE3, kami melihat penting juga untuk menilai krisis tebing sempadan fiskal yang dihadapi AS ketika ini.

"Pada 2011, harga emas berada pada tahap tertinggi apabila dikaitkan dengan ketidakupayaan Kongres meningkatkan tahap siling hutangnya. Bukan hanya QE yang menjadi kebimbangan tetapi, kedudukan sebenar fiskal AS ketika ini adalah lebih penting," kata penganalisis Natixis, Nic Brown yang merujuk tibanya masa untuk penjimatan perbelanjaan menjelang akhir tahun secara automatik dan peningkatan cukai di AS. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 September 2012

Harga emas menurun semalam sejajar dengan pasaran saham, minyak dan euro ketika pelabur mengambil keuntungan selepas paras tinggi enam setengah bulan minggu lalu, walaupun jangkaan langkah rangsangan terbaru Persekutuan mungkin mencetuskan kenaikan lanjut menghentikan kerugian.

penurunan tajam harga minyak lewat Isnin mencetuskan penurunan emas, menariknya jauh daripada paras puncak AS$1,777.51 seauns minggu lalu selepas Persekutuan mengumumkan rangsangan kewangan ketiga bagi merangsang pertumbuhan.

Bank Pusat AS berkata ia akan membeli AS$40 bilion hutang yang disokong oleh cagaran setiap bulan sehingga unjuran pekerjaan AS menunjukkan pemulihan baik, selagi inflasi kekal terkawal, dalam usaha yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif.

Emas naik dua peratus hari ini, yang mungkin memanfaatkan emas dengan mengekalkan tekanan terhadap faedah jangka panjang, mencetuskan kecairan dan mengurangkan kebimbangan inflasi.

"Polisi itu menyatakan, walaupun kita mencecah kestabilan ekonomi, bank pusat akan mengekalkan kadar faedah rendah dan polisis kewangan longgar," kata penganalisis LGT Capital Management, Bayram Dincer.

"Panduan masa depan bagi bank pusat amat memihak bagi aset yang wujud, kerana dalam situasi begitu, kamu mempunyai lindung inflasi dan pembahagian faedah yang diberikan terutamanya oleh emas."

Dalam jangka pendek, bagaimanapun, emas kekal dalam tekanan sejajar dengan aset lain. Emas spot turun 0.3 peratus kepada AS$1,756.09 seauns pada 1012 GMT sementara niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember turun AS$11.60 seauns pada AS$1,759.

Saham Eropah kekal dalam tekanan ketika pelabur mengambil keuntungan daripadanparas tinggi 14 bulan yang dicatatkan selepas bank pusat bertindak untuk merangsang ekonomi global. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Akaun Emas?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai..Apa khabar?

Ramai yang begitu ghairah melabur dengan emas sejak kebelakangan ini.

Bagi yang tak mempunyai modal yang besar dan malas nak ambil risiko simpan emas kerana takut hilang mahu pun dicuri orang, maka mereka kini punyai pilihan untuk buka Akaun Simpanan Pelaburan Emas.

Emas kini menjadi pelaburan yang terbaik sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pulangan keuntungannya terus meningkat melebihi 18% setahun.

Namun begitu harganya tetap ada turun dan naiknya. Contonya harganya naik pada bulan Disember 2010 dan mulai turun pada Januari 2011.

Harganya terus jatuh menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2011 dan dijangka akan naik semula selepas itu.

Begitulah keadaannya dengan harga pasaran Akaun Emas ada turun dan naik sepanjang masa.

Jadi, sebelum mula melabur dalam Akaun Emas ini maka perlulah anda memilihnya dengan berhati-hati.

Ini kerana dalam masa yang sama jika anda tiada ILMU tentangnya, Akaun Emas penuh dengan perangkap!

Jika anda TERSILAP membuat keputusan dalam memilih dan membeli emas melalui Akaun Pelaburan Emas ini, kemungkinan BESAR anda akan kehilangan wang anda.

Anda melabur untuk buat wang tetapi HILANG lebih banyak wang, gara-gara tiada ILMU yang BETUL untuk melabur dalam akaun emas!

Jadi sebelum memulakan atau telah memilikinya, dapatkan ILMU pelaburan Akaun Emas terlebih dahulu, agar wang yang anda laburkan tak hilang begitu sahaja!

Dapatkan penerangan lanjut tentang Akaun Pelaburan Emas melalui link berikut :


Ikhlas,

MOHD AZHAR  KORDI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 14 September 2012

Harga emas meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan semalam selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pelaksanaan program rangsangan selanjutnya, tetapi sesetengah penganalisis  pasaran jangka pasaran akan berehat sebentar sebelum meningkat semula.

Emas mencatatkan peningkatan yang sederhana semalam selepas melonjak dua peratus kelmarin dan kira-kira 10 peratus berbanding bulan lalu, berikutan pelaksanaan pelonggaran kuantitatif yang diambil bank pusat AS.

Pada Khamis, Rizab Persekutuan AS melaksanakan program pembelian hutang gadai janji dan berjanji akan mengekalkan kadar faedah pada paras terendah sehingga sekurang-kurangnya pertengahan 2015.

Perak, platinum dan palladium, yang digunakan secara meluas dalam perkakasan industri, juga meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan kerana minat terhadap aset berisiko meningkat selepas tindakan Rizab Persekutuan AS itu.

Emas naik 0.45 peratus kepada AS$1,774.27 seauns selepas meningkat sehingga AS$1,777.51 seauns, iaitu paras tertinggi sejak 29 Febuari.

"Selepas pergerakan yang dicatatkan, bukan sahaja semalam, tetapi lebih dua atau tiga minggu lalu, saya rasa adalah semula jadi untuk melihat tempoh penyatuan.

"Bagaimanapun, menjelang hujung tahun ini, saya akan jangkakan, harga emas akan mencecah paras sekurang-kurangnya sekitar AS$1,850," kata Tom Kendall, penganalisis di Credit Suisse London.

Sementara itu, emas tunai berada dalam keadaan kukuh untuk mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus pada minggu ini, iaitu minggu keempat menunjukkan peningkatan ketara secara berturut-turut kerana pelabur didorong oleh tindakan terbaru bank pusat untuk merangsang pertumbuhan global dengan mencetak lebih banyak tunai.

Platinum melonjak lebih dua peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan kepada AS$1,713 seauns, kerana kebimbangan terhadap bekalan.

Platinum meningkat lapan peratus pada minggu ini, iaitu peningkatan harga mingguan tertinggi yang dicatat sejak Oktober lalu.

Palladium berada pada paras enam bulan tertinggi pada AS$698.75 sementara perak meningkat kepada paras tertinggi dalam enam bulan pada AS$34.92 seauns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 September 2012

Harga emas mengalami sedikit perubahan semalam berikutan pelabur menunggu keputusan utama polisi, sehari selepas keputusan mahkamah Jerman memihak kepada dana menyelamat zon euro menjadikan bulion mencecah paras tertinggi sejak akhir bulan Febuari.

Pasaran sibuk dengan harapan bahawa Persekutuan akan mengumumkan satu lagi pusingan pelonggaran kuantitatif, yang dikenali sebagai QE3, pada kesimpulan mesyuarat dasar dua hari kemudian pada hari tersebut.

Emas ditetapkan untuk mendapatkan rangsangan lain jika jangkaan menjadi kenyataan dan pelabur memcu untuk bulion, dilihat sebagai pelindung nilai yang baik terhadap kenaikan harga.

Harga bulion naik lebih daripada dua peratus setakat ini bulan ini, diikuti kenaikan hampir lima peratus pada Ogos semasa bank pusat seluruh dunia kelihatan bersedia untuk memulakan langkah rangsangan lanjutan untuk menyembuhkan ekonomi global.

"Jika kita lihat pengumuman QE3, emas berkemungkinan mencecah sehingga AS$1,800 seauns," kata penganalisis di Jinrui Futures Shenzhen, Chen Min.

"Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kesan marginal pelonggaran kuantitatif akan berkurangan dan ia akan menjadi terlalu yakin untuk mengharapkan emas untuk berada di atas AS$1,850 walaupun QE3 diumumkan."

Semasa dagangan di Asia, emas terus bergerak dalam jajaran sempit, dengan ramai pelabur hanya menjadi pemerhati.

Emas spot berubah sedikit kepada AS$1,731.59 seauns. Emas AS juga didagangkan hampir tidak berubah pada AS$1,734.30.

Analisis teknikal menunjukkan gambaran yang kurang optimistik. Emas spot juga boleh menjejaki semula kepada AS$1,708 seauns, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Platinum spot didagangkan naik 0.8 peratus kepada AS$1,648.49. Emas premium mengatasi platinum susut kepada AS$80 seauns, satu paras yang tidak dilihat sejak April lalu.

Spot palladium naik 0.9 peratus kepada AS$677.20, selepas mencecah AS$680.50 pada dagangan awal, dalam tempoh empat bulan tinggi. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 September 2012

Harga emas naik ke paras tertinggi sejak akhir Febuari selepas mahkamah perlembagaan Jerman meluluskan pembabitan negara itu dalam dana menyelamat kekal zon euro, sekali gus meningkatkan nilai euro berbanding dolar AS.

Jurucakap polis berkata, sekitar 1,000 pelombong berkonfrontasi dengan pihak keselamatan lombong Selasa lalu di Amplats dan situasi merebak ke lokasi lain.

Amplats menyumbang hampir 40 peratus bekalan platinum global, sekitar 2.5 juta auns setahun.

Harga emas spot menokok 0.3 peratus kepada AS$1,736.20 seauns pada 0647 GMT.

Ia mencecah AS$1,741.30 Jumaat lalu, harga tertinggi sejak 29 Febuari lalu.

Emas AS pula menokok 0.2 peratus kepada AS$1,738.80.

Peserta di pasaran fizikal Asia juga menunggu sebarang langkah kuantitatif selepas rali harga baru-baru ini menggalakkan aktiviti jualan.

SPDR Gold Trust kekal pada paras tertinggi hampir enam bulan sebanyak 1,293.138 tan menjelang 11 September, naik hampir tiga peratus sejak beberapa bulan lalu.

Rizab Persekutuan dijangka melancarkan langkah kuantitatif QE3 berikutnya pada mesyuarat dua hari bermula hari ini yang bermungkinan dapat menaikkan harga emas, yang menokok tujuh peratus sejak beberapa bulan lalu mengharapkan satu lagi pakej rangsangan diperkenalkan kerajaan.

Emas kelihatan meraih manfaat daripada kenaikan nilai euro berbanding dolar AS. Situasi itu dilihat sebagai positif.

Sementara itu, harga platinum naik ke paras tertinggi dalam lima bulan semalam selepas polis Afrika Selatan berkata penunjuk perasaan menyekat jalan ke lombong milik Anglo Amerikan Platinum.

Platinum spot naik 2.0 peratus kepada AS$1,631.24 seauns pada 0905 GMT.

Harga itu naik hampir 20 peratus sejak tunjuk perasaan di lombong Lonmin yang bertukar menjadi ganas bulan lau, menyebabkan 44 mati dan ramai lagi cedera.

Logam berharga lain, palladium menokok 1.4 peratus kepada AS$674.97 seauns, paras tertinggi sejak awal Mei, manakala perak juga turut naik sebanyak 1.5 peratus kepada AS$34.02 seauns.

Sungguhpun bekalan platinum berkurangan susulan ketegangan di Afrika Selatan, penyusutan itu dilihat tidaklah terlalu besar untuk mencetuskan lebihan tahun ini yang saiznya dijangka sekitar 400,000 auns, atau tujuh peratus jumlah permintaan bersih 2011. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bau bakal pengeluar utama emas

Kuala Lumpur - Bau, Sarawak berpotensi menjadi pusat pengeluaran emas utama di Asia Tenggara berdasarkan beberapa penemuan awal sumber logam berharga itu yang menyakinkan, kata Olympus Pacific Mineral Inc, syarikat perlombongan antarabangsa berpangkalan di Toronto, Kanada.

Ia katanya, susulan kajian berdaya maju yang dilaksanakan syarikat itu bermula beberapa bulan lalu di kawasan berhampiran Jugan Hill yang mendapati kawasan tengah Bau dikatakan serupa kawasan Carlin di Utara Nevada, antara kawasan pengeluar emas terbesar di dunia.

Syarikat itu berkata, kini ia menguasai 83 peratus projek berkenaan dan akan ditingkatkan kepada 93 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, pasukan  Olympus Pacific menguji deposit metalurgi Jugan Hill yang menjadi sebahagian daripada kajian daya maju yang dijadualkan selesai pada 2013.

"Jugan Hill lebih besar daripada apa yang dilihat pada kali pertama, ia memiliki pelbagai prospek emas dan lokasi pertama melalui ujian metalurgi menyeluruh," kata syarikat itu dalam kenyataan di laman webnya.

Lingkaran metalik
Kawasan tengah Bau berpotensi menjadi pengeluar emas utama, dengan kewujudan sumber berharga itu yang dikatakan jarang dilombong sejak pertengahan abad k3-19.

Kawasan emas Bau terletak dalam lingkaran metalik Borneo, yang turut menempatkan beberapa kem pelombongan emas lain, termasuk Kelian, Mamut (emas-kuprum) dan Mt Muro.

Menerusi kajian daya maju itu, Bau mempunyai gabungan logam refraktori dan bukan refraktori sekali gus menyaksikan Olympus berminat memilih proses yang memaksimumkan penemuan serta meminimumkan kos.

"Walaupun masih awal, keputusannya sudah jelas yang membabitkan kemungkinan 90 hingga 98 peratus kadar penemuan pengoksidaan seperti yang diharapkan," katanya.

Ketua Eksekutif Olympus Pacific, John AS Seton, dipetik sebagai berkata, keputusan ujian itu akan memberi lonjakan besar kepada Bau. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 September 2012

Harga emas naik semalam, didorong oleh peningkatan euro sebelum penetapan keputusan penting oleh mahkamah Jerman mengenai status sah undang-undang bagi dana penyelamatan zon Eropah, sementara pegangan dalam produk tukaran disokong emas mencecah rekod tinggi.

Kenaikan euro kepada paras tertinggi dalam empat bulan berbanding dolar merangsang jangkaan untuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah  melonggarkan polisi kewangan, yang bakal menarik minat pelabur terhadap emas ekoran mata wang AS yang lemah.

Emas spot naik 0.5 peratus pada AS$1,732.89 seauns pada 0905 GMT. Kenaikan harga lebih 2.5 peratus dalam September untuk didagangkan pada paras tertinggi dalam enam bulan.

"Emas nampaknya sudah mempunyai penarik tersendiri, pengembalian logam itu membabitkan kejutan tetapi kurang dari segi keyakinan. Sejak permulaan September, kami melihat kenaikan ini dan segelintir daripada kami meletakkan jangkaan pada masa tertentu. Walaupun ia melepasi jangkaan, saya bimbang kenaikan ini berdaya tahan," kata Ross Norman, ketua eksekutif bagi penjualan bulion, Sharps Pixley.

"Kami kekal yakin, tetapi memikirkan emas akan hanya merekodkan kenaikan kecil daripada saat ini dalam bentuk dolar dan ketika permintaan India lemah."

Harga emas domestik yang tinggi di India mencegah aktiviti pembelian negara itu, iaitu pengguna emas terbesar dunia, dan kemungkinan ia menurunkan import sehingga satu per empat setahun, tahap membimbangkan dikalangan penganalisis emas.

Perunding emas, GFMS minggu lalu berkata, import India jatuh satu per tiga kepada 451 tan dalam separuh pertama tahun ini, sebahagian besarnya kerana polisi kerajaan membendung penggunaan, yang mungkin menekan harga logam itu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 September 2012

Harga emas berada pada paras tertinggi dalam enam  setengah bulan semalam, diransang oleh jangkaan Rezab Persekutuan akan mengambil langkah kelonggaran sewajarnya selepas data terbaru memberi gambaran suram pasaran pekerjaan Amerika Syarikat (AS).

Data pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan perlahan yang ketara pasaran pekerjaan AS bulan lalu, menyemarakkan harapan supaya Rizab Persekutuan akan mengumumkan satu lagi pusingan kelonggaran kuantitatif, juga dikenali sebagai QE3, pada mesyuarat dasar minggu ini.

Kelonggaran dasar monetari mendahului jangkaan kenaikan inflasi serta menarik pelabur kepada logam berharga itu, yang dilihat sebagai pelindung baik kenaikan harga.

"Kemungkinan untuk QE3 sudah pasti bertambah, namun risikonya juga meningkat seperti kita mengeluarkan kad terakhir dalam suatu permainan poker," kata seorang peniaga di Shanghai.

"Jika QE3 diumumkan, emas dijangka akan melepasi AS$1,800. Namun sebelum itu kita akan menyaksikan pengapungan harganya."

Spot emas ditutup turun 0.1 peratus kepada AS$1,734.14 seauns, selepas meningkat kepada AS$1,741.30 pada sesi terdahulu, paras tertingginya sejak 29 Febuari lalu.

Emas AS kehilangan 0.2 peratus kepada AS$1,736.80, menjejaskan sedikit kenaikan tiga peratusnya minggu lalu.

Analisis teknikal menunjukkan gambaran bulis untuk spot emas, memberi bayangan harganya mungkin meningkat kepada AS$1,786 pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Beberapa bulan lepas dagangan membosankan, pasaran logam berharga kembali segar bulan lalu selepas bank pusat seluruh dunia, khususnya Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah (ECB), memberi isyarat mereka akan melancarkan lebih banyak pakej rangsangan untuk membantu kesuraman ekonomi.

Spot emas melonjak tujuh peratus sejak tiga minggu lalu, manakala perak tunai meningkat 20 peratus dalam tempoh sama. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Telan Berlian Ditahan



Colombo: Seorang lelaki yang melawat satu pameran permata di Sri Lanka dilaporkan menelan sebutir berlian di hadapan pemiliknya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital oleh pihak polis.

Hasil x-ray menunjukkan permata berharga AS$13,00o (RM45,530) itu berada di dalam perut lelaki berkenaan.

Pemilik berlian yang menyertai pameran itu, Suresh Wijekoon berkata bahawa lelaki berkenaan bersikap mencurigakan di premis beliau dan apabila beliau mendekati Suspek, lelaki terbabit secara tiba-tiba menelan berlian di tangannya sebelum Suresh memaklumkan kepada pihak polis di tempat pameran berkenaan.

Chou Wan, 32, dari China ditahan untuk siasatan lanjut, kata Jurucakap polis, Ajith Rohana. 

Dalam badan 
“Laporan X-ray menunjukkan bahawa berlian itu berada dalam badan Chou,” kata pengarah hospital, Dr. Anil Jasinghe di Colombo National Hospital di mana Suspek dibawa untuk menjalani ujian.

Suresh pemilik Belgrade International Pvt Ltd berkata berlian terbabit seberat 1.5 karat dan laporkan bernilai 1.8 juta rupee Sri Lanka.

Sri Lanka tidak melombong berlian tetapi terkenal dengan batu permata lain yang amat berharga.Facets Sri Lanka 2012 adalah pameran batu permata dan perhiasan tahunan terbesar negara berkenaan dan ia menarik sejumlah besar pembeli dalam dan luar negara.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 07 September 2012

Singapura: Harga emas berubah sedikit semalam dengan kedudukan hampir kepada prestasi tertinggi dalam tempoh 4.5 bulan yang dicapai awal minggu ini dirangsang harapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke dijangka mengumumkan langkah rangsangan ekonomi baru dalam pertemuan wakil bank pusat lewat semalam.

Jongkong emas itu dilihat kalis inflasi berdasarkan peningkatannya hampir tiga peratus bulan ini, iaitu peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut.

Saya berpendapat situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS,” kata Analisis Phillip Futures, Lynette Tan, merujuk kepada langkah besar-besaran AS menjimatkan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang bermula tahun depan.

Sekiranya pelabur kecewa dengan Bernanke nanti, kita mungkin akan melihat aktiviti penjualan yang kecil namun saya tidak melihat emas akan jatuh secara mendadak. Sokongannya sekitar AS$1,620.” katanya.

Harga emas berubah sedikit kepada AS$1,655.40 seauns pada 0620 GMT, hampir kepada tahap tertinggi 4.5 bulan pada AS$1,676.45 yang dicapainya pada Isnin lalu.

Harga emas AS juga berubah sedikit kepada AS$1,657.70 seauns. Pusingan pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS sebelum ini berjaya merendahkan kadar faedah dan merangsang ekonomi AS yang teramat lemah.

Emas melonjak sekitar AS$1,790 pada Februari tahap tertingginya sehingga kini dalam 2012, selepas Rizab Persekutuan pada ketika itu berkata mereka akan mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar menjelang akhir 2014.

Sejak itu, harga jatuh sehingga tujuh peratus apabila tiada tanda-tanda kelonggaran selanjutnya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daftar Online sebagai Pembeli Public Gold

Di sini saya ingin berkongsi maklumat cara untuk mendaftar sebagai pembeli emas daripada Syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd secara PERCUMA atas talian (online).

Anda hanya perlu ke laman sesawang Public Gold atau pun klik di sini : REGISTER

Isikan maklumat yang diperlukan dan jangan lupa masukkan dalam ruangan Introducer , Introducer Name dan Introducer Mobile seperti di bawah :

Introducer              : PG004158
Introducer Name   : MOHD AZHAR BIN KORDI
Introducer Mobile  : 0123578910

   
Setelah anda mendaftar, maka anda boleh memilih dan membeli gold bar, dinar, barang kemas,  silver bar atau pun dirham, bergantung kepada budget masing-masing. Apabila anda membeli barangan Public Gold seperti 1 keping dinar @ dirham, maka anda telah berjaya menjadi pelanggan Public Gold.

Melalui laman sesawang ini, anda tidak memerlukan orang tengah untuk membeli produk Public Gold. Amat mudah untuk membeli, iaitu :

  1. Cuma login dan lock harga (tidak kira waktu 24 jam & 7 hari seminggu).
  2. Terima invois melalui email.
  3. Bayar item yang ditempah melalui Maybank @ Public Bank. (email @ fax bukti pembayaran ke HQ Public Gold Penang).
  4. Ambil item yang ditempah di Cawangan Public Gold yang berdekatan. 


Untuk menjadi ejen Public Gold, anda perlu membeli barangan PG bernilai RM20,000 dalam satu resit, kemudian barulah status anda akan ditukar daripada pelanggan kepada ejen.

Apa-apa pertanyaan, boleh hubungi atau SMS ke no telefon di atas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 September 2012

Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan semalam, menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang berkemungkinan akan menggariskan rancangan terbarunya untuk menangani krisis hutang serta menarik pelaburan baru di pasaran anggota.

ECB akan mengadakan mesyuarat dasarnya yang mana ia dijangka akan mengekalkan penanda aras kadar faedah zon euro tidak berubah pada 0.75 peratus.

Namun, Presiden ECB, Mario Draghi dilihat berdepan tekanan untuk menyegerakan rancangan membeli bon berdaulat kerajaan negara Kesatuan Eropah (EU) yang terdedah dengan krisis hutang bagi menangani peningkatan kos pinjaman negara terbabit.

Emas, yang mendapat faedah daripada persekitaran kadar faedah yang rendah dan sokongan kepada mata wang euro untuk meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kelihatan boleh naik dan mencecah paras tertinggi baru jika hasil mesyuarat ECB memperincikan rancangnnya dalam menyelamatkan mata wang tunggal EU itu.

Harga rujukan emas meningkat 1.0 peratus kepada AS$1,709.54 seauns menjelang 0850 GMT, iaitu paras tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Mac lalu.

Harga emas dalam mata wang euro meningkat ke paras tertinggi baru tahun ini iaitu sekitar 1,354.50 euro untuk seauns, paras tertinggi sejak 12 September tahun lalu yang mana harga mencecah rekod 1,373.92 euro seauns.

Harga emas yang didagangkan dalam mata wang euro itu kali terakhir meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada 1,354.00 euro, manakala mata wang Eropah tunggal itu pula didagangkan hampir ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS.

"Wujud sedikit khabar angin yang melonjakkan aktiviti belian di pasaran semalam, dan jika berlakunya sebarang pembetulan mengenai harga sama ada ia berdasarkan fakta atau tidak, kita perlu tunggu dan lihat.

"Apa yang jelas adalah jika harga meningkat dan melepasi paras AS$1,700 seauns ia berikutan peningkatan kemasukan momentum wang tambahan yang dilaburkan dalam komoditi berharga itu. - REUTERS
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang ramai diingat waspada skim pelaburan haram

Komenter daripada admin : Kalau nak melabur emas, carilah syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.


Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap pelbagai skim pengambilan deposit dan pelaburan haram, khususnya emas yang menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur.

Skim berkenaan, tegas bank pusat itu menawarkan pulangan lumayan dalam tempoh masa pendek yang disertakan dengan opsyen belian balik emas terbabit.

"Skim demikian mungkin ialah 'skim cepat kaya' atau dipanggil 'skim Ponzi' yang mana wang pelaburan yang dikumpulkan kemudian digunakan untuk membayar 'pulangan lumayan' kepada pelabur lain.

"Justeru, skim terbabit ternyata haram dan adalah satu penipuan apabila orang ramai mungkin kehilangan semua wang mereka," kata Bank Negara menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Hubungi pihak berkuasa
Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak berkuasa berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan sangat menarik, namun tidak mendapat lesen daripada pihak berkuasa.

"Begitupun, orang ramai masih boleh membeli dan menjual emas," kata bank pusat itu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Bank Negara meminta orang ramai merujuk kepada 'Senarai Semua Pengguna Kewangan' yang dikeluarkannya.

Senarai Peringatan
Senarai Peringatan kepada 'Semua Pengguna Kewangan' itu merujuk kepada senarai individu atau syarikat yang disalah anggap mendapat lesen atau dibenarkan oleh pegawal selia termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Ia juga mengandungi maklumat syarikat atau individu yang tidak mendapat lesen daripada mana-mana pengawal selia dan Bank Negara sendiri menerima pelbagai pertanyaan mengenai kumpulan itu daripada orang ramai.

Bank Negara berkata, senarai itu bukan maklumat sepenuhnya dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Peringatan kepada 'Semua Pengguna Kewangan' ini boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia di www,bnm.gov.my," katanya.

Dipetik Daripada Berita Harian
06/09/2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 September 2012

Harga emas turun semalam, sejajar dengan penurunan euro tetapi masih hampir pada paras tinggi enam bulan yang direkodkan pada sesi sebelumnya ketika sekumpulan data lemah Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengukuhkan harapan rangsangan ekonomi.

Data menunjukkan , zon Eropah kemungkinan besar kembali meleset pada suku semasa, dengan sektor swasta blok itu mengucup untuk tuhuj bulan berturut-turut dan kesan sampingan krisis yang kian merebak sehingga ke Jerman.

Indeks komposit Ogos PMI, yang mengukur sektor pengilangan dan perkhidmatan serentak, jatuh kepada 46.3, diunjurkan semula daripada bacaan singkat sebanyak 46.6 dan di bawah 46.5 pada Julai lalu.

Selasa lalu, data menunjukkan bahawa aktiviti pengilangan mengucup paling tinggi dalam lebih tiga tahun pada bulan lalu, merangsang harapan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan bertindak dalam masa terdekat bagi menyokong ekonomi yang tenat itu.

Harga emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,690.71 seauns pada 0947 GMT. Emas AS turun 0.14 peratus kepada AS$1,693.60.

Bank Pusat Eropah (ECB) juga semakin tertekan sebelum mesyuarat penetapan polisi hari ini, untuk menggariskan mengurangkan kos pinjaman di Sepanyol dan Itali.

"Pasaran kini yakin sesuatu akan dilakukan oleh Persekutuan, tetapi ia tidak menjangkakan rangsangan besar-besaran. Rangsangan yang akan digariskan ECB akan mempunyai kesan lebih besar kerana ia mengawal kos pinjaman Sepanyol dan Itali daripada tumbuh tinggi," kata pakar strategi kanan komoditi di Societe Generale, Jesper Dannesboe.

Ketika dalam mesyuarat akhir, ECB menyatakan bahawa ia sedang menimbangkan pembelian bon kerajaan bagi negara yang dibebani hutang tinggi, sambil menambah pada Isnin lalu pembelian bon sehingga tahap matang tiga tahun tidak ditakrifkan sebagai bantuan itu.

Bagaimana, pelabur terutama dana kerajaan menyatakan langkah ECB mungkin  tidak menepati apa yang ditunggu-tunggu pasaran. Kebimbangan itu lebih kepada euro berbanding dolar, menjadikan emas berharga lebih mahal kepada pelabur Eropah. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 04 September 2012

Emas berada di paras kukuh di tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan semalam, dilonjakkan prospek suntikan pencairan lanjutan daripada Rizab Persekutuan AS yang akan menetapkan dolar di bawah tekanan.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, dalam ucapannya minggu lalu mencadangkan bank pusat akan menggunakanlebih langkah polisi luar biasa untuk mengekalkan kadar faedah ke taraf terendah yang kini melonjakkan aset yang sangat bergantung kepada pertumbuhan seperti komoditi dan saham.

Pelabur mengekalkan pegangan emas yang lebih besar hasil dana diraih daripada dagangan bursa selepas aliran masuk besar-besaran ke dalam logam itu pada Ogos lalu.

Ura-ura Bank Pusat Eropah yang dilihat akan mengumumkan pelannya menyelesaikan krisis hutang di zaon euro itu bakal melonjakkan wata wang itu ke tahap tertinggi tahun ini.

Analisis berkata skop kekecewaan daripada bank pusat itu atau rizab persekutuan mungkin akan mengurangkan peningkatan dalam emas ketika ini.

Harga emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,693.30 seauns pada 0805 GMT.

"Bagi rali yang lebih mapan ia perlu melepasi AS$1,700, kamu mungkin memerlukan langkah yang lebih pasti daripada bank pusat ECB dan usaha merendahkan dolar," kata analisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 September 2012

Emas berlegar sekitar lima bulan tertinggi semalam dipacu pengukuhan petunjuk daripada minggu Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) lalu yang bank itu akan bertindak menyokong pertumbuhan hasil daripada bukti kukuh yang menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam permintaan pelabur.

Harganya naik 4.8 peratus pada Ogos sekali gus mencatatkan pengukuhan bulan ke tiga berturut-turut peningkatan terbesar dalam harganya sejak Januari, diransang dengan harapan Rizab Persekutuan akan memberikan  petanda yang ia mungkin akan memulakan program pembelian bon multi-trillion bagi mengekalkan kadar faedah yang rendah.

Harga emas susut sebanyak 0.2 peratus AS$1,686.96 seauns pada dagangan awal pagi selepas mencecah tahap tertinggi lima bulan iaitu AS$1,692.71 pada Jumaat manakala apabila ia meningkat 2.1 peratus iaitu rali terbesarnya dalam sehari sejak Jun lalu.

"Pelabur menunggu Jackson Hole. Terdapat banyak cakap-cakap dikalangan pelabur yang terpaksa menyimpan sendiri wang mereka tanpa dilaburkan di mana-mana kerana mereka tidak mempunyai keyakinan untuk melabur," kata Ketua Dagangan MKS Finance, Afshin Nabavi.

"Jadi mereka berharap sama ada di tahap yang lebih murah yang mana saya tidak mungkin ia akan dilaksanakan kini atau membeli sekarang pada harga AS$1,700.

"Berdasarkan kegawatan ketika ini dari segi politik atau ekonomi, saya merasakan terdapatnya kemungkinan emas akan meningkat kepada AS$2,000, namun adakah ia akan mampu mencecah tahap tertinggi AS$1,920."

Harga emas dalam dolar masih kekal di bawah 12 peratus sejak September sebanyak AS$1,920.30, manakala emas dalam dagangan euro hanya di bawah dua peratus, daripada rekodnya sebanyak 1,373.92 euro seauns sejak 11 bulan yang lalu ekoran krisis hutang di zon euro - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROMPAKAN KEDAI EMAS : Tebuk Dinding Rompak Barang Kemas



Sungai Siput: Sekumpulan penjenayah bertindak menebuk dinding premis kosong bersebelahan kedai emas di Jalan Besar Sungai Siput, dekat sini, bagi melarikan puluhan barang kemas, pagi semalam.

Kejadian itu disedari pada jam 9 pagi ketika seorang daripada pekerja kedai berkenaan membuka premis berkenaan untuk memulakan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata penjenayah terbabit dikesan menebuk dinding premis bersebelahan sebelum mematikan sistem penggera keselamatan di premis perniagaan itu.

“Semua barang kemas yang dipamer dalam kedai dilarikan dan setakat ini dianggarkan jumlah kerugian lebih RM100,0oo. Maklumat awal mendapati, kedai emas itu ditutup semalam kerana cuti hujung minggu dan kita tidak menolak penjenayah terbabit mengambil kesempatan itu memecah masuk kedai berkenaan.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, sumber berkata, penjenayah terbabit menebuk lubang pada dinding premis kosong itu berukuran diameter kira-kira 0.5 meter bagi memudahkan mereka memboloskan diri.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 31 Ogos 2012

harga emas meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan kerana peniaga menumpukan perhatian kepada kemungkinan pembelian lebih banyak aset daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, harga logam berharga itu menamatkan sesi dagangan minggu lalu dalam keadaan tidak berubah.

"Kenyataan oleh Perngerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Bernanke bahawa beliau tidak akan melaksanakan pembelian aset selanjutnya menyaksikan harga logam berharga itu meningkat semula," kata penganalisis CMC Markets, Michael Hewson.

Di London Bullion Market, harga emas jatuh pekada AS$1,648.50 seauns daripada AS$1,667 yang dicactatkan pada minggu sebelumnya.

Harga perak meningkat kepada AS$30.52 seauns daripada AS$30.37 seauns.

Di London Platinum dan Pasaran Palladium, platinum berkurang kepada AS$1,517 seauns daripada AS$1,537.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rangsangan baru ekonomi tingkat prestasi emas

Komenter daripada admin : Emas adalah salah satu portfolio pelaburan yang menguntungkan. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Daftar Online sebagai Pembeli Public Gold". Klik SINI.


Singapura - Harga emas berubah sedikit semalam dengan kedudukan hampir kepada prestasi tertinggi dalam tempoh 4.5 bulan yang dicapai awal minggu ini dirangsang harapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke dijangka mengumumkan langkah rangsangan ekonomi baru dalam pertemuan wakil bank pusat lewat semalam.

Jongkong emas itu dilihat kalis inflasi berdasarkan peningkatannya hampir tiga peratus bulan ini, iaitu peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut.

"Saya berpendapat situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS," kata Analisis Phillip Futures, Lynette Tan, merujuk kepada langkah besar-besaran AS menjimatkan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang bermula tahun depan.

Pelaburan alternatif
"Saya menjangkakan pelabur emas akan mempertimbangkan perkara ini, dan terus mengekalkan keinginan mereka kepada emas sebagai pelaburan alternatif.

"Sekiranya pelabur kecewa dengan Bernanke nanti, kita mungkin akan melihat aktiviti penjualan yang kecil namun saya tidak melihat emas akan jatuh secara mendadak. Sokongan sekitar AS$1,620," katanya.

Harga emas terus berubah sedikit kepada AS$1,655.40 seauns pada 0620 GMT, hampir pada tahap tertinggi 4.5 bulan pada AS$1,676.45 yang dicapai pada Isnin lalu.

Harga emas AS juga berubah sedikit kepada AS$1,657.70 seauns.

Pusingan pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS sebelum ini berjaya merendahkan kadar faedah dan merangsang ekonomi AS yang teramat lemah.

Emas ,melonjak sekitar AS$1,790 pada Febuari tahap tertingginya sehingga kini dalam 2012, selepas Rizab Persekutuan pada ketika itu berkata mereka akan mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar menjelang akhir 2014.

Sejak itu, harga jatuh sehingga tujuh peratus apabila tiada tanda kelonggaran selanjutnya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS