Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Orang ramai diingat waspada skim pelaburan haram

Komenter daripada admin : Kalau nak melabur emas, carilah syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.


Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap pelbagai skim pengambilan deposit dan pelaburan haram, khususnya emas yang menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur.

Skim berkenaan, tegas bank pusat itu menawarkan pulangan lumayan dalam tempoh masa pendek yang disertakan dengan opsyen belian balik emas terbabit.

"Skim demikian mungkin ialah 'skim cepat kaya' atau dipanggil 'skim Ponzi' yang mana wang pelaburan yang dikumpulkan kemudian digunakan untuk membayar 'pulangan lumayan' kepada pelabur lain.

"Justeru, skim terbabit ternyata haram dan adalah satu penipuan apabila orang ramai mungkin kehilangan semua wang mereka," kata Bank Negara menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


Hubungi pihak berkuasa
Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak berkuasa berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan sangat menarik, namun tidak mendapat lesen daripada pihak berkuasa.

"Begitupun, orang ramai masih boleh membeli dan menjual emas," kata bank pusat itu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Bank Negara meminta orang ramai merujuk kepada 'Senarai Semua Pengguna Kewangan' yang dikeluarkannya.

Senarai Peringatan
Senarai Peringatan kepada 'Semua Pengguna Kewangan' itu merujuk kepada senarai individu atau syarikat yang disalah anggap mendapat lesen atau dibenarkan oleh pegawal selia termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Ia juga mengandungi maklumat syarikat atau individu yang tidak mendapat lesen daripada mana-mana pengawal selia dan Bank Negara sendiri menerima pelbagai pertanyaan mengenai kumpulan itu daripada orang ramai.

Bank Negara berkata, senarai itu bukan maklumat sepenuhnya dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Peringatan kepada 'Semua Pengguna Kewangan' ini boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia di www,bnm.gov.my," katanya.

Dipetik Daripada Berita Harian
06/09/2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment