Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 September 2012

Harga emas turun semalam, sejajar dengan penurunan euro tetapi masih hampir pada paras tinggi enam bulan yang direkodkan pada sesi sebelumnya ketika sekumpulan data lemah Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengukuhkan harapan rangsangan ekonomi.

Data menunjukkan , zon Eropah kemungkinan besar kembali meleset pada suku semasa, dengan sektor swasta blok itu mengucup untuk tuhuj bulan berturut-turut dan kesan sampingan krisis yang kian merebak sehingga ke Jerman.

Indeks komposit Ogos PMI, yang mengukur sektor pengilangan dan perkhidmatan serentak, jatuh kepada 46.3, diunjurkan semula daripada bacaan singkat sebanyak 46.6 dan di bawah 46.5 pada Julai lalu.

Selasa lalu, data menunjukkan bahawa aktiviti pengilangan mengucup paling tinggi dalam lebih tiga tahun pada bulan lalu, merangsang harapan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan bertindak dalam masa terdekat bagi menyokong ekonomi yang tenat itu.

Harga emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,690.71 seauns pada 0947 GMT. Emas AS turun 0.14 peratus kepada AS$1,693.60.

Bank Pusat Eropah (ECB) juga semakin tertekan sebelum mesyuarat penetapan polisi hari ini, untuk menggariskan mengurangkan kos pinjaman di Sepanyol dan Itali.

"Pasaran kini yakin sesuatu akan dilakukan oleh Persekutuan, tetapi ia tidak menjangkakan rangsangan besar-besaran. Rangsangan yang akan digariskan ECB akan mempunyai kesan lebih besar kerana ia mengawal kos pinjaman Sepanyol dan Itali daripada tumbuh tinggi," kata pakar strategi kanan komoditi di Societe Generale, Jesper Dannesboe.

Ketika dalam mesyuarat akhir, ECB menyatakan bahawa ia sedang menimbangkan pembelian bon kerajaan bagi negara yang dibebani hutang tinggi, sambil menambah pada Isnin lalu pembelian bon sehingga tahap matang tiga tahun tidak ditakrifkan sebagai bantuan itu.

Bagaimana, pelabur terutama dana kerajaan menyatakan langkah ECB mungkin  tidak menepati apa yang ditunggu-tunggu pasaran. Kebimbangan itu lebih kepada euro berbanding dolar, menjadikan emas berharga lebih mahal kepada pelabur Eropah. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment