Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Januari 2014


Emas gagal bertahan kenaikan semalaman pada Khamis berikutan sokongan berkurangan daripada pembeli utama China disebabkan persiapan Cuti Tahun Baru Cina.

Pasaran di China, pembeli emas terbesar dunia, ditutup seminggu mulai Jumaat tetapi dagangan sudah mula perlahan pada Khamis.

Pembelian jongkong emas dari tanah besar kukuh sebelum sambutan Tahun Baru Cina kerana dipercayai dapat menambah rezeki.

Permintaan dari China kebiasannya adalah penyokong harga terbesar pada dagangan Asia, berkurangan. Pelabur turut tidak memasuki pasaran ekuiti.

Pelaburan selamat lain seperti yen menokok.

"Minat belian kukuh dari China yang dilihat pada minggu pertama Januari kelihatan bersedia menjadi lebih reda selepas sambutan tahun baru itu," kata Ketua Penyelidik Komoditi di Commerzbank, Eugen Weinberg.

Beliau berkata, emas berkemungkinan tidak akan berupaya mempertahankan sebarang rali kerana ketiadaan pelabur China.

Emas semerta susut 0.5 peratus kepada AS$1,261.81 seauns pada 0308 GMT, selepas menokok hampir satu peratus pada Rabu.

Perak susut 1.2 peratus, menjajaki emas.

Premium bagi emas ketulenan 99.99 peratus di Shanghai Gold Exchange jatuh di bawah AS$4 seauns daripada AS$5.50 seauns pada Rabu.

Ia mencecah paras tertinggi AS$20 pada awal bulan.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menyaksikan aliran masuk pelaburan di luar jangkaan pada Rabu dengan pegangan meningkat sebanyak 2.10 tan kepad 792.56 tan.

Bagaimanapun, pegangan masih berada di paras terendah hampir lima tahun.

"Harga emas hanya mula naik pertengahan tahun ini, rali yang lebih bertenaga boleh dijangkakan sekiranya aliran keluar ETF berakhir, yang mana kita jangka akan berlaku pada separuh kedua tahun ini," kata Weinberg.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 Januari 2014


Kontrak hadapan emas meneruskan kenaikan sesi ketiga pada Isnin, tertinggi dalam sebulan selepas laporan kejatuhan pekerjaan AS yang mencetuskan rangsangan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Kelemahan dolar AS juga menyokong kenaikan walaupun permintaan fizikal di China yang menjadi pengguna terbesar di dunia turut menyusut berikutan kenaikan harga.

Emas AS meningkat 0.3 peratus pada AS$1,250.15 seauns selepas pada awal mencecah AS$1,254.05, menjadi yang tertinggi sejak Disember 2012.

"Harga terus mungkin meningkat sehingga AS$1,267 kerana ia adalah musim pendapatan bagi ekuiti AS, banyak kekecewaan besar dalam pendapatan syarikat juga boleh mengarahkan beberapa dana kembali kepada emas," kata penganalisis pelaburan Phillip Futures Sdn Bhd.

Bagaimanapun, sentimen ekonomi makro terus menjejaskan emas, terutama kadar hasil bon terus meningkat dan prospek dolar AS kekal cergas.

Emas kehilangan hampir 30 peratus daripada nilai pada 2013 apabila data ekonomi AS mendorong untuk merangsang kembali Fed.

Bagaimanapun pada Januari, harga emas telah disokong oleh ekuiti yang lemah dan permintaan yang kukuh di China menjelang Tahun Baru Cina.

Kelembapan dalam aliran keluar dari SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia juga telah membantu harga emas.

Pasaran percaya laporan pekerjaan yang lemah boleh mendorong Fed untuk meneruskan dengan berhati-hati dalam tirus rangsangan bersejarah monetari.

Fed bulan lalu mengumumkan potongan pertama kepada AS$85 bilion pembelian bon bulanan. Data-data lain pada Jumaat menunjukkan bahawa dana lindung nilai dan tukaran wang dibangkitkan kedudukan panjang bersih dalam niaga hadapan emas dan pilihan untuk minggu kedua berturut-turut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 Januari 2014


Dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah pada minggu ini yang singkat berikutan cuti umum dua hari dengan logam berharga itu diunjurkan diniagakan di bawah RM128 segram.

Pasaran tempatan akan ditutup pada Selasa dan Jumaat sempena cuti umum.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran akan mengikut prestasi logam di New York Commodity Exchange (COMEX).

Beliau berkata, dagangan dijangka kekal berhati-hati selepas sentimen akan dipengaruhi oleh data pekerjaan AS yang dikeluarkan pada Jumaat.

"Data itu dijangka positif dan ini akan mengalih tumpuan pelabur kepada pasaran ekuiti dan dolar AS," katanya.

Bagi asas mingguan, Januari 2014 susut enam sen atau 12 mata asas kepada RM129.95 segram, manakala Febuari 2014, Mac 2014 dan April 2014 juga berkurang enam sen atau 12 mata asas kepada setiap satu masing-masing kepada RM130.30 segram.

Jumlah dagangan naik kepada 1,910 lot bernilai RM24.82 juta berbanding 1,779 lot bernilai RM22.76 juta yang dicatatkan minggu lalu.

Pada Jumaat, kepentingan terbuka bertambah kepada 1,425 kontrak berbanding 1,084 kontrak yang dicatatkan Jumaat lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS