Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Januari 2014


Emas gagal bertahan kenaikan semalaman pada Khamis berikutan sokongan berkurangan daripada pembeli utama China disebabkan persiapan Cuti Tahun Baru Cina.

Pasaran di China, pembeli emas terbesar dunia, ditutup seminggu mulai Jumaat tetapi dagangan sudah mula perlahan pada Khamis.

Pembelian jongkong emas dari tanah besar kukuh sebelum sambutan Tahun Baru Cina kerana dipercayai dapat menambah rezeki.

Permintaan dari China kebiasannya adalah penyokong harga terbesar pada dagangan Asia, berkurangan. Pelabur turut tidak memasuki pasaran ekuiti.

Pelaburan selamat lain seperti yen menokok.

"Minat belian kukuh dari China yang dilihat pada minggu pertama Januari kelihatan bersedia menjadi lebih reda selepas sambutan tahun baru itu," kata Ketua Penyelidik Komoditi di Commerzbank, Eugen Weinberg.

Beliau berkata, emas berkemungkinan tidak akan berupaya mempertahankan sebarang rali kerana ketiadaan pelabur China.

Emas semerta susut 0.5 peratus kepada AS$1,261.81 seauns pada 0308 GMT, selepas menokok hampir satu peratus pada Rabu.

Perak susut 1.2 peratus, menjajaki emas.

Premium bagi emas ketulenan 99.99 peratus di Shanghai Gold Exchange jatuh di bawah AS$4 seauns daripada AS$5.50 seauns pada Rabu.

Ia mencecah paras tertinggi AS$20 pada awal bulan.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menyaksikan aliran masuk pelaburan di luar jangkaan pada Rabu dengan pegangan meningkat sebanyak 2.10 tan kepad 792.56 tan.

Bagaimanapun, pegangan masih berada di paras terendah hampir lima tahun.

"Harga emas hanya mula naik pertengahan tahun ini, rali yang lebih bertenaga boleh dijangkakan sekiranya aliran keluar ETF berakhir, yang mana kita jangka akan berlaku pada separuh kedua tahun ini," kata Weinberg.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment