Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Febuari 2014


Emas menokok lebih tinggi pada Jumaat dan bergerak lancar ke arah peningkatan tertinggi untuk tempoh enam minggu ketika pembeli cina kini kembali ke pasaran selepas cuti panjang, manakala pelabur menunggu pengumuman laporan penggajian AS bagi mendapatkan petunjuk pertumbuhan ekonomi.

Pengambilan kerja AS kelihatannya kembali pulih selepas mencatatkan paras terendah untuk tempoh tiga tahun pada Januari dan mengekalkan kadar penggangguran yang lebih stabil pada 6.7 peratus berdasarkan undian Reuters dikalangan ahli ekonomi.

Bagaimanapun mereka berpendapat memberi amaran cuaca suhu melampau akan memberikan kesan.

"Pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat, dengan spekulasi biasa yang berlegar ketika pengumuman angka penggajian AS, jika angka yang teruk, emas akan mengukuh dan jika mengejutkan angka itu kembali meningkat emas secara logiknya akan menurun," kata analisis Mitsubishi Corp," Jonathan Butler.

" Namun walaupun dengan angka yang mengecewakan, corak untuk menjualnya dan menolak rali mungkin akan tidak berubah," katanya.

"Ini bermaksud kita kini menghampiri paras rintangan AS$1,270 dan jika kita berjaya melepasinya ia mampu meningkat lebih tinggi pada Jumaat dan kemudiannya ke paras seterusnya sekitar AS$1,300.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan kembalinya semula pelabur cina ke dalam pasaran selepas bercuti panjang selama seminggu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Seorang peniaga berkata  pasaran juga dijangka  menerima lebih banyak somongan selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Junior India bahawa kerajaan negara itu tidak merancang mengurangkan cukai ke atas import emas.

"Kedua-dua faktor tersebut akan memberi kesan kepada pasaran logam berharga itu minggu ini dan kami hanya boleh berharap harga akan naik lebih tinggi dan kukuh," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, harga emas rendah pada permulaan minggu lalu berada dalam aliran meningkat disokong oleh pembabitan peniaga cina.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Januari 2014 dan Febuari 2014 masing-masing naik 29 matadan 31 mata kepada RM135.15 segram dan RM135.45 segram.

Jumlah dagangan turun kepada 781 lot bernilai RM10.52 juta daripada 1,284 lot bernilai RM17.41 juta minggu sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment