Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Febuari 2014


Harga emas rujukan semalam meningkat mencecah paras tertinggi dalam hampir tiga bulan dengan pelabur kini mula mencari petunjuk baru dari Pengerusi Rizab Persekutuan Amerka Syarikat (AS) yang baharu berhubung langkah beliau mengenai program rangsangan ekonomi negara itu.

Pengerusi Fed yang baru, Janet Yellen bakal membuat kenyataan sulungnya kepada Kongres pada Selasa dan Rabu.

Niaga hadapan emas AS meningkat satu peratus, peningkatan untuk hari kelima berturut-turut. Ia juga adalah tempoh peningkatan paling lama yang pernah dicatatkan sejak Ogos 2012.

Harga rujukan emas AS itu juga disokong oleh nilai dolar AS yang lemah, iaitu susut hampir ke paras terendah dalam tempoh dua minggu berbanding sekumpulan mata wang utama dunia lain.

Yellen akan mengeluarkan kenyataan pertamanya di depan House Financial Services Committee pada 1500 GMT dan mungkin akan berdepan beberapa soalan berhubung dengan pasaran kerja dan kadar masa depan program rangsangan ekonomi AS.

Pengumuman data ekonomi AS yang lemah baru-baru ini, termasuk laporan senarai gaji pekerjaan yang dikeluarkan Jumaat lalu, kebanyaknya adalah sama seperti yang dijangkakan pasaran, sekali gus menguatkan lagi jangkaan bahawa Fed mungkin akan memperlahankan langkah pembelian bon kerajaan AS berbanding jangkaansebaliknya.

"Isyarat yang mengaitkan Fed akan memberhentikan sementara waktu program pembelian bonnya mungkin tidak boleh diketepikan begitu sahaja memandangkan data pengganguran AS lemah yang kita lihat akhir-akhir in, dan semua dikuatkan lagi angka sektor pembuatan yang lemah," kata penganalisis INTL FCStone," Edward Meir.

"Jik Yellen benar-benar memberikan isyarat bahawa Fed boleh menghentikan langkah pengurangan pembelian bon itu buat sementara waktu ekoran keadaan ekonomi AS yang semakin lemah, ia bakal meningkatkan aktiviti pembelian bagi emas dan ekuiti AS, sekali gus memecahkan pemulihan kembali prestasi kedua-dua pasaran berkenaan, kata Meir.

Harga rujukan emas naik 0.8 peratus kepada AS$1,283.95 seauns pada 0745 GMT, selepas bertumbuh 1.4 peratus dalam dua sesi sebelumnya.

Logam berharga itu meningkat sebanyak satu peratus kepada AS$1,287.01 seauns dalam sesi awal dagangannya, iaitu paras tertinggi yang pernah dicatatkan  sejak pertengahan November lalu.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran April meningkat sebanyak satu peratus kepada AS$1,287.50 seauns, juga paras tertinggi yang pernah dicatatkan dalam hampir tiga bulan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment