Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Febuari 2014


Harga emas jatuh sedikit semalam, berikutan rali dalam pasaran saham. Bagaimanapun, ia masih didagangkan menghampiri paras tertingginya dalam tempoh tiga bulan berikutan jaminan Pengerusi Rizab Persekutuan yang baru, tidak ada perubahan mendadak dalam dasar kewangan AS.

Kenyataan pertama beliau selepas menjadi Pengerusi Rizab Persekutuan bulan ini, Janet Yellen telah menekankan kesinambungan pendekatan dasar yang akan diteruskan daripada oleh pemimpin sebelumnya, Ben Bernanke.

"Kita dijangka melihat tinjauan lebih positif bagi harga emas bulan ini dengan penyertaan juga meningkat sedikit. Bagaimanapun mungkin tidak banyak dari segi keuntungan," kata peniaga logam berharga berpengkalan di Hong Kong.

Walaupun pembeli didorong oleh faktor teknikal enggan melakukan pelaburan banyak dalam rali kerana prestasi ekuiti yang lebih baik, kata peniaga itu.

Harga emas turun 0.4 peratus kepada AS$1,287 seauns selepas mencatatkan peningkatan 2.7 peratus dalam tiga sesi sebelumnya.

Emas kembali pulih secara sederhana tahun ini, mencatatkan peningkatan tujuh peratus, di tengah-tengah dan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi China dan pasaran baru muncul. Ia susut 28 peratus tahun lalu sebagai Rizab Persekutuan bersedia untuk mengurangkan pembelian bon, yang dilihat menyokong harga logam berharga itu.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mengakhiri dagangan lebih tinggi semalam berikutan kejatuhan nilai dolar AS.

Peniaga berkata, peningkatan harga didorong oleh nilai dolar yang lebih rendah selepas Yellen berkata pemulihan pasaran buruh AS masih jauh daripada pengangguran biasa.

Bagaimanapun, dagangan dalam kontrak hadapan emas adalah dalam jumlah kecil menjelang data pengangguran AS yang akan dikeluarkan Khamis ini.

Kontrak semasa Febuari 2014 meningkat dua mata asas untuk ditutup pada RM137.20 segram, Mac 2014 menambah lim mata asas kepada RM137.65 segram manakala April 2014 pada RM138.15 segram.

Jumlah dagangan jatuh kepada 245 lot berbanding 661 lot kelmarin mankala kedudukan terbuka ditutup lebih rendah pada 1,838 kontrak berbanding 1,998 kontrak sebelumnya.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas susut 10 sen kepada RM133 segram berbanding RM133.10 segram kelmarin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment