Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Febuari 2014


Emas berlegar di paras tertinggi tiga bulan semalam dan kelihatan berkemampuan melepasi paras AS$1,300.

Ia berikutan jangkaan langkah pengurangan monetari berperingkat AS mengimbangi sebarang impak negatif daripada pasaran saham.

Emas semerta susut kepada AS$1,289.10 seauns pada 0713 GMT, tidak jauh daripada paras tertinggi tiga bulan AS$1,295.91 Rabu lalu.

Peniaga berkata, terdapat sokongan teknikal bagi menguji paras AS$1,300 yang dicatatkan pada 8 November.

Emas, disifatkan sebagai pelaburan selamat, kebiasaannya bergerak arah bertentanga  berbanding pasaran saham, sungguhpun hubungkait itu tidak begitu ketara kebelakangan ini.

"Ia tidak logik dengan emas naik apabila pulangan bon perbendaharaan turut meningkat," kata peniaga di Hong Kong.

"Bagaimanapun, saya berpendapat terdapat cukup momentum teknikal untuk menolak harga melepasi AS$1,300 hari ini. Terdapat ruang ia bergerak sehingga AS$1,310 dan AS$1,315."

Pasaran Asia mencatat paras tertinggi tiga minggu semalam, menandakan ekonomi global yang semakin mengukuh.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen, sebelum ini berkata beliau tidak akan membuat perubahan besar dalam komitmen Rizab Persekutuan.

Ada pelabur mengharapkan data pekerjaan lemah baru-baru ini akan merangsang Rizab Persekutuan untuk memperlahankan usaha mengurangkan pembelian bon bulanan.

"Dalam jangka pendek, penutupan melepasi paras psikologi AS$1,300 akan memberikan sokongan tambahan kepada jongkong emas, manakala kegagalan melepasi paras itu dijangka mengundang aktiviti pengambilan untung," kata HSBC dalam satu nota penyelidikan.

"Emas memerlukan faktor kukuh untuk melepasi AS$1,300."

Permintaan fizikal berkemungkinan perlahan sekiranya harga melepasi AS$1,300.

Pembeli dari China, pengguna emas terbesar di dunia, sudah mula jatuh sejak awal minggu apabila dagangan mencecah paras tertinggi sejak Mei.

Premium bagi emas berketulenan 99.99 peratus jatuh kepada AS$5 semalam daripada AS$7 dalam sesi sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment