Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Januari 2014


Dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah pada minggu ini yang singkat berikutan cuti umum dua hari dengan logam berharga itu diunjurkan diniagakan di bawah RM128 segram.

Pasaran tempatan akan ditutup pada Selasa dan Jumaat sempena cuti umum.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran akan mengikut prestasi logam di New York Commodity Exchange (COMEX).

Beliau berkata, dagangan dijangka kekal berhati-hati selepas sentimen akan dipengaruhi oleh data pekerjaan AS yang dikeluarkan pada Jumaat.

"Data itu dijangka positif dan ini akan mengalih tumpuan pelabur kepada pasaran ekuiti dan dolar AS," katanya.

Bagi asas mingguan, Januari 2014 susut enam sen atau 12 mata asas kepada RM129.95 segram, manakala Febuari 2014, Mac 2014 dan April 2014 juga berkurang enam sen atau 12 mata asas kepada setiap satu masing-masing kepada RM130.30 segram.

Jumlah dagangan naik kepada 1,910 lot bernilai RM24.82 juta berbanding 1,779 lot bernilai RM22.76 juta yang dicatatkan minggu lalu.

Pada Jumaat, kepentingan terbuka bertambah kepada 1,425 kontrak berbanding 1,084 kontrak yang dicatatkan Jumaat lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment