Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 September 2012

Harga emas jatuh Khamis berikutan pengukuhan dolar AS dan kelemahan harga minyak mentah dan pasaran saham mendorong pelabur melepaskan pegangan masing-masing selepas harga logam itu mencecah paras tertinggi dalam 6.5 bulan kelmarin.

Bagaimanapun, impak positif langkah rangsangan ekonomi bank pusat mengehadkan kerugian.

Harga emas naik sehingga mencecah AS$1,779.10 seauns pada Rabu susulan Bank of Japan yang terakhir mendedahkan  pada pusingan baru pengawalan monetari, selepas program pembelian bon diumumkan Amerika Syarikat (AS) bdan zon euro awal bulan ini.

Langkah kawalan kelihatan memanfaatkan emas dengan memberikan tekanan ke atas kadar faedah jangka panjang, dan seterusnya kos peluang memegang jongkong emas, selain kepada dolar AS, menyemarakkan kebimbangan inflasi jangka panjang dan merangsang kecairan.

Emas spot susut 0.5 peratus kepada AS$1,760.99 seauns pada 0917 GMT, manakala dagangan hadapan emas bagi penghantaran Disember jatuh AS$7.90 seauns kepada AS$1,763.80.

"Kekurangan langkah susulan daripada pengumuman Bank of Japan, berhubung pusingan rangsangan tambahan menunjukkan pelabur memiliki apa yang mereka kehendaki pada peringkat ini, dan pembetulan diperlukan bagi menarik permintaan tambahan," kata Naib Presiden Saxo Bank, Ole Hansen.

"Permintaan fizikal kelihatan menarik, maka ia bergantung komuniti pelabur memacunya ke depan."

Euro mencecah peras rendah mingguan berbanding dolar AS selepas penerbitan data menunjukkan aktiviti perniagaan Perancis jatuh lebih banyak jangkaan pada Ogos.

Ia menambahkan lagi kebimbangan kemelesetan di zon euro akan bertambah parah.

Saham di bursa saham Eropah jatuh, manakala data pembuatan lemah China menambahkan lagi kebimbangan.

Tambahan lagi, bank di zon euro mengalami ketidaktentuan dan Sepanyol pula akan meminta diberikan jaminan.

Minyak mentah jatuh lebih AS$1 setong.

"Peningkatan dalam emas dan perak dijejaskan oleh pasaran saham yang perlahan dan kenaikan dolar dan ia juga berterusan, kenaikan harga terhad pada waktu ini saja.

"Bagaimanapun, sokongan kekal di bawah pasaran dan saya masih percaya pembelian menurun dalam jangka panjang."

Dalam satu nota penyelidikan, penganalisis teknikal Societe Generale yang mengkaji pergerakan harga bagi petanda arah dagangan, menyatakan emas sudah mencecah arah ke belakang paras bertahan "yang dibentuk dalam setahun sehingga kini" pada AS$1,777.

Katanya, logam sudah mengatasi paras sokongan  sejak September.

"Pemulihan harga terbaru akan berlegar antara AS$1,756.53 kemudian AS$1,745 dan AS$1,736," katanya.

Pegangan emas dalam dana tukaran emas, kenderaan pelaburan popular yang mengeluarkan sekuriti disokong emas fizikal kembali menurun daripada paras tinggi dengan pengaliran keluar sebanyak 607,000 auns pada Rabu, demikian menurut data REUTERS. -  REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment