Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 September 2012

Emas meningkat semula melebihi AS$1,770 seauns semalam dengan jangkaan langkah bank pusat untuk merangsang pertumbuhan akan meningkatkan kecairan, inflasi bahan api dan mengekalkan kadar faedah pada paras terendahnya menjadikan logam berkenaan berada pada landasan kukuh meraih peningkatan bagi minggu kelima berturut-turut.

Peningkatan di pasaran lain turut mendorong kepada peningkatannya. Saham Eropah dan mata wang euro meningkat kembali dan minyak melonjak daripada paras terendah 1.5 bulan kerana pelabur yang kembali semula ke pasaran masih merasakan manfaat daripada langkah sokongan bank pusat.

Harga emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,773.44 seauns manakala harga emas hadapan Amerika Syarikat bagi penghantaran Disember meningkat AS$6.10 seauns kepada AS$1,776.30.

Bank of Japan adalah bank pusat yang terkini melancarkan langkah pelonggaran minggu ini, selepas Rizab Persekutuan mengumumkan program pembelian aset yang agresif dan European Central Bank melancarkan  rancangan untuk membeli bon  di zon euro yang terjejas teruk dengan hutang dalam bulan ini.

Langkah Rizab Persekutuan secara khususnya, yang menyaksikan pembelian AS$40 bilion sebulan bagi hutang bersandarkan gadai janji sehingga tinjauan bagi pasaran kerja bertambah baik, membantu meningkatkan harga kepada paras tertingginya dalam tempoh enam bulan setengah pada AS$1,779.10 seauns.

"Dengan skim terbuka untuk mencetak dolar seberapa banyak yang diperlukan, sehingga ekonomi AS pulih, aliran peningkatan emas berdepan kurang halangan sekurang-kurangnya kepada paras tertinggi awal," kata Global Services, Pradeep Unni.

"Carta membayangkan rintangan utama pada AS$1,787 - AS$1,790. Justeru, penutupan berturut-turut dia atas AS$1,790 akan menjadi satu  keperluan untuk mengelakkan pembetulan mengambilan untung," katanya.

Langkah Rizab Persekutuan telah meningkatkan minat kepada dana dagangan pertukaran emas, pelaburan popular yang menerbitkan sekuriti didorong dengan logam fizikal. - REUTERS 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment