Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label VTB Capital. Show all posts
Showing posts with label VTB Capital. Show all posts

Berita Emas - 22 April 2014


Harga emas kekal kukuh  menghampiri AS$1,290 seauns semalam, selepas susut tiga hari berturut-turut berikutan pemulihan dolar menyerap beberapa tekanan terhadap logam.

Harga pada Isnin susut kepada paras terendah sejak April kepada AS$1,281.40 seauns, selepas mencapai paras kemuncak di bawah AS$1,330 minggu sebelumnya ekoran kebimbangan penderian antara Barat dan Russia berhubung krisis Ukraine.

Spot emas berada pada AS$1,290.40 seauns pada 0946 GMT, sedikit berubah daripada AS$1,289.54 lewat Isnin. Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran bulan Jun meningkat AS$2.10 seauns kepada AS$1,290.60.

"Emas kembali terjejas daripada aktiviti pengambilan untung skala kecil di sebalik lantunan semula harga pada awal April," kata penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Pelabur menunggu data ekonomi pusingan berikutnya yang bermula bulan Mei sebelum mengambil kedudukan sekali lagi, tambahnya.

"Bahagian fizikal kekal lembap ketika ini dengan semua tertumpu kepada dolar," katanya.

Sementera itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam selepas timbul kembali minat belian bagi logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata niaga hadapan naik semalam selepas ketegangan geopolitik di Ukraine terus meningkatkan permintaan emas sebagai pelaburan selamat.

"Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal lemah dengan aliran keluar dan permintaan lemah bagi emas," katanya sambil menambah yang kenaikan diunjur berkurangan setelah pasaran hadapan emas dijangka didagangkan rendah hari ini.

Kontrak April 2014, mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 menokok 21 mata, masing-masing kepada RM135.65 segram, RM136 segram, RM136.30 segram dan RM136.35 segram.

Kepentingan terbuka menambah kepada 2,744 kontrak daripada semalam pada 2,018 kontrak manakala jumlah dagangan berganda kepada 1,240 lot bernilai RM16.84 juta berbanding 598 lot bernilai RM8.05 juta pada Isnin.

Harga emas fizikal naik 88 sen kepada RM131.18 segram. - REUTERS / BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 09 April 2014


Emas berada stabil semalam menjelang penerbitan minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) sambil kebimbangan berhubung ketegangan di Ukraine mengimbangi nilai dolar lebih kukuh dan aliran keluar baharu daripada dana sokongan logam berharga.

Kebimbangan berhubung pertikaian antara Russia dan Ukraine serta momentum teknikal setelah melepasi AS$1,300 membantu meningkatkan emas ke harga tertingginya dalm tempoh dua minggu pada Selasa.

Namun, kedudukan tidak menentu berhubung dasar monetari AS serta kurangnya selera pelabur dan fizikal telah menyekat rali itu.

Spot emas berada pada AS$1,309.19 seauns semalam, meningkat 0.1 peratus namun berada di bawah paras tinggi sebelumnya pada AS$1,314 seauns.

Sementara itu, niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Jun meningkat 70 sen seauns pada AS$1,309.80.

"Geopolitik dan penurunan dolar memberikan emas insentif yang diperlukannya untuk melepasi paras lebih tinggi, namun setakat ini ia berlaku tanpa sebarang penekanan yang kukuh," kata Ketrua Penyelidik Saxo Bank, Ole Hansen.

"Mereka yang memegang pandangan bulis bagaimanapun terpaksa bergantung kepada situasi geopolitik supaya terus meningkat yang membolehkannya kembali berada di atas paras rintangan, yang pada pendapat saya berada pada AS$1,321."

Russia semalam mengenepikan kebimbangan 'tidak berasas' di Kiev dan Barat berhubung kehadiran tenteranya berhampiran sempadan Ukraine, dengan berkata mereka tidak memberikan sebarang ancaman sambil menuduh Washington mencetuskan ketegangan di wilayah itu.

Saham Eropah meningkat hampir separuh peratus selepas beberapa hari yang sukar apabila ketegangan bertambah di Ukraine dan Bank Pusat Eropah (ECB) melumpuhkan harapan satu program pembelian aset besar-besaran baharu.

Indeks dolar meninggalkan paras terendah tiga minggu untuk meningkat 0.1 peratus, dengan pemulihan berbanding yen Jepun selepas merekodkan penurunan terbesar dalam tempoh tujuh bulan.

"Kami tidak melihat lebih banyak kenaikan bagi emas di sini melainkan dolar jatuh lebih teruk atau ketegangan di Ukraine meningkat sekali lagi," kata VTB Capital dalam satu nota. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 November 2013


Emas susut kira-kira satu peratus pada Isnin selepas Iran dan enam kuasa dunia memuktamadkan perjanjian untuk membendung program nuklearnya, yang mana ia mengurangkan ketegangan politik, menyebabkan harga minyak rendah dan menaikkan dolar serta ekuiti.

Logam berharga juga terjejas ekoran kebimbangan pengurangan awal rangsangan AS dan menuruti penurunan tertinggi pegangan dalam tiga minggu dalam dana pelaburan emas.

Spot emas jatuh sebanyak 1.2 peratus kepada paras terendah sejak 8 Julai pada AS$1,227.54 seauns dalam dagangan awal dan turun 0.9 peratus pada AS$1,231.66 menjelang 1056 GMT. Niaga hadapan emas AS jatuh satu peratus kepada AS$1,231.20.

Dolar naik 0.3 peratus berbanding sekumpulan mata wang, sementara saham Eropah naik selepas perjanjian sementara menangguh program nuklear Iran yang sensitif serta menyaksikan penggantungan sekatan ekonomi AS dan Eropah untuk tempoh permulaan selama enam bulan.

Pengurangan ketegangan politik juga menjejaskan harga, dengan minyak mentah Brent turun AS$2 setong, penurunan terbesar dalam berminggu. Emas dilihat sebagai lindung nilai inflasi berbanding inflasi yang disebabkan harga minyak.

"Umumnya, kamu tidak mempunyai banyak peristiwa bagi emas, dengan kelemahan yang kita saksikan kini, mungkin kerana harga minyak yang lebih rendah selepas perjanjian Iran, yang mana ia hanyalah satu lagi faktor jangka pendek yang akan terus tidak menentu," kata penganalisisn Bank of America Merrill Lynch, Michael Warmer.

"Isu utama adalah dasar ketat kewangan di AS dan ia masih tidak tamat dalam menimbulkan masalah bagi emas dan apabila ia kembali ke pasaran emas hanya akan terus menerima tekanan."

Pelabur bimbang bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin mula mengurangkan rangsangan pembelian bon bulanan sawal bulan depan di tengah-tengah ekonomi As yang kukuh.

"Sentimen keseluruhan kekal sukar, dan banyak masih bergantung kepada data makro dengan kesan menjejaskan bagi emas pada 2014 ketika hasil kenaikan mata wang dan pemain pasaran beralih daripada emas untuk keuntungan lebih baik, dengan sedikit keperluan inflasi atau lindung nilai tahun depan," kata VTB Capital.

program pembelian bon AS$85 bilion oleh Bank Pusat AS merangsang emas beberapa tahun ini dengan menaikkan tarikannya sebagai aset lindung inflasi.

Pedagang juga memerhatikan perkembangan di Laut China Selatan selepas Jepun dan AS mengkritik tindakan China mengenakan peraturan baru terhadap ruang udara kepulauan itu membabitkan pertikaian wilayah dengan Tokyo.

Sebarang peningkatan konflik mungkin menaikkan tarikan emas sebagai aset lindung nilai, kata pedagang.

Pegangan dana pelaburan emas, SPDR Gold Trust pengukur terbaik sentimen pelabur, jatuh 4.5 tan kepada 852.21 tan pada Jumaat, terendah sejak Febuari 2009. Ia penurunan terbesar sejak 1 November. - REUTERS

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 Oktober 2013

Harga emas jatuh semalam disebabkan penjualan pegangan oleh pelabur disebabkan ketidaktentuan berhubung penutupan operasi pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan permintaan perlahan di pasaran fizikal utama.

Logam itu menokok 2.2 peratus pada Rabu, kenaikan harian terbesar dalam dua minggu berikutan kejatuhan nilai dolar ke paras terendah lapan bulan dan ketiadaan jalan penyelesaian berhubung penutupan operasi pentadbiran negara.

Kegagalan menaikkan had pinjaman akan menyebabkan ekonomi negara itu tidak berupaya membayar hutangnya, sekali gus memberikan kesan kepada pasaran.

"Ada sedikit pengambilan untung dan jumlah dagangan rendah.

"Oktober 17 adalah tarikh luput bagi rundingan had pinjaman, dan... bagi emas saya berpendapat ia akan kembali menjadi  tarikan pelabur," kata Penganalisis VTB Capital, Andrew Kryuchenkov.

Emas spot jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,302.60 satu auns pada 1019 GMT.

Emas jatuh tiga peratus awal minggu ini, apabila arahan jualan besar-besaran oleh Comex menyebabkan harga jatuh di bawah AS$1,300 satu auns.

Logam itu kehilangan hampir suku nilainya tahun ini.

Peningkatan kecairan bank pusat dan persekitaran kadar faedah rendah menggalakkan pelabur melabur dalam aset seperti emas.

Harga logam ini meningkat selepas data pekerjaan ADP yang lebih lemah daripada jangkaan dikeluarkan kelmarin.

Pelabur akan terus memantau angka ekonomi AS, sungguhpun banyak agensi Kerajaan Persekutuan sudah berhenti mengumpul data dan menerbitkan laporan disebabkan penutupan kerajaan itu.

Di pasaran fizikal, permintaan fizikal kekal lemah berikutan cuti umum di China bagi menyambut Hari Kebangsaan.

Perak jatuh 0.9 peratus kepada AS$21.51 satu auns.

Platinum spot pula susut satu auns kepada AS$1,374 satu auns dan palladium spot susut 0.6 peratus kepada AS$711.72 auns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 04 September 2012

Emas berada di paras kukuh di tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan semalam, dilonjakkan prospek suntikan pencairan lanjutan daripada Rizab Persekutuan AS yang akan menetapkan dolar di bawah tekanan.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, dalam ucapannya minggu lalu mencadangkan bank pusat akan menggunakanlebih langkah polisi luar biasa untuk mengekalkan kadar faedah ke taraf terendah yang kini melonjakkan aset yang sangat bergantung kepada pertumbuhan seperti komoditi dan saham.

Pelabur mengekalkan pegangan emas yang lebih besar hasil dana diraih daripada dagangan bursa selepas aliran masuk besar-besaran ke dalam logam itu pada Ogos lalu.

Ura-ura Bank Pusat Eropah yang dilihat akan mengumumkan pelannya menyelesaikan krisis hutang di zaon euro itu bakal melonjakkan wata wang itu ke tahap tertinggi tahun ini.

Analisis berkata skop kekecewaan daripada bank pusat itu atau rizab persekutuan mungkin akan mengurangkan peningkatan dalam emas ketika ini.

Harga emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,693.30 seauns pada 0805 GMT.

"Bagi rali yang lebih mapan ia perlu melepasi AS$1,700, kamu mungkin memerlukan langkah yang lebih pasti daripada bank pusat ECB dan usaha merendahkan dolar," kata analisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 Febuari 2012

Harga emas meningkat lebih daripada setengah peratus semalam didorong pertumbuhan optomistik bahawa pemimpin Eropah akan memuktamadkan perjanjian dana menyelamatkan Grecee selain disokong langkah bank pusat China melonggarkan dasar kewangannya.

Emas meningkat 0.4% kepada AS$1,730.80 seauns pada 1019 GMT, sementara harga emas hadapan AS untuk penghantaran Febuari melonjak AS$6.70 seauns kepada AS$1,732.60.

Harga emas menokok 10.8% setakat ini, manfaat daripada pemulihan dalam euro dan jangkaan bahawa dasar kewangan AS akan kekal longgar yang mana mengurangkan peluang kos pegangan ke atas jongkong emas.

Namun, penganalisis berkata, tarikan pelaburan lain mungkin akan mengekalkan harga emas pada jajaran kecil tahun ini.

"Risiko di Eropah mungkin boleh dikurangkan dalam tempoh terdekat. Sudah tentu di China terdapat pertumbuhan dan penerimaan bahawa kerajaan akan campur tangan untuk menyokong pertumbuhan dan ia dilihat lebih kukuh berbanding jangkaan di AS," Penganalisis Deutshe Bank, Daniel Brebner.

"Pada peringkat global, ia kelihatan seperti risiko aset yang dikumpulkan oleh pelabur dan dalam persekitaran ini, emas akan menunjukkan prestasi yang amat baik," tambahnya.

"Namun, ia boleh sebaik beberapa logam lain, logam asas dan logam putih yang berharga", katanya.

Euro mengembang 0.4% semalam selepas China melonggarkan dasar kewangannya bagi merangsang pertumbuhan dan jangkaan bahawa penggubal dasar zon euro meluluskan dana menyelamat kedua yang sekian lama ditunggu Grecee.

Menteri kewangan zon euro dijangka meluluskan perjanjian kedua Grecee dalam pertemuan pada 1600 GMT, langkah yang diharapkan dapat keluar daripada kemelut yang melanda mata wang tunggal itu dari kemelut sejak beberapa bulan.

"Pasaran tertumpu kepada perkembangan di zon euro dengan menteri kewangan bertemu di Brussels untuk memuktamadkan dana menyelamat kedua Grecee," kata VTB Capital dalam nota penyelidikan.

Pegangan emas disokong dana pertukaran perdagangan yang dilaporkan Reuters meningkat sebanyak 115,730 auns minggu lalu, pertumbuhan dalam tempoh enam minggu berturut-turut kepada 70.3 juta auns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS