Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 25 November 2013


Emas susut kira-kira satu peratus pada Isnin selepas Iran dan enam kuasa dunia memuktamadkan perjanjian untuk membendung program nuklearnya, yang mana ia mengurangkan ketegangan politik, menyebabkan harga minyak rendah dan menaikkan dolar serta ekuiti.

Logam berharga juga terjejas ekoran kebimbangan pengurangan awal rangsangan AS dan menuruti penurunan tertinggi pegangan dalam tiga minggu dalam dana pelaburan emas.

Spot emas jatuh sebanyak 1.2 peratus kepada paras terendah sejak 8 Julai pada AS$1,227.54 seauns dalam dagangan awal dan turun 0.9 peratus pada AS$1,231.66 menjelang 1056 GMT. Niaga hadapan emas AS jatuh satu peratus kepada AS$1,231.20.

Dolar naik 0.3 peratus berbanding sekumpulan mata wang, sementara saham Eropah naik selepas perjanjian sementara menangguh program nuklear Iran yang sensitif serta menyaksikan penggantungan sekatan ekonomi AS dan Eropah untuk tempoh permulaan selama enam bulan.

Pengurangan ketegangan politik juga menjejaskan harga, dengan minyak mentah Brent turun AS$2 setong, penurunan terbesar dalam berminggu. Emas dilihat sebagai lindung nilai inflasi berbanding inflasi yang disebabkan harga minyak.

"Umumnya, kamu tidak mempunyai banyak peristiwa bagi emas, dengan kelemahan yang kita saksikan kini, mungkin kerana harga minyak yang lebih rendah selepas perjanjian Iran, yang mana ia hanyalah satu lagi faktor jangka pendek yang akan terus tidak menentu," kata penganalisisn Bank of America Merrill Lynch, Michael Warmer.

"Isu utama adalah dasar ketat kewangan di AS dan ia masih tidak tamat dalam menimbulkan masalah bagi emas dan apabila ia kembali ke pasaran emas hanya akan terus menerima tekanan."

Pelabur bimbang bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin mula mengurangkan rangsangan pembelian bon bulanan sawal bulan depan di tengah-tengah ekonomi As yang kukuh.

"Sentimen keseluruhan kekal sukar, dan banyak masih bergantung kepada data makro dengan kesan menjejaskan bagi emas pada 2014 ketika hasil kenaikan mata wang dan pemain pasaran beralih daripada emas untuk keuntungan lebih baik, dengan sedikit keperluan inflasi atau lindung nilai tahun depan," kata VTB Capital.

program pembelian bon AS$85 bilion oleh Bank Pusat AS merangsang emas beberapa tahun ini dengan menaikkan tarikannya sebagai aset lindung inflasi.

Pedagang juga memerhatikan perkembangan di Laut China Selatan selepas Jepun dan AS mengkritik tindakan China mengenakan peraturan baru terhadap ruang udara kepulauan itu membabitkan pertikaian wilayah dengan Tokyo.

Sebarang peningkatan konflik mungkin menaikkan tarikan emas sebagai aset lindung nilai, kata pedagang.

Pegangan dana pelaburan emas, SPDR Gold Trust pengukur terbaik sentimen pelabur, jatuh 4.5 tan kepada 852.21 tan pada Jumaat, terendah sejak Febuari 2009. Ia penurunan terbesar sejak 1 November. - REUTERS

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment