Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 November 2013


Emas menuju ke arah kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh dua bulan berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan ketidaktentuan berhubung bila Rizab Persekutuan (Fed) akan memberhentikan program rangsangan ekonominya, yang menyebabkan harga emas mencatat paras terendah sejak awal Julai.

Harga emas semasa naik sedikit kepada AS$1,243.71 seauns pada 0735 GMT lalu.

Dagangan hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka turun naik minggu ini selepas pengumuman data ekonomi AS yang kukuh.

"Tekanan jualan dalam pasaran emas tidak sekukuh Jun lalu. Bagaimanapun, pelabur memberi tindak balas positif terhadap komen calon Pengerusi Fed, Janet Yellen, bahawa beliau menyokong program pembelian bon yang dilaksanakan oleh Fed sekarang," katanya.

Berbanding Jumaat lalu, kontrak bulan semasa November 2013 turun RM3.15 kepada RM129.15 segram, manakala Disember 2013 susut RM3.00 kepada RM129.55 segram.

Bagi minggu baru berakhir, jumlah dagangan mengecil kepada 1,382 lot bernilai RM18.12 juta, daripada  3,386 lot bernilai RM44.95 juta yang diniagakan sebelumnya.

Jumlah kepentingan terbuka bertambah daripada 5,760 kontrak kepada 6,774 kontrak minggu lalu.

Sementara itu, emas di pasaran dunia berakhir dengan perubahan kecil pada Jumaat namun logam berharga itu menjunam dengan ketara bagi tempoh lebih dua bulan.

Kejatuhan ketara itu dipacu data ekonomi yang kukuh serta yang mencetuskan ketidaktentuan tempoh waktu kerajaan AS akan menghentikan pelan rangsangan.

Pelabur emas kekal berhati-hati di pasaran.

Pada Rabu lalu, emas turun 2.5 peratus selepas mesyuarat Fed pada Oktober menunjukkan Bank Pusat AS akan memulakan langkah pengurangan pelan rangsangan pada salah satu mesyuarat yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kekecewaan kepada permintaan fizikal di Asia dan aliran keluar yang berterusan dalam dana dagangan emas turut memberi tekanan kepada harga jongkong emas.

"Pelabur kini menunggu dan lihat kerana mereka tidak ada sebab untuk terburu-buru membeli emas.

"Sekatan import yang dikenakan kepada India turut membendung permintaan ketika musim pembelian yang lebih tinggi di sana," kata Penganalisis Komoditi Kanan CPM Group, Rohit Savant. - AGENSI

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment