Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 November 2013


Emas diniagakan hampir kepada paras tinggi satu minggu, dirangsang kepada keuntungan jangka pendek dalam sesi sebelumnya, namun berkemungkinan susut semula ekoran kelemahan permintaan fizikal dan ketidaktentuan berhubung unjuran rangsangan AS.

Spot emas tidak berubah kepada AS$1,251.36 seauns pada 0714 GMT. Ia mencapai AS$1,256.49 pada dagangan awal, paras tertinggi sejak 20 November.

Pada Isnin, spot emas susut kepada paras sempat setengah bulan kepada hampir AS$1,225 seauns sebelum pulih semula untuk meningkat hampir satu peratus ekoran pegangan jangka pendek dan pembelian pilihan.

Logam itu susut bawah AS$1,300 tiga minggu lalu dan gagal melepasi paras itu.

Peniaga menjangkakan harga emas mendapat tekanan sehingga pada masa tertentu apabila Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan rangsangan ekonomi.

"Pemancu utama untuk emas adalah prospek pelonggaran kuantitatif dan dolar," kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank.

"Harga akan dihadkan sehingga mendapat isyarat jelas," katanya.

Harga emas susut kira-kira satu pertiga daripada nilainya tahun ini berikutan kebimbangan bahawa Fed akan mengehadkan program pembelian bon bulanan bernilai AS$85 bilion.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam berikutan aktiviti belian menampung kekurangan selepas harga turun pada paras rendah baru pada sesi sebelum ini, kata peniaga.

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata syarikat itu menjangkakan pasaran emas masih berada pada tren menurun, berikutan permintaan tidak bermaya untuk emas fizikal walaupun harga emas menurun dengan ketara baru-baru ini.

"Dalam tempoh terdekat, pergerakan dan turun naik harga emas masih disokong oleh prospek pengurangan kuantitatif dan pengukuhan dolar," katanya.

Kontrak November 2013 menokok 46 mata kepada RM129.70 segram manakala Disember 2013 menambah 44 mata kepada RM130.10 segram.
Jumlah dagangan meningkat kepada 262 lot bernilai RM3.35 juta berbanding 250 lot bernilai RM3.19 juta kelmarin.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 1,458 kontrak berbanding 1,382 kontrak sebelumnya. - REUTERS

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment