Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 November 2013


Emas diniagakan dalam julat kecil di bawah AS$1.25 auns semalam disebabkan data perumahan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mencetuskan kebimbangan Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan langkah mengurangkan pakej rangsangan tidak lama lagi dan mengurangkan rayuan bullion sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

Permit untuk pembinaan rumah AS pada masa hadapan mencatatkan tahap tertinggi dalam tempoh lima setengah tahun pada Oktober dan harga untuk rumah keluarga tunggal mencatatkan keuntungan besar pada September, tanda-tanda terkini kekuatan dalam ekonomi, yang boleh mendorong Fed untuk mengurangkan pembelian bon bulanan daripada AS$85 bilion tidak lama lagi.

Ahli ekonomiditinjau oleh Reuters menjangkakan bank pusat AS akan hanya memulakan langkah mengurangkan rangsangan hanya pada Mac, tetapi harga emas rendah kerana beberapa peniaga melihat risiko bahawa Fed boleh mula melaksanakan langkah pengurangan itu pada Disember.

"Kami masih melihat beberapa potensi menaik dalam jangka pendek dan sederhana kerana pasaran sedang menyesuaikan diri dengan jangkaan terhadap langkah pengurangan itu," kata Alexis Garatti, pakar ekonomi di Haitong International Research, Hong Kong.

Bagaimanapun, penganalisis teknikal memberi amaran bahawa selagi emas kekal di bawah AS$1,300, ia menghadapi risiko kemerosotan selanjutnya.

Spot emas meningkat sehingga 0.2 peratus kepada AS$1,245.60 seauns semalam, selepas jatuh 0.7 peratus pada sesi sebelumnya. Jika emas bullion tidak boleh ditutup di atas paras rintangan AS$1,260 seauns dalam beberapa hari akan datang, harga boleh jatuh kembali, kata penganalisis dari Wing Fung Financial Group dalam nota penyelidikannya.

Logam itu telah jatuh 25 peratus tahun ini kerana pelabur menarik balik wang pelaburan terhadap emas bullion untuk melabur dalam ekuiti yang menghasilkan pulangan lebih tinggi.

Import emas bersih China dari Hong Kong mencatat tahap tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Oktober, menurut data yang dikeluarkan semalam tatkala bank dan peruncit menyimpan stok bagi memenuhi permintaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada akhir Januari. - REUTERS


CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment