Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 April 2014


Harga emas kekal kukuh  menghampiri AS$1,290 seauns semalam, selepas susut tiga hari berturut-turut berikutan pemulihan dolar menyerap beberapa tekanan terhadap logam.

Harga pada Isnin susut kepada paras terendah sejak April kepada AS$1,281.40 seauns, selepas mencapai paras kemuncak di bawah AS$1,330 minggu sebelumnya ekoran kebimbangan penderian antara Barat dan Russia berhubung krisis Ukraine.

Spot emas berada pada AS$1,290.40 seauns pada 0946 GMT, sedikit berubah daripada AS$1,289.54 lewat Isnin. Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran bulan Jun meningkat AS$2.10 seauns kepada AS$1,290.60.

"Emas kembali terjejas daripada aktiviti pengambilan untung skala kecil di sebalik lantunan semula harga pada awal April," kata penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Pelabur menunggu data ekonomi pusingan berikutnya yang bermula bulan Mei sebelum mengambil kedudukan sekali lagi, tambahnya.

"Bahagian fizikal kekal lembap ketika ini dengan semua tertumpu kepada dolar," katanya.

Sementera itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam selepas timbul kembali minat belian bagi logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata niaga hadapan naik semalam selepas ketegangan geopolitik di Ukraine terus meningkatkan permintaan emas sebagai pelaburan selamat.

"Bagaimanapun, sentimen pasaran kekal lemah dengan aliran keluar dan permintaan lemah bagi emas," katanya sambil menambah yang kenaikan diunjur berkurangan setelah pasaran hadapan emas dijangka didagangkan rendah hari ini.

Kontrak April 2014, mei 2014, Jun 2014 dan Julai 2014 menokok 21 mata, masing-masing kepada RM135.65 segram, RM136 segram, RM136.30 segram dan RM136.35 segram.

Kepentingan terbuka menambah kepada 2,744 kontrak daripada semalam pada 2,018 kontrak manakala jumlah dagangan berganda kepada 1,240 lot bernilai RM16.84 juta berbanding 598 lot bernilai RM8.05 juta pada Isnin.

Harga emas fizikal naik 88 sen kepada RM131.18 segram. - REUTERS / BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment