Emas turun semalam susulan pelabur meminggir daripada memasuki pasaran untuk memantau mesyuarat bank pusat hujung minggu ini.
Mesyuarat itu dipantau ramai pihak bagi melihat tanda-tanda samada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menimbangkan untuk mengambil langkah rangsangan moneteri baru.
Platinum tidak mengendahkan kejatuhan harga logam berharga lain untuk menokok lebih tinggi dengan kebimbangan tercetusnya keganasan di pebgeluar utama Afrika Selatan, yang melonjakkan harga kepada paras tertinggi 3-1/2 bulan minggu lalu, memberikan sokongannya.
Logam-logam itu dipegang dalam satu jajaran, bagaimanapun, spekulasi Pegerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, dalam ucapan pada mesyuarat di Jackson Hole, Wyoming, boleh memberikan bayangan jelas bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan melancarkan program baru pembelian aset tidak lama lagi.
Bagaimanapun, beberapa peserta pasaran berkata beliau berkemungkinan mengulangi bahawa Rizab Persekutuan mempunyai ruang untuk bertindak, yang akan menyebabkan pasaran meneka sehingga mesyuarat dasar bank pusat pada 12-13 September depan.
"Kami (berpendapat) Bernanke akan memberikan komitmennya Jumaat ini, sekiranya tidak di Jackson Hole, mungkin September depan pada mesyuarat FOMC", kata penganalisis di danske Bank, Christen Tuxen.
"Ia adalah persekitaran baik bagi emas dan ia bermakna dalam tiga bulan akan datang, akan berlaku kenaikan harga."
"Saya tidak pasti harga akan menguji rekod tertinggi baru, tetapi terdapat potensi ia akan ditutup pada paras AS$1,800 dalam tempoh tiga bulan akan datang."
Beliau berkata, kekukuhan nilai dolar dalam jangka sederhana dijangka berupaya mengekang sungguhpun pemulihan krisis hutang zon euro lambat pulih.
Emas spot susut 0.1 peratus pada AS$1,664.69 seauns pada 0921 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS42.00 seauns pada AS$1,667.70.
Emas naik hampir dua peratus sejak 22 Ogos, apabila minit mesyuarat dasar terakhir Rizab Persekutuan mencadangkan bank pusat AS bersedia untuk memperkenalkan langkah monetari mesra emas tidak lama lagi.
Langkah lanjutan iti dapat mengekalkan tekanan ke atas kadar faedah jangka panjang, membolehkan kos peluang memegang emas rendah, memacu kecairan dan mengawal inflasi. - Reuters
Berita Emas - 29 Ogos 2012
Berita Emas - 28 Ogos 2012
Harga emas kini mencecah paras tertinggi sejak empat bulan lalu ketika jangkaan orang ramai mendahului ucapan Pengerusi Rizab persekutuan, Ben Bernanke di Wyoming lewat minggu ini.
Harga emas bagi penghantaran Disember naik AS$2.70 kelmarin hingga ditutup pada AS$1,675.60 seauns, paras tertinggi sejak pertengahan April lalu.
Ucapan Bernanke pada persidangan tahunan Fed diberi perhatian sepenuhnya bagi mendapatkan petunjuk mengenai apakah tindakan yang mungkin dipertimbangkan bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi.
Ucapan Jumaat lalu dianggap sangat penting tahun ini kerana ekonomi AS yang perlahan.
Pegawai Fed telah memberi isyarat bahawa mereka mungkin bersedia untuk memulakan satu lagi pusingan untuk membeli bon sebagai cubaan untuk mengurangkan kadar faedah jangka panjang.
Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pinjaman dan perbelanjaan yang lebih dan untuk membantu pasaran saham.
Emas dan komoditi lain telah mendapat manfaat sebelum ini susulan daripada langkah Fed ini. Kadar faedah yang rendah menekan dolar dan kerana komoditi diniagakan dalam dolar, justeru dolar yang lemah membuatkan mereka tawar-menawar terhadap peniaga yang menggunakan mata wang lain.
Di samping itu, emas juga sering digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
Berita Emas - 27 Ogos 2012
Harga emas naik ke paras tertinggi sejak pertengahan April pada Isnin, meneruskan kenaikan kukuh sejak minggu lalu ketika jangkaan rangsangan kewangan dalam masa terdekat oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
Persekutuan mempunyai ruang untuk melaksanakan rangsangan kewangan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, kata ketua Bank Pusat, Ben Bernanke, merangsang jangkaan perlaksanaan polisi kewangan, yang bakal menarik pelabur kepada emas, sebagai pelindung inflasi ekoran tindakan mencetak duit tunai.
"Terdapat jangkaan kukuh terhadap tindakan Persekutuan, dan prestasi harga minggu lalu akan terus menyokong harga," kata Li Ning , penganalisis di Shanghai CIFCO Futures, merujuk kepada harga yang melepasi paras AS$100 di atas AS$1,532 yang direkod sejak Mei.
Pelabur akan memerhatikan simposium bank pusat yang dijadualkan berlangsung di Jackson Hole, Wyoming, lewat minggu ini untuk petanda tindakan seterusnya oleh bank pusat bagi mengekang krisis hutang zon eropah dan merangsang pertumbuhan global.
Emas spot naik kepasa AS$1,676.45 seauns, tertinggi dalam lebih empat bulan, sebelum berhenti pada AS$1,674.40 seauns pada 0620 GMT, selepas merekodkan kenaikan 3.4 peratus pada minggu lalu.
Emas AS naik 0.3 peratus kepada AS$1,677.00.
Analisis teknikal mencadangkan bahawa spot emas akan naik kepada AS$1,693 seauns pada hari ini , menurut penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao.
Bank Pusat Eropah (ECB) sedang mengambil kira menyediakan ikatan sasaran hasil di bawah program pembelian bon terbaru bagi mengekalkan strateginya terlindung daripada tindakan spekulator yang cuba mengambil keuntungan.
Dipetik Daripada Berita Harian
Berita Emas - 26 Ogos 2012
Harga emas berlegar hampir ke paras tinggi dalam empat bulan setengah semalam, mencatatkan kenaikan mingguan tertinggi dalam lebih dua bulan, ketika pelabur memikirkan kemungkinan pembelian bon oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
Data terbaru AS menberikan gambaran bercampur-campur kepada pelabur, dengan menunjukkan pemulihan sektor pengilangan dan pasaran buruh yang masih lemah, selepas minit mensyuarat polisi Persekutuan menampakkan kemungkinan melancarkan aktiviti pembelian bon dalam masa terdekat.
"Emas sudah menetap harganya bagi jangkaan rangsangan kewangan ketiga (GE3) yang mana ia turut membabitkan minit mesyuarat yang membantu emas melonjak beberapa hari lalu, " kata Dick Poon, pengurus logam berharga Heraeus di Hong Kong.
Selain itu, penjualan emas terpakai dan pelabur dalam pasaran fizikal turut pulih, selepas harga emas naik untuk tujuh sesi berterusan dan mengatasi paras tinggi yang dicatatkan sejak Mei, tambah beliau.
Beberapa penganalisis dan peniaga mempersoalkan keperluan QE3, begitu juga keberkesanannya jika dilancarkan, menurut Presiden Persekutuan St Louis, James Bullard bahawa unjuran ekonomi AS nampak pulih sejak mesyuarat polisi terbaru.
"Rangsangan adalah perlu dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, tetapi masalahnya ialah pelabur mempunyai harapan yang terlalu tinggi untuk pelonggaran kewangan," kata peniaga yang berpangkalan di Shanghai.
"Ia adalah sesuatu yang merbahaya menyokong pasaran dengan aktiviti pelonggaran kewangan, yang mana ia tidak menyelesaikan isu pokok." Spot emas turun 0.2 % kepada AS$1,666.69 pada 0309 GMT, pada landasan kenaikan 3.2 % berbanding seminggu yang lalu.
Ia mencecah paras tinggi dalam empat bulan setengah sebanyak AS$1,674.80 kelmarin.
Dipetik Daripada Berita Harian
Berita Emas - 13 Ogos 2012
Harga emas meningkat semalam, melanjutkan kenaikkannya sehingga ke sesi ketujuh apabila prospek suram pertumbuhan global menyokong jangkaan lebih banyak langkah rangsangan akan diambil oleh bank pusat seluruh dunia.
Kelonggaran monetari seterusnya berkemungkinan meningkatkan inflasi, menarik pelabur beralih kepada emas kerana ia dilihat sebagai pelindung baik terhadap kenaikan harga.
Data yang dikeluarkan lebih awal semalam menunjukkan ekonomi Jepun berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku kedua, selepas beberapa perangkaan pada Jumaat memberi bayangan langkah pro pertumbuhan yang diambil China tidak mencukupi.
"Sentimen (terhadap emas) menjadi semakin baik sejak beberapa hari lalu dengan pelabur memberi tumpuan kepada bank pusat," kata penganalisis UBS Wealth Management di Singapura, Dominic Schnider.
Schnider berkata, emas akan menguji purata pergerakan 200 hari menghampiri AS$1,650 semasa simposium Rizab Persekutuan yang dijadualkan berlangsung akhir bulan ini di jackson Hole, Wyoming dan dijangka memberi penjelasan mengenai tingkah laku bank pusat itu terhadap langkah rangsangan seterusnya.
Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,622.08 seauns semalam, selepas mencatatkan kenaikan mingguan hampir satu peratus.
Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,625.
Spot emas meningkat kepada AS$1,632 seauns sepanjang hari, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Peniaga emas fizikal Asia juga berada dalam "mode" tunggu dan lihat, menanti harganya menunjukkan aliran yang lebih jelas, kata peniaga.
Premium emas kepada platinum meningkat kepada paras tertinggi di atas AS$230 seauns, apabila platinum kekal di bawah tekanan daripada prospek ekonomi yang suram. - REUTERS
Berita Emas - 08 Ogos 2012
Emas ditutup hampir tidak berubah semalam selepas meningkat selama tiga hari, disokong harapan bahawa Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan lebih banyak langkah rangsangan untuk mengukuhkan ekonominya yang semakin suram.
Pelabur mempertaruhkan bahawa krisis hutang di zon euro akan menekan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk melancarkan pusingan baru belian bon tidak lama lagi, sekali gus mengukuhkan daya tarikan emas sebagai pelindung inflasi.
Dalam petunjuk terkini masalah di Eropah, agensi penarafan Standard & Poor's menyemak semula tinjauan Greece kepada negatif, dengan berkata negara dibelenggu hutang itu akanmemerlukan lebih banyak bantuan daripada penyedia kredit antarabangsa.
Di AS, Presiden Rizab Persekutuan Boston, Eric Rosengren, berkata bank pusat itu sepatutnya melancarkan satu lagi program belian bon dalam apa juga saiz atau tempoh untuk meletakkan ekonominya berada pada tempat sepatutnya.
"Emas masih lagi kelihatan memberangsangkan pada separuh kedua, dengan musim belian fizikal puncak berada dalam landasan dan lebih banyak lagi kelonggaran kuantitatif daripada Rizab Persekutuan masih dalam rancangan", kata penganalisis di Shanghai CIFCO Futures, Li Ning.
Beliau menambah, tinjauan teknikal bagi logam berharga juga kelihatannya memberi sokongan apabila paras rendah dalam carta mingguan telah meningkat secara berperingkat sejak Julai lalu.
Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,609.91 seauns semalam, selepas meningkat lebih daripada satu peratus dalam tiga suku sebelumnya.
Logam itu diniagakan dalam lingkungan kira-kira AS$3 setakat ini pada hari itu.
Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember juga diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,612.60.
Analisis teknikal jangka pendek pula memberi bayangan bahawa spot emas boleh susut kepada AS$1,591 seauns pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Berita Emas - 20 Febuari 2012
Harga emas meningkat lebih daripada setengah peratus semalam didorong pertumbuhan optomistik bahawa pemimpin Eropah akan memuktamadkan perjanjian dana menyelamatkan Grecee selain disokong langkah bank pusat China melonggarkan dasar kewangannya.
Emas meningkat 0.4% kepada AS$1,730.80 seauns pada 1019 GMT, sementara harga emas hadapan AS untuk penghantaran Febuari melonjak AS$6.70 seauns kepada AS$1,732.60.
Harga emas menokok 10.8% setakat ini, manfaat daripada pemulihan dalam euro dan jangkaan bahawa dasar kewangan AS akan kekal longgar yang mana mengurangkan peluang kos pegangan ke atas jongkong emas.
Namun, penganalisis berkata, tarikan pelaburan lain mungkin akan mengekalkan harga emas pada jajaran kecil tahun ini.
"Risiko di Eropah mungkin boleh dikurangkan dalam tempoh terdekat. Sudah tentu di China terdapat pertumbuhan dan penerimaan bahawa kerajaan akan campur tangan untuk menyokong pertumbuhan dan ia dilihat lebih kukuh berbanding jangkaan di AS," Penganalisis Deutshe Bank, Daniel Brebner.
"Pada peringkat global, ia kelihatan seperti risiko aset yang dikumpulkan oleh pelabur dan dalam persekitaran ini, emas akan menunjukkan prestasi yang amat baik," tambahnya.
"Namun, ia boleh sebaik beberapa logam lain, logam asas dan logam putih yang berharga", katanya.
Euro mengembang 0.4% semalam selepas China melonggarkan dasar kewangannya bagi merangsang pertumbuhan dan jangkaan bahawa penggubal dasar zon euro meluluskan dana menyelamat kedua yang sekian lama ditunggu Grecee.
Menteri kewangan zon euro dijangka meluluskan perjanjian kedua Grecee dalam pertemuan pada 1600 GMT, langkah yang diharapkan dapat keluar daripada kemelut yang melanda mata wang tunggal itu dari kemelut sejak beberapa bulan.
"Pasaran tertumpu kepada perkembangan di zon euro dengan menteri kewangan bertemu di Brussels untuk memuktamadkan dana menyelamat kedua Grecee," kata VTB Capital dalam nota penyelidikan.
Pegangan emas disokong dana pertukaran perdagangan yang dilaporkan Reuters meningkat sebanyak 115,730 auns minggu lalu, pertumbuhan dalam tempoh enam minggu berturut-turut kepada 70.3 juta auns. - REUTERS
Berita Emas - 20 Febuari 2012
Harga emas jatuh pada hari Jumaat apabila pelabur mengambil keuntungan selepas pertumbuhan berterusan didorong keyakinan bahawa Grecee semakin hampir mendapat pakej penyelamat baru.
Berita Emas - 15 Febuari 2012
Harga emas dan beberapa aset lain seperti tembaga dan minyak juga mengalami peningkatan rentetan pemulihan mata wang euro dan ekuiti serta penurunan nilai Dolar. Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat 0.9% kepada AS$101.66 setong dan minyak mentah Brent bertambah 0.7% kepada AS$118.14.
Berita Emas - 14 Febuari 2012
Emas diniagakan kukuh semalam berikutan data ekonomi Jerman lebih kukuh dari jangkaan membantu mengembalikan euro daripada kerugian awal.
Berita Emas - 12 Febuari 2012
Harga emas jatuh Jumaat lalu, susulan kerugian dalam euro dan ekuiti Amerika Syarikat, ketika ketidaktentuan terhadap rundingan pakej penyelamatan untuk Grecee menyebabkan pelabur segera menjual logam itu dan menyimpan wang tunai.
Jongkong itu mencatatkan kerugian untuk minggu kedua berturut-turut, ketika kekurangan langkah konkrit bagi mengelakkan kegagalan hutang Grecee yang lebih kepada untuk mengimbangi rali pada awal minggu lalu, didorong oleh prospek jangka panjang Rizab Persekutuan AS yang kadarnya menghampiri sifar.
Sokongan teknikal melonjak rendah emas bagi minggu semasa sesi itu, tetapi adegan mogok pekerja di Grecee dan kegagalan kerajaan setakat ini untuk mencapai keputusan mengenai sama ada mahu menerima dana penyelamat atau tidak memberi tekanan terhadap pasaran kewangan di seluruh lembaga.
"Dalam keadaan di mana sistem kewangan mungkin berisiko, orang ramai mungkin memerlukan banyak wang tunai untuk menampan diri mereka terhadap potensi kejutan seperti kegagalan hutang Grecee", kata Bart Melek, ketua strategi komoditi di TD Securities.
"Mereka mungkin menukar emas bersama-sama dengan aset lain untuk wang tunai," katanya.
Harga emas jatuh 0.9 % kepada AS$1,715.99 auns pada 1949 GMT, setelah menurun pada AS$1,703.69.
Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran April kekal pada AS$15.90 seauns kepada AS$1,725.30.
JUmlah dagangan sebahagian besarnya adalah sejajar dengan purata 30 hari dan bakal menjadi tertinggi minggu lalu.
Kerugian emas adalah terhad kepada kecairan bertambah baik sehari selepas pengendali terbesar bursa niaga hadapan AS, CME Group, menurunkan marjin dagangan, untuk pelbagai kontrak komoditi termasuk emas, perak dan platinum.
jongkong emas mengalami kerugian 0.5% bagi minggu lalu, penurunan pertama yang berturut-turut sejak awal Disember dan penurunan Jumaat lalu melanjutkan kerugian logam itu buat hari ketiga berturut-turut. - REUTERS
Berita Emas - 17 Januari 2012
Harga emas kembali kukuh di pasaran Eropah semalam, meningkat melebihi paras AS$1,640 satu auns, ketika pemulihan di pasaran saham dan euro menyebabkan sedikit tekanan kepada harganya dengan peniaga mengambil kira penurunan penarafan zon Eropah oleh Standard & Poor's (S&P).
Mata wang euro mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan, manakala pasaran saham Eropah kembali ke paras positif, sementara harga minyak turut meningkat.
Harga emas naik 0.1% kepada AS$1,641.50 satu auns pada 1007 GMT, manakala dagangan harga emas hadapan di AS untuk penghantaran Febuari naik AS$11.40 satu auns kepada AS$1,642.20.
Harga komoditi itu masih meningkat 5% bulan ini, tetapi jatuh 0.6% Jumaat lalu ketika euro jatuh selepas penurunan penarafan S&P.
Hubungan harga emas dengan berita buruk krisis hutang zon euro tidak menentu sejak tahun lalu dengan komoditi itu kadang kala meraih faedah daripada kebimbangan penurunan mata wang, dan kadang kala turut menerima kesan negatif daripada pengukuhan dolar AS.
"Emas bukan pelindung terhadap masalah zon euro, sekurang-kurangnya sehingga kini. Ia mungkin berbeza jika senario lebih buruk berlaku", kata penganalisis di Penyelidikan Kuantitatif Komoditi, Peter Fertig.
"Ketika ini emas bergerak selari pergerakan penukaran, begitu juga minyak mentah dan pasaran saham, terutama indeks S&P 500," katanya.
Pasaran saham dan mata wang euro jatuh pada awal dagangan selepas agensi penarafan, Standard & Poor's menurunkan penarafan 9 daripada 17 negara Eropah. - REUTERS







