Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Ogos 2012

Emas turun semalam susulan pelabur meminggir daripada memasuki pasaran untuk memantau mesyuarat bank pusat hujung minggu ini.

Mesyuarat itu dipantau ramai pihak bagi melihat tanda-tanda samada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menimbangkan untuk mengambil langkah rangsangan moneteri baru.

Platinum tidak mengendahkan kejatuhan harga logam berharga lain untuk menokok lebih tinggi dengan kebimbangan tercetusnya keganasan di pebgeluar utama Afrika Selatan, yang melonjakkan harga kepada paras tertinggi 3-1/2 bulan minggu lalu, memberikan sokongannya.

Logam-logam itu dipegang dalam satu jajaran, bagaimanapun, spekulasi Pegerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, dalam ucapan pada mesyuarat di Jackson Hole, Wyoming, boleh memberikan bayangan jelas bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan melancarkan program baru pembelian aset tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beberapa peserta pasaran berkata beliau berkemungkinan mengulangi bahawa Rizab Persekutuan mempunyai ruang untuk bertindak, yang akan menyebabkan pasaran meneka sehingga mesyuarat dasar bank pusat pada 12-13 September depan.

"Kami (berpendapat) Bernanke akan memberikan komitmennya Jumaat ini, sekiranya tidak di Jackson Hole, mungkin September depan pada mesyuarat FOMC", kata penganalisis di danske Bank, Christen Tuxen.

"Ia adalah persekitaran baik bagi emas dan ia bermakna dalam tiga bulan akan datang, akan berlaku kenaikan harga."

"Saya tidak pasti harga akan menguji rekod tertinggi baru, tetapi terdapat potensi ia akan ditutup pada paras AS$1,800 dalam tempoh tiga bulan akan datang."

Beliau berkata, kekukuhan nilai dolar dalam jangka sederhana dijangka berupaya mengekang sungguhpun pemulihan krisis hutang zon euro lambat pulih.

Emas spot susut 0.1 peratus pada AS$1,664.69 seauns pada 0921 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS42.00 seauns pada AS$1,667.70.

Emas naik hampir dua peratus sejak 22 Ogos, apabila minit mesyuarat dasar terakhir Rizab Persekutuan mencadangkan bank pusat AS bersedia untuk memperkenalkan langkah monetari mesra emas tidak lama lagi.

Langkah lanjutan iti dapat mengekalkan tekanan ke atas kadar faedah jangka panjang, membolehkan kos peluang memegang emas rendah, memacu kecairan dan mengawal inflasi. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment