Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Ogos 2012

Harga emas kini mencecah paras tertinggi sejak empat bulan lalu ketika jangkaan orang ramai mendahului ucapan Pengerusi Rizab persekutuan, Ben Bernanke di Wyoming lewat minggu ini.

Harga emas bagi penghantaran Disember naik AS$2.70 kelmarin hingga ditutup pada AS$1,675.60 seauns, paras tertinggi sejak pertengahan April lalu.

Ucapan Bernanke pada persidangan tahunan Fed diberi perhatian sepenuhnya bagi mendapatkan petunjuk mengenai apakah tindakan yang mungkin dipertimbangkan bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi.

Ucapan Jumaat lalu dianggap sangat penting tahun ini kerana ekonomi AS yang perlahan.

Pegawai Fed telah memberi isyarat bahawa mereka mungkin bersedia untuk memulakan satu lagi pusingan untuk membeli bon sebagai cubaan untuk mengurangkan kadar faedah jangka panjang.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pinjaman dan perbelanjaan yang lebih dan untuk membantu pasaran saham.

Emas dan komoditi lain telah mendapat manfaat sebelum ini susulan daripada langkah Fed ini. Kadar faedah yang rendah menekan dolar dan kerana komoditi diniagakan dalam dolar, justeru dolar yang lemah membuatkan mereka tawar-menawar terhadap peniaga yang menggunakan mata wang lain.

Di samping itu, emas juga sering digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment