Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 14 Febuari 2012

Emas diniagakan kukuh semalam berikutan data ekonomi Jerman lebih kukuh dari jangkaan membantu mengembalikan euro daripada kerugian awal.


Bagaimanapun, matawang tunggal itu kekal di bawah tekanan selepas Moody berkata ia kemungkinan memotong taraf AAA Perancis, Britain dan Austria.

Harga emas diniaga pada AS$1,720.10 seauns pada 1034 GMT berbanding AS$1,722.49 yang dicatatkan lewat sesi dagangan di pasaran di New York kelmarin.

Dagangan hadapan emas AS untuk penghantaran Febuari susut AS$2.90 pada AS$1,722.00.

Emas kekal lebih peka untuk bergerak dalam kadar pertukaran euro/dolar untuk tempoh jangka pendek berbanding peningkatan risiko yang mana sebelumnya ia positif didorong oleh harga.

Ia masih terdedah kepada kerugian dalam mata wang tunggal yang mana hadir lebih cepat menerusi data yang diperolehi.

"Emas berada dalam tekanan kecil daripada kesusutan euro tetapi dalam jumlah kecil untuk kukuh menghampiri sokongan pada 1,710," kata Penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

"Pasaran berhenti sementara sebelum menteri kewangan zon euro bermesyuarat esok dan data inflasi Januari AS yang dikeluarkan pada Jumaat. Pemulihan pada Januari tamat dan sebahagian skala kecil pengambilan untung tergugat," katanya.

Dalam pasaran fizikal, permintaan emas dari pengguna utama India perlahan semalam berikutan pedagang merasakan harga kembali susut selepas secara ringkas melonjak lebih tinggi.

"Permintaan semalam baik berikutan penurunan harga, tetapi belian masih kukuh," kata peniaga Mumbai.

Pasaran emas kedua China iaitu dana yuan yang menguasai pertukaran perdagangan emas pertama dunia, membuat penampilan pertama lemah di Bursa Saham Hong Kong, namun penganalisis berkata, permintaan bermungkinan meningkat selepas pelabur lebih memahami produk.

Antara logam lain, perak susut 0.4% kepada AS$33.56 seauns. Harga platinum juga jatuh 0.6% kepada AS$1,633.24 seauns sementara palladium susut 1.2% kepada AS$687.97 seauns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment