Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Febuari 2012

Harga emas dan beberapa aset lain seperti tembaga dan minyak juga mengalami peningkatan rentetan pemulihan mata wang euro dan ekuiti serta penurunan nilai Dolar. Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat 0.9% kepada AS$101.66 setong dan minyak mentah Brent bertambah 0.7% kepada AS$118.14.


Tembaga London bertambah 1% kepada AS$8,501 satu tan, dengan pasaran mencari penanda permintaan China. Harga emas bertambah 0.4% kepada AS$1,727 seauns.

Berita jangkaan Keluaran Dalam Negara Kadar (GDP) zon Eropah bagi suku keempat yang diterbitkan, dengan ahli ekonomi menyasarkan pertumbuhan 0.7% tahun ke tahun terdahulu, menguncup daripada 1.4% pertumbuhan tahun ke tahun bagi suku sebelumnya.

Kemelesetan akan menjadi lebih sukar bagi zon Eropah yang dibebani hutang untuk membayar hutang mereka, walaupun hutang dengan kadar faedah rendah daripada ECB membantu memudahkan usaha pinjaman mereka dengan mengurangkan hasil yang mereka terima.

Bank tersenarai terbesar Perancis, BNP Paribas, mengakhiri 2011 dengan 50.6% penurunan jumlah keuntungan suku, akibat kerugian hutang Grecee dan penjualan aset yang membantunya memenuhi sasaran modal sukar, enam bulan lebih awal.

Menteri kewangan zon Eropah mengugurkan rancangan mensyuarat membincangkan hutang baru Grecee, 130 billion euro, Selasa lalu kerana Grecee tidak bersungguh untuk memenuhi tarikh akhir bagi memberikan komitmen transformasi.

Langkah penyelamat penting bagi Athens, dengan 14.5 billion euro gagal dibayar pada 20 Mac lalu. Menteri Eropah dijangka mengadakan persidangan melalui telefon sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada 20 Febuari ini.

Eropah memberikan Grecee sehingga semalam untuk menyatakan bagaimana 325 juta euro daripada 3.3 billion euro yang dituntut dalam penjimatan belanja boleh dicapai dan memberikan komitmen bertulis bagi melaksanakan penjanjian itu.

Pasaran kredit Asia sedikit mengukuh, dengan penyebaran indeks pelaburan iTraxx Asia ex-Japan yang diperketatkan dua mata asas sejak Selasa lalu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment