Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 Febuari 2012

Harga emas jatuh pada hari Jumaat apabila pelabur mengambil keuntungan selepas pertumbuhan berterusan didorong keyakinan bahawa Grecee semakin hampir mendapat pakej penyelamat baru.


Emas diniagakan meningkat pada sesi awal dagangan berikutan peningkatan sentimen belian mendapat rangsangan daripada laporan bank pusat China menggunakan beberapa rizab asing secara besar-besaran untuk mengimport emas akhir tahun lalu.

Logam itu bagaimanapun susut selaras dengan euro dan ekuiti AS, disebabkan kebimbangan terhadap keputusan kritikal mensyuarat membabitkan menteri kewangan zon Euro bagi memuktamadkan perjanjian pakej penyelamatan pada Isnin.

"Emas seolah-olah tidak boleh melepaskan diri daripada pengaruh lebih luas pasaran kewangan," kata Ketua Penganalisis Komoditi HSBC, James Steel.

"Penyelesaian krisis hutang zon euro akan menamatkan perkara ini. Sehingga itu, dagangan emas mungkin tidak menentu",katanya.

Harga emas turun 0.3% kepada AS$1,723.20 seauns pada 3:08pm EST (2008 GMT).

Logam itu meningkat 0.2% seminggu, peningkatan pertama dalam tempoh tiga minggu disokong oleh persekitaran optimis Grecee dan krisis hutang zon euro awal minggu lalu.

Harga emas hadapan AS untuk penghantaran April ditutup pada AS$2.50 kepada AS$1,725.90 seauns. Jumlah dagangan adalah 40% di bawah purata 30 hari dan berada pada landasan untuk lebih rendah sejak Isnin.

Kolerasi ketat emas baru-baru ini bersama euro bermakna kedudukan mata wang tunggal itu memberi impak kepada jongkong emas sebagai logam pelaburan selamat.

Logam itu meningkat lebih awal selepas Sumber Pemikir Utama Kerajaan China berkata, bank pusat tampil dengan rizab asing, berkemungkinan disebalik peningkatan dalam import emas negara akhir tahun lalu.

Harga emas meningkat sekitar 10% setakat ini, didorong oleh isyarat Rizab Antarabangsa bahawa kadar faedah AS berkemungkinan bergerak melebihi sifar untuk tempoh lebih tiga tahun.

Pembelian pelaburan dilihat kukuh seperti mana data yang menunjukkan pegangan emas dalam produk pertukaran perdagangan meningkat kepada lebih 100,000 auns minggu lalu kepad 70 juta auns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment