Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Febuari 2012

Harga emas mengukuh semalam sejajar kenaikan saham dan nilai euro selepas parlimen Grecee akhirnya meluluskan akta penjimatan yang sangat tidak popular dalam usahanya mendapatkan pelan menyelamat kedua daripada Kesatuan Eropah serta Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mengelakkannya daripada bankrap.

Emas, yang biasanya adalah aset selamat sebelum ini menjejaki keuntungan euro dan saham dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dengan spekulator menjual logam itu untuk mendapatkan wang tunai bagi melindungi kerugian dalam pasaran lain apabila krisis hutang zon euro menyebabkan ketegangan dalam pasaran kewangan.

Kelulusan akta penjimatan oleh parlimen Grecee mencetuskan ketegangan serius di kebanyakan jalan Athens serta tempat lain di negara itu, namun saham Asia dan euro bergerak lebih tinggi.

Harga emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April meningkat 0.4% kepada AS$1,732.20 seauns.

Pembelian fizikal dari China juga membantu meningkatkan emas 0.6% kepada AS$1,729.69 pada penutup.

Harga jongkok itu menyusut kepada AS$1,703.69 pada Selasa, paras terendahnya sejak akhir Januari lalu apabila keadaan tidak menentu ke atas rundingan pakej menyelamat Grecee menyebabkan pelabur mengambil untung.

Dalam satu lagi penunjuk minat yang tinggi terhadap emas, spekulator menaikkan kedudukan jangka panjang bersih dalam emas serta kontrak hadapan AS bagi minggu berakhir 7 Febuari, sekali gus menekannya ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan.

Platinum spot menerajui kenaikan dalam logam berharga itu dengan melonjak 1.3%, meneruskan peningkatan selama enam minggu berturut-turut.

Platinum emas berlegar di atas AS$65.89, paras terendah dalam empat setengah bulan pada sesi sebelumnya - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment