Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 Ogos 2012

Harga emas berlegar hampir ke paras tinggi dalam empat bulan setengah semalam, mencatatkan kenaikan mingguan tertinggi dalam lebih dua bulan, ketika pelabur memikirkan kemungkinan pembelian bon oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Data terbaru AS menberikan gambaran bercampur-campur kepada pelabur, dengan menunjukkan pemulihan sektor pengilangan dan pasaran buruh yang masih lemah, selepas minit mensyuarat polisi Persekutuan menampakkan kemungkinan melancarkan aktiviti pembelian bon dalam masa terdekat.

"Emas sudah menetap harganya bagi jangkaan rangsangan kewangan ketiga (GE3) yang mana ia turut membabitkan minit mesyuarat yang membantu emas melonjak beberapa hari lalu, " kata Dick Poon, pengurus logam berharga Heraeus di Hong Kong.

Selain itu, penjualan emas terpakai dan pelabur dalam pasaran fizikal turut pulih, selepas harga emas naik untuk tujuh sesi berterusan dan mengatasi paras tinggi yang dicatatkan sejak Mei, tambah beliau.

Beberapa penganalisis dan peniaga mempersoalkan keperluan QE3, begitu juga keberkesanannya jika dilancarkan, menurut Presiden Persekutuan St Louis, James Bullard bahawa unjuran ekonomi AS nampak pulih sejak mesyuarat polisi terbaru.

"Rangsangan adalah perlu dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, tetapi masalahnya ialah pelabur mempunyai harapan yang terlalu tinggi untuk pelonggaran kewangan," kata peniaga yang berpangkalan di Shanghai.

"Ia adalah sesuatu yang merbahaya menyokong pasaran dengan aktiviti pelonggaran kewangan, yang mana ia tidak menyelesaikan isu pokok." Spot emas turun 0.2 % kepada AS$1,666.69 pada 0309 GMT, pada landasan kenaikan 3.2 % berbanding seminggu yang lalu.

Ia mencecah paras tinggi dalam empat bulan setengah sebanyak AS$1,674.80 kelmarin.

Dipetik Daripada Berita Harian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment