Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Ogos 2012

Harga emas meningkat semalam, melanjutkan kenaikkannya sehingga ke sesi ketujuh apabila prospek suram pertumbuhan global menyokong jangkaan lebih banyak langkah rangsangan akan diambil oleh bank pusat seluruh dunia.

Kelonggaran monetari seterusnya berkemungkinan meningkatkan inflasi, menarik pelabur beralih kepada emas kerana ia dilihat sebagai pelindung baik terhadap kenaikan harga.

Data yang dikeluarkan lebih awal semalam menunjukkan ekonomi Jepun berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku kedua, selepas beberapa perangkaan pada Jumaat memberi bayangan langkah pro pertumbuhan yang diambil China tidak mencukupi.

"Sentimen (terhadap emas) menjadi semakin baik sejak beberapa hari lalu dengan pelabur memberi tumpuan kepada bank pusat," kata penganalisis UBS Wealth Management di Singapura, Dominic Schnider.

Schnider berkata, emas akan menguji purata pergerakan 200 hari menghampiri AS$1,650 semasa simposium Rizab Persekutuan yang dijadualkan berlangsung akhir bulan ini di jackson Hole, Wyoming dan dijangka memberi penjelasan mengenai tingkah laku bank pusat itu terhadap langkah rangsangan seterusnya.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,622.08 seauns semalam, selepas mencatatkan kenaikan mingguan hampir satu peratus.

Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,625.

Spot emas meningkat kepada AS$1,632 seauns sepanjang hari, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Peniaga emas fizikal Asia juga berada dalam "mode" tunggu dan lihat, menanti harganya menunjukkan aliran yang lebih jelas, kata peniaga.

Premium emas kepada platinum meningkat kepada paras tertinggi di atas AS$230 seauns, apabila platinum kekal di bawah tekanan daripada prospek ekonomi yang suram. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment