Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 September 2012

Harga emas berada pada paras tertinggi dalam enam  setengah bulan semalam, diransang oleh jangkaan Rezab Persekutuan akan mengambil langkah kelonggaran sewajarnya selepas data terbaru memberi gambaran suram pasaran pekerjaan Amerika Syarikat (AS).

Data pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan perlahan yang ketara pasaran pekerjaan AS bulan lalu, menyemarakkan harapan supaya Rizab Persekutuan akan mengumumkan satu lagi pusingan kelonggaran kuantitatif, juga dikenali sebagai QE3, pada mesyuarat dasar minggu ini.

Kelonggaran dasar monetari mendahului jangkaan kenaikan inflasi serta menarik pelabur kepada logam berharga itu, yang dilihat sebagai pelindung baik kenaikan harga.

"Kemungkinan untuk QE3 sudah pasti bertambah, namun risikonya juga meningkat seperti kita mengeluarkan kad terakhir dalam suatu permainan poker," kata seorang peniaga di Shanghai.

"Jika QE3 diumumkan, emas dijangka akan melepasi AS$1,800. Namun sebelum itu kita akan menyaksikan pengapungan harganya."

Spot emas ditutup turun 0.1 peratus kepada AS$1,734.14 seauns, selepas meningkat kepada AS$1,741.30 pada sesi terdahulu, paras tertingginya sejak 29 Febuari lalu.

Emas AS kehilangan 0.2 peratus kepada AS$1,736.80, menjejaskan sedikit kenaikan tiga peratusnya minggu lalu.

Analisis teknikal menunjukkan gambaran bulis untuk spot emas, memberi bayangan harganya mungkin meningkat kepada AS$1,786 pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Beberapa bulan lepas dagangan membosankan, pasaran logam berharga kembali segar bulan lalu selepas bank pusat seluruh dunia, khususnya Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah (ECB), memberi isyarat mereka akan melancarkan lebih banyak pakej rangsangan untuk membantu kesuraman ekonomi.

Spot emas melonjak tujuh peratus sejak tiga minggu lalu, manakala perak tunai meningkat 20 peratus dalam tempoh sama. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment