Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 September 2012

Harga emas naik semalam, didorong oleh peningkatan euro sebelum penetapan keputusan penting oleh mahkamah Jerman mengenai status sah undang-undang bagi dana penyelamatan zon Eropah, sementara pegangan dalam produk tukaran disokong emas mencecah rekod tinggi.

Kenaikan euro kepada paras tertinggi dalam empat bulan berbanding dolar merangsang jangkaan untuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah  melonggarkan polisi kewangan, yang bakal menarik minat pelabur terhadap emas ekoran mata wang AS yang lemah.

Emas spot naik 0.5 peratus pada AS$1,732.89 seauns pada 0905 GMT. Kenaikan harga lebih 2.5 peratus dalam September untuk didagangkan pada paras tertinggi dalam enam bulan.

"Emas nampaknya sudah mempunyai penarik tersendiri, pengembalian logam itu membabitkan kejutan tetapi kurang dari segi keyakinan. Sejak permulaan September, kami melihat kenaikan ini dan segelintir daripada kami meletakkan jangkaan pada masa tertentu. Walaupun ia melepasi jangkaan, saya bimbang kenaikan ini berdaya tahan," kata Ross Norman, ketua eksekutif bagi penjualan bulion, Sharps Pixley.

"Kami kekal yakin, tetapi memikirkan emas akan hanya merekodkan kenaikan kecil daripada saat ini dalam bentuk dolar dan ketika permintaan India lemah."

Harga emas domestik yang tinggi di India mencegah aktiviti pembelian negara itu, iaitu pengguna emas terbesar dunia, dan kemungkinan ia menurunkan import sehingga satu per empat setahun, tahap membimbangkan dikalangan penganalisis emas.

Perunding emas, GFMS minggu lalu berkata, import India jatuh satu per tiga kepada 451 tan dalam separuh pertama tahun ini, sebahagian besarnya kerana polisi kerajaan membendung penggunaan, yang mungkin menekan harga logam itu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment