Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bau bakal pengeluar utama emas

Kuala Lumpur - Bau, Sarawak berpotensi menjadi pusat pengeluaran emas utama di Asia Tenggara berdasarkan beberapa penemuan awal sumber logam berharga itu yang menyakinkan, kata Olympus Pacific Mineral Inc, syarikat perlombongan antarabangsa berpangkalan di Toronto, Kanada.

Ia katanya, susulan kajian berdaya maju yang dilaksanakan syarikat itu bermula beberapa bulan lalu di kawasan berhampiran Jugan Hill yang mendapati kawasan tengah Bau dikatakan serupa kawasan Carlin di Utara Nevada, antara kawasan pengeluar emas terbesar di dunia.

Syarikat itu berkata, kini ia menguasai 83 peratus projek berkenaan dan akan ditingkatkan kepada 93 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, pasukan  Olympus Pacific menguji deposit metalurgi Jugan Hill yang menjadi sebahagian daripada kajian daya maju yang dijadualkan selesai pada 2013.

"Jugan Hill lebih besar daripada apa yang dilihat pada kali pertama, ia memiliki pelbagai prospek emas dan lokasi pertama melalui ujian metalurgi menyeluruh," kata syarikat itu dalam kenyataan di laman webnya.

Lingkaran metalik
Kawasan tengah Bau berpotensi menjadi pengeluar emas utama, dengan kewujudan sumber berharga itu yang dikatakan jarang dilombong sejak pertengahan abad k3-19.

Kawasan emas Bau terletak dalam lingkaran metalik Borneo, yang turut menempatkan beberapa kem pelombongan emas lain, termasuk Kelian, Mamut (emas-kuprum) dan Mt Muro.

Menerusi kajian daya maju itu, Bau mempunyai gabungan logam refraktori dan bukan refraktori sekali gus menyaksikan Olympus berminat memilih proses yang memaksimumkan penemuan serta meminimumkan kos.

"Walaupun masih awal, keputusannya sudah jelas yang membabitkan kemungkinan 90 hingga 98 peratus kadar penemuan pengoksidaan seperti yang diharapkan," katanya.

Ketua Eksekutif Olympus Pacific, John AS Seton, dipetik sebagai berkata, keputusan ujian itu akan memberi lonjakan besar kepada Bau. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment