Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 September 2012

Harga emas naik ke paras tertinggi sejak akhir Febuari selepas mahkamah perlembagaan Jerman meluluskan pembabitan negara itu dalam dana menyelamat kekal zon euro, sekali gus meningkatkan nilai euro berbanding dolar AS.

Jurucakap polis berkata, sekitar 1,000 pelombong berkonfrontasi dengan pihak keselamatan lombong Selasa lalu di Amplats dan situasi merebak ke lokasi lain.

Amplats menyumbang hampir 40 peratus bekalan platinum global, sekitar 2.5 juta auns setahun.

Harga emas spot menokok 0.3 peratus kepada AS$1,736.20 seauns pada 0647 GMT.

Ia mencecah AS$1,741.30 Jumaat lalu, harga tertinggi sejak 29 Febuari lalu.

Emas AS pula menokok 0.2 peratus kepada AS$1,738.80.

Peserta di pasaran fizikal Asia juga menunggu sebarang langkah kuantitatif selepas rali harga baru-baru ini menggalakkan aktiviti jualan.

SPDR Gold Trust kekal pada paras tertinggi hampir enam bulan sebanyak 1,293.138 tan menjelang 11 September, naik hampir tiga peratus sejak beberapa bulan lalu.

Rizab Persekutuan dijangka melancarkan langkah kuantitatif QE3 berikutnya pada mesyuarat dua hari bermula hari ini yang bermungkinan dapat menaikkan harga emas, yang menokok tujuh peratus sejak beberapa bulan lalu mengharapkan satu lagi pakej rangsangan diperkenalkan kerajaan.

Emas kelihatan meraih manfaat daripada kenaikan nilai euro berbanding dolar AS. Situasi itu dilihat sebagai positif.

Sementara itu, harga platinum naik ke paras tertinggi dalam lima bulan semalam selepas polis Afrika Selatan berkata penunjuk perasaan menyekat jalan ke lombong milik Anglo Amerikan Platinum.

Platinum spot naik 2.0 peratus kepada AS$1,631.24 seauns pada 0905 GMT.

Harga itu naik hampir 20 peratus sejak tunjuk perasaan di lombong Lonmin yang bertukar menjadi ganas bulan lau, menyebabkan 44 mati dan ramai lagi cedera.

Logam berharga lain, palladium menokok 1.4 peratus kepada AS$674.97 seauns, paras tertinggi sejak awal Mei, manakala perak juga turut naik sebanyak 1.5 peratus kepada AS$34.02 seauns.

Sungguhpun bekalan platinum berkurangan susulan ketegangan di Afrika Selatan, penyusutan itu dilihat tidaklah terlalu besar untuk mencetuskan lebihan tahun ini yang saiznya dijangka sekitar 400,000 auns, atau tujuh peratus jumlah permintaan bersih 2011. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment