Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 September 2012

Harga emas menurun semalam sejajar dengan pasaran saham, minyak dan euro ketika pelabur mengambil keuntungan selepas paras tinggi enam setengah bulan minggu lalu, walaupun jangkaan langkah rangsangan terbaru Persekutuan mungkin mencetuskan kenaikan lanjut menghentikan kerugian.

penurunan tajam harga minyak lewat Isnin mencetuskan penurunan emas, menariknya jauh daripada paras puncak AS$1,777.51 seauns minggu lalu selepas Persekutuan mengumumkan rangsangan kewangan ketiga bagi merangsang pertumbuhan.

Bank Pusat AS berkata ia akan membeli AS$40 bilion hutang yang disokong oleh cagaran setiap bulan sehingga unjuran pekerjaan AS menunjukkan pemulihan baik, selagi inflasi kekal terkawal, dalam usaha yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif.

Emas naik dua peratus hari ini, yang mungkin memanfaatkan emas dengan mengekalkan tekanan terhadap faedah jangka panjang, mencetuskan kecairan dan mengurangkan kebimbangan inflasi.

"Polisi itu menyatakan, walaupun kita mencecah kestabilan ekonomi, bank pusat akan mengekalkan kadar faedah rendah dan polisis kewangan longgar," kata penganalisis LGT Capital Management, Bayram Dincer.

"Panduan masa depan bagi bank pusat amat memihak bagi aset yang wujud, kerana dalam situasi begitu, kamu mempunyai lindung inflasi dan pembahagian faedah yang diberikan terutamanya oleh emas."

Dalam jangka pendek, bagaimanapun, emas kekal dalam tekanan sejajar dengan aset lain. Emas spot turun 0.3 peratus kepada AS$1,756.09 seauns pada 1012 GMT sementara niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember turun AS$11.60 seauns pada AS$1,759.

Saham Eropah kekal dalam tekanan ketika pelabur mengambil keuntungan daripadanparas tinggi 14 bulan yang dicatatkan selepas bank pusat bertindak untuk merangsang ekonomi global. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment