Berita Emas - 18 Oktober 2012
Emas diniagakan mendatar semalam, mengekalkan kenaikan daripada dua hari sebelumnya apabila pelabur menunggu penunjuk baru daripada sidang puncak Kesatuan Eropah (EU) selepas data menunjukkan ekonomi China menjadi perlahan untuk suku ketujuh seperti dijangkakan.
Pemimpin Eropah akan berkumpul untuk mesyuarat dua hari di tengah-tengah cakap-cakap bahawa Sepanyol akan meninjau pelan menyelamat bulan depan, apabila pakatan itu terus bergelut dengan krisis hutang.
Emas sentiasa mengekori rapat pergerakan dalam pasaran mata wang, dengan sentimen bertambah baik di sekitar zon euro memberi sokongan kepada nilai euro dan memberi kesan ke atas dolar, menjadikan lebih menarik kepada pembeli yang memegang mata wang lain.
Ekonomi China mencatatkan penurunan untuk suku ketiga berturut-turut bagi suku Julai - September apabila berkembang 7.4%, sama seperti dijangka dan Beijing berkata negara itu akan dapat mengatasi sasaran pertumbuhan tahunan 7.5%.
Pelabur menjangkakan lebih banyak penjelasan dasar daripada Beijing selepas peralihan kepimpinan bulan depan antara spekulasi bahawa China akan dapat melancarkan pakej rangsangan untuk membantu merangsang pertumbuhan.
Harga logam bernilai itu jatuh di bawah AS$1,730 awal minggu ini berikutan tekanan keadaan tidak menentu terhadap pelan menyelamat Sepanyol di samping data ekonomi AS yang bertambah baik mencetuskan kebimbangan mengenai tahap sebenar langkah rangsangan terbaru.
"Dalam jangka pendek, paras sokongan AS$1,730 akan terus merasai banyak tekanan apabila pelabur memberi tumpuan ke atas sidang puncak zon euro," kata penganalisis Jinrui Futures di Shenzen, Chen Min.
"Namun lebih daripada itu, tinjauan emas masih lagi memberangsangkan, terima kasih kepada sokongan daripada langkah pelonggaran yang diambil oleh bank pusat."
Spot emas diniagakan hampir mendatar pada AS$1,750 pada penutup petang semalam.
Emas AS juga diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,751.50.
"Sesetengah pembeli mula kembali ke pasaran apabila mereka berfikir musim jualan besar-besaran sudah berakhir," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.
"Namun kita mungkin melihat satu lagi pembetulan memandangkan kedudukan dalam pasaran emas masih lagi sangat tinggi."
Paras dagangan bersih dalam emas AS mencecah paras tertinggi dalam 14 bulan sebanyak 198,194 kontrak minggu lalu, lebih dua kali ganda daripada paras tertinggi 2012 sebelumnya lewat pada Julai lalu. - REUTERS
Berita Emas - 13 September 2012
Harga emas mengalami sedikit perubahan semalam berikutan pelabur menunggu keputusan utama polisi, sehari selepas keputusan mahkamah Jerman memihak kepada dana menyelamat zon euro menjadikan bulion mencecah paras tertinggi sejak akhir bulan Febuari.
Pasaran sibuk dengan harapan bahawa Persekutuan akan mengumumkan satu lagi pusingan pelonggaran kuantitatif, yang dikenali sebagai QE3, pada kesimpulan mesyuarat dasar dua hari kemudian pada hari tersebut.
Emas ditetapkan untuk mendapatkan rangsangan lain jika jangkaan menjadi kenyataan dan pelabur memcu untuk bulion, dilihat sebagai pelindung nilai yang baik terhadap kenaikan harga.
Harga bulion naik lebih daripada dua peratus setakat ini bulan ini, diikuti kenaikan hampir lima peratus pada Ogos semasa bank pusat seluruh dunia kelihatan bersedia untuk memulakan langkah rangsangan lanjutan untuk menyembuhkan ekonomi global.
"Jika kita lihat pengumuman QE3, emas berkemungkinan mencecah sehingga AS$1,800 seauns," kata penganalisis di Jinrui Futures Shenzhen, Chen Min.
"Tetapi kita juga perlu sedar bahawa kesan marginal pelonggaran kuantitatif akan berkurangan dan ia akan menjadi terlalu yakin untuk mengharapkan emas untuk berada di atas AS$1,850 walaupun QE3 diumumkan."
Semasa dagangan di Asia, emas terus bergerak dalam jajaran sempit, dengan ramai pelabur hanya menjadi pemerhati.
Emas spot berubah sedikit kepada AS$1,731.59 seauns. Emas AS juga didagangkan hampir tidak berubah pada AS$1,734.30.
Analisis teknikal menunjukkan gambaran yang kurang optimistik. Emas spot juga boleh menjejaki semula kepada AS$1,708 seauns, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Platinum spot didagangkan naik 0.8 peratus kepada AS$1,648.49. Emas premium mengatasi platinum susut kepada AS$80 seauns, satu paras yang tidak dilihat sejak April lalu.
Spot palladium naik 0.9 peratus kepada AS$677.20, selepas mencecah AS$680.50 pada dagangan awal, dalam tempoh empat bulan tinggi. - REUTERS








