Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Oktober 2012


Emas diniagakan mendatar semalam, mengekalkan kenaikan daripada dua hari sebelumnya apabila pelabur menunggu penunjuk baru daripada sidang puncak Kesatuan Eropah (EU) selepas data menunjukkan ekonomi China menjadi perlahan untuk suku ketujuh seperti dijangkakan.

Pemimpin Eropah akan berkumpul untuk mesyuarat  dua hari di tengah-tengah cakap-cakap bahawa Sepanyol akan meninjau pelan menyelamat bulan depan, apabila pakatan itu terus bergelut dengan krisis hutang.

Emas sentiasa mengekori rapat pergerakan dalam pasaran mata wang, dengan sentimen bertambah baik di sekitar zon euro memberi sokongan kepada nilai euro dan memberi kesan ke atas dolar, menjadikan lebih menarik kepada pembeli yang memegang mata wang lain.

Ekonomi China mencatatkan penurunan untuk suku ketiga berturut-turut bagi suku Julai - September apabila berkembang 7.4%, sama seperti dijangka dan Beijing berkata negara itu akan dapat mengatasi sasaran pertumbuhan tahunan 7.5%.

Pelabur menjangkakan lebih banyak penjelasan dasar daripada Beijing selepas peralihan kepimpinan bulan depan antara spekulasi bahawa China akan dapat melancarkan pakej rangsangan untuk membantu merangsang pertumbuhan.

Harga logam bernilai itu jatuh di bawah AS$1,730 awal minggu ini berikutan tekanan keadaan tidak menentu terhadap pelan menyelamat Sepanyol di samping data ekonomi AS yang bertambah baik mencetuskan kebimbangan mengenai tahap sebenar langkah rangsangan terbaru.

"Dalam jangka pendek, paras sokongan AS$1,730 akan terus merasai banyak tekanan apabila pelabur memberi tumpuan ke atas sidang puncak zon euro," kata penganalisis Jinrui Futures di Shenzen, Chen Min.

"Namun lebih daripada itu, tinjauan emas masih lagi memberangsangkan, terima kasih kepada sokongan daripada langkah pelonggaran yang diambil oleh bank pusat."

Spot emas diniagakan hampir mendatar pada AS$1,750 pada penutup petang semalam.

Emas AS juga diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,751.50.

"Sesetengah pembeli mula kembali ke pasaran apabila mereka berfikir musim jualan besar-besaran sudah berakhir," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.

"Namun kita mungkin melihat satu lagi pembetulan memandangkan kedudukan dalam pasaran emas masih lagi sangat tinggi."

Paras dagangan bersih dalam emas AS mencecah paras tertinggi dalam 14 bulan sebanyak 198,194 kontrak minggu lalu, lebih dua kali ganda daripada paras tertinggi 2012 sebelumnya lewat pada Julai lalu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment