Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Oktober 2012


Harga emas jatuh hampir satu peratus Jumaat lalu, iaitu kejatuhan terbesarnya dalam sehari untuk tempoh lebih dua bulan, ekoran sentimen pengguna AS yang semakin baik dan data pekerjaan yang mengganggu kemungkinan Rizab Persekutuan membendung pelan rangsangan yang menyebabkan kenaikan pada harga emas.

Bagi minggu lalu, harga emas itu jatuh 1.5 peratus, kejatuhan terbesar mingguan sejak Jun lalu.

"Kita mula melihat ekonomi AS semakin baik, jadi tempoh kelonggaran kuantitatif mungkin tidak sepanjang seperti yang dijangkakan sebelum ini,"so the duration of a quantitative easing plan may not be as long as what was initially anticipated," kata Broker Komoditi RJ O'Brien, Phillip Streible.

"Pembeli emas yang hanya memainkan ketika inflasi mula keluar dari pasaran," kata Streible.

Jongkong emas jatuh selepas AS mengumumkan data sentimen pengguna meningkat di luar jangkaan ke paras lima tahun tertinggi pada Khamis lalu.

kadar pengangguran dikatakan menurun dengan mendadak dan lebih banyak bukti terdapatnya tenaga buruh yang kukuh di pasaran  apabila kadar pengangguran jatuh ke paras empat tahun terendah sebanyak 7.8 peratus minggu lalu.

Analisis menjangkakan emas akan melonjak kerana kebimbangan zon euro dan ketidaktentuan ekonomi di tengah-tengah prospek AS.

"Tebingan fiskal" yang memaksa pengurangan dalam perbelanjaan dan peningkatan dalam cukai secara automatik dijadualkan pada Januari.

Senarion itu mungkin akan memberikan kejutan kepada ekonomi dan menyebakan lebihan banyak wang akan dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan.

harga emas jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,754.10 seauns, namun komoditi itu kini berakhir lebih lima sesi lebih rendah dalam enam sesi sebelumnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment