Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 September 2012

Singapura: Harga emas berubah sedikit semalam dengan kedudukan hampir kepada prestasi tertinggi dalam tempoh 4.5 bulan yang dicapai awal minggu ini dirangsang harapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke dijangka mengumumkan langkah rangsangan ekonomi baru dalam pertemuan wakil bank pusat lewat semalam.

Jongkong emas itu dilihat kalis inflasi berdasarkan peningkatannya hampir tiga peratus bulan ini, iaitu peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut.

Saya berpendapat situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS,” kata Analisis Phillip Futures, Lynette Tan, merujuk kepada langkah besar-besaran AS menjimatkan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang bermula tahun depan.

Sekiranya pelabur kecewa dengan Bernanke nanti, kita mungkin akan melihat aktiviti penjualan yang kecil namun saya tidak melihat emas akan jatuh secara mendadak. Sokongannya sekitar AS$1,620.” katanya.

Harga emas berubah sedikit kepada AS$1,655.40 seauns pada 0620 GMT, hampir kepada tahap tertinggi 4.5 bulan pada AS$1,676.45 yang dicapainya pada Isnin lalu.

Harga emas AS juga berubah sedikit kepada AS$1,657.70 seauns. Pusingan pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS sebelum ini berjaya merendahkan kadar faedah dan merangsang ekonomi AS yang teramat lemah.

Emas melonjak sekitar AS$1,790 pada Februari tahap tertingginya sehingga kini dalam 2012, selepas Rizab Persekutuan pada ketika itu berkata mereka akan mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar menjelang akhir 2014.

Sejak itu, harga jatuh sehingga tujuh peratus apabila tiada tanda-tanda kelonggaran selanjutnya. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment